Penulis blog terkenal dari kalangan Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.
Difahamkan juga, Dato' Mohd Ariff yang menjadi Adun Pulau Manis (dalam parlimen pekan) pada tahun 2004-2008, merupakan kawan baik kepada Najib Razak selain pernah menjadi setiausaha kepada Najib. Adalah menjadi satu penanda aras, mereka meninggalkan Umno tanpa mengira apa jua kepentingan yang ada. Lebih membingungkan Umno apabila DAP pula menjadi pilihan.
Momokkan Umno supaya melayu takut kepada DAP akan dijernihkan oleh kedua-dua blogger ini dengan kesedaran betapa tiada apa yang perlu ditakuti dalam berkerjasama dengan DAP membentuk kerajaan Malaysia yang baru. Jika blogger Umno yang diyakini pekat Umnonya boleh menyertai DAP, lantas memberi gambaran bahawa doktrin perkauman tidak lagi menjadi ubat mujarab untuk mengekalkan kuasa.
Perlu diingat, bukan DAP yang memerintah negara selama hari ini jika faktor penguasaan ekonomi itu menjadi punca melayu takut DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi testimoni terbaik apabila Islam dipelihara dengan lebih baik berbanding ketika zaman Gerakan, dan orang melayu Pulau Pinang lebih diberi perhatian kerana kedudukan mereka yang susah selama diperintah Barisan Nasional.
Sehubungan dengan itu, semangat ABU - Asalkan Bukan Umno berjaya diterapkan dan hari ini DAP menjadi pilihan dua blogger tersohor dari Umno sendiri, dan kita tiada masalah dengan keputusan baik ini kerana ia semestinya ASALKAN BUKAN UMNO !!
Masuklah mana sekali pun, DAP, PAS, Hisbul Muslimin, Gamis, NGO Bebas dan mana-mana pertubuhan sekalipun, Asalkan Bukan Umno !! Umno semakin ditinggalkan, sudah sampai masanya Umno itu dikuburkan. Retorik kononnya memperjuangkan Melayu itu menambah kebencian, sedangkan sebaliknya Melayu terus ditipu oleh ketuanan bangsanya sendiri.
Ayuh bersama menggerakkan kempen ABU - Asalkan Bukan Umno - sebuah inisiatif rakyat !

EDYES @ edyesdotcom
Aktivis BloggerMohon sahabat tolong sebarkan klip-video di bawah;
apsal tak masuk PAS ? hairan juga... berapa DAP bayar kat depa ?
ReplyDeleteWakakakaka....... tah2 jadi duri dlm daging.....jgn pecaya sgt ngan geng2 lembu.....
ReplyDeleteItulah kepandaian Melayu: memampuskan bangsa sendiri. Kalau betul mereka tulin dan sempurna jujur, jangan lupa selak-selak rasuah rasuah yg orang Cina DAP bagi pada Melayu sbg umpan memyerang keimanan, jangan lupa juga selak-selak berapa banyak bangsa Cina sudah sapu kekayaan dan harta benda orang Melayu yang "jujur bodoh"! Air tenang jangan sangka tiada buaya! UMNO tak hilang punca, punca UMNO sahaja yang tersasar dek gara-gara lahap orang Melayu. Tapi sebusuk-busuk daging lebih baik dicuci dimasak dan dimakan jua!
ReplyDeletemasuk DAP pun dah kira masuk PR, so sama je la...
ReplyDeletekalau BiEnd, masuk MCA xleh, masuk MIC pun xleh...