Monday, January 23, 2012

Kenyataan SAMM: Azizan Penggodam Buku Jingga


Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Januari 2012

AZIZAN PENGGODAM BUKU JINGGA

AUKU adalah undang-undang draconian  yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya  tindakan kerajaaan PAS Kedah pimpinan Azizan Razak menggunakan akta zalim ini untuk menyekat kebebasan bersuara dikalangan mahasiswa. Azizan Razak seharusnya lebih bersikap professional dan terbuka dalam menangani masalah berkaitan mahasiswa.

Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS  Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Selaku MB kedah beliau  harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU  ini  telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga  dianggap retorik dikalangan mahasiswa. Walaupun memerima banyak  kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa  Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.

SAMM melihat cara dan tindakan Azizan ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.

SAMM berangapan mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya  mahasiswa dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasan dari setiap tindakanya membelakangkan suara mahasiswa.


Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM
www.anakmudamalaysia.com

7 comments:

  1. Kalau hapus AUKU, bebaslah sebebasnya mahasiswa. Aku nak buat apa ikut suka aku. Al Quran dan hadis pedoman mereka beragama Islam, Kalau x nak pakai pun boleh jadi bebas, nak cakap dan buat apa pun boleh. Tiada pegangan/peraturan.

    ReplyDelete
  2. Sila baca penjelasan setiausaha politik MB Kedah dalam www.sanusisetpol.blogspot.com........kita kalau buat kerja gunakanlah akal jangan ikut perasaan....

    ReplyDelete
  3. PR nak hapus AUKU.AUKU bawah Kerajaan pusat.KUIN telah pun. .... Pelajar2tu.Tugas MB sbg. ......KUIN minta maaf dan tarik balik segala pertuduhan barulah nampak seiring dengan perjuangan PR.
    Tidak hilang bisa!Sukarkah orang berilmu untuk menyatakan maaf apabila telah terlanjur!

    ReplyDelete
  4. AUKU bukan dibuat di KUIN, tapi di Parlimen. Campurtangan MB menampakkan IPT telah dicemari dengan tangan-tangan politik. Sebenarnya mereka di hukum oleh KUIN tu? Bukan semua isu soal kebebasan untuk bersuara. Ada juga yang disalah laku oleh mereka. Jangan ambil sesuatu isu terus nak bercakap saja tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Kenyataan MB sangat padat dan tepat. Banyak pihak lain mudah mengambil kesempatan terutamnya di musim-musim skrg ni.

    ReplyDelete
  5. Rasa saya MB Azizan ada strategi untuk memerangkap Kerajaan Pusat dengan akta gila AUKU.....perlu ingat walaupun KUIN dibawah kerajaan negeri tetapi apabila bab akta masih terikat dibawah naungan Kerajaan Pusat.....tu sebab MB Azizan ambil tindakan menggunakan keaedah AUKU kalau MB Azizan smbil tindakan tidak menggunakan AUKU puak UMPORNO-APCO akan tak habis-habis menggunakan isu ini untuk membidas MB Azizan & Exconya. Ini lah cara MB Azizan mengatsi masalah dan ini dinamakan Ilmu Mantiq yg selalu digunakan oleh arwah Allahyraham Ust. Fadil Noor, sekarang ini selalu digunakan oleh TGNA, TGHA sebagai "Arts of War" contoh seperti buku "Sun Tjin Art of War" untuk berhadapan dengan puak-puak karat bedengung ni. So pemimpin PAS sudah mempelajari ilmu ini terlebih dahulu daripada pemunya blog-blog kita yang tidak faham strategi MB Azizan. Berilah peluang kpd MB Azizan menggunakan kecerdikan cara Nabi Muhammad SAW memperkenakan musuhnya dengan menggunakan contoh Art of War Nabi Muhammad SAW berhadapan dgn kaum quraish semasa hendak memasuki kota Mekah. Wallahuallam.

    ReplyDelete
  6. SEMUA YANG RASA BIJAK PANDAI TERMASUK YANG TULIS ARTIKEL NI AMBIK PERHATIAN!!!
    Korang memang cetek akal...Rasional tindakan MB Kedah..1. Ikut law sedia ada i.e Biar AUKU dilaksanakan tanpa campurtangan (KUIN decide) dan allow student fight kat court. 2. Support student habis2san kat court dan buktikan AUKU tak relevan. 3. Kes akan jadi Rujukan utk kes2 AUKU yang lain..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. nyamuk aedes huahuahuahuahua............

    ReplyDelete