Friday, February 10, 2012

Israel Diberi Mandat Untuk 'Pasarkan' Minyak Sawit Malaysia!




dua hari lepas che'GuBard telah mendedahkan bukti dokumen bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel. Dalam kenyataan terbuka dalam blog yang mendedahkan perkara tersebut che'GuBard juga mahukan pihak UMNO/BN menjelaskan hubungan dagang tersebut sila baca di SINI

Dalam carian internet ini pula mendedahkan mengenai sebuah entiti - Israel Funding Corp yang menjadi pengedar minyak kelapa sawit mentah ke seluruh dunia..


Dari apa yang tercacat di laman web 'Israel Funding Corp.' ini, sebagai pihak yang diberikan mandat. Israel Funding Corp. telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030.

Israel Funding Corp juga mengesahkan pihak mereka telah diberikan hak untuk menamakan wakil mereka untuk membeli dan menjual komoditi Minyak Kelapa Sawit Mentah keseluruh dunia tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dilaman 'Israel Funding Corp'.

Antara negara yang tersenarai sebagai pembekal untuk pengedaran mereka ialah Malaysia. Ini kerana seperti yang tercatat dilaman web 'Israel Funding Corp', Malaysia adalah penyumbang 51% pengeluaran Minyak Sawit Dunia dan 62% eksport dunia.



Siapa yang menguruskan kelapa sawit Malaysia?

Felda adalah pengusaha terbesar kelapa sawit Malaysia, dan Pengerusi Felda pula merupakan pemimpin UMNO/BN. Ini membuktikan pemimpin UMNO adalah hipokrit dan penipu besar.

Dalam isu sebesar inipun regim ini terus menipu rakyat. Seseorang dari pihak regim perlu tampil menjelaskan perkara ini.

Kita berdagang dengan Israel tetapi kita memutuskan dagang dengan Iran.




Sent from my Samsung Galaxy Tab

No comments:

Post a Comment