Friday, January 20, 2012

Undang-Undang Liwat Ini Lapuk dan Jumud - Anwar Ibrahim




Anda sudah dengar apa kata Hasan Ali? Anda sudah dengar apa kata media arus perdana TV123? Anda sudah baca Utusan Meloya dan Berita Hairan?

NAH! Sekarang baca pula apa kata Anwar Ibrahim di bawah; Jadilah seorang insan, kerna insan itu lazimnya mendengar hujah dari kedua belah pihak sebelum membuat sebarang penilaian...
"Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan dan saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini, menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian,” 

"Saya tegaskan dalam wawancara itu bahwa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan, tegas beliau."
“Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini. Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka"
Dan dibawah ini pula adalah saman Anwar terhadap Utusan yang mengfitnah beliau; 

KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman sebanyak RM50 juta terhadap  Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.

Saman itu ekoran laporan berbaur fitnah yang disiarkan Utusan di muka depannya bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ pada 17 Januari lalu.

Laporan itu memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang memutar belitkan kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Pada 18 Januari lalu, Anwar mengemukakan notis saman berkenaan ekoran laporan fitnah Utusan yang mengatakan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu.

Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam  untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Utusan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

No comments:

Post a Comment