Saturday, December 31, 2011

V For Merdeka !!



JOM TURUN DATARAN MERDEKA DAN SARUNG TOPENG " V for Vendetta"

Selamat Sejahtera, Salam Tahun Baru buat seluruh warga Malaysia. Saya V, Maaf kerana mengganggu,Saya hanya perlukan beberapa minit sahaja dalam ruang masa anda yang agak sibuk dalam membuat perancangan untuk menyambut azam tahun baru.

Kerana anda adalah mereka yang bertuah sebaik sahaja memilih untuk membaca kenyataan penting ini sebelum kita melabuhkan tirai 2011 yang penuh dengan kesuraman. Kenapa? Biar saya terangkan.

Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirainya, namun sama seperti tahun-tahun sebelumnya, awan hitam masih menyelubungi langit negara kita, Malaysia. Pencabulan hak asasi manusia dan kekangan hak demokrasi rakyat terus berleluasa. Rakyat Malaysia menanggung pencabulan ini dalam pelbagai bentuk dan peringkat.

Kita Masih ingat Sepanjang setahun yang lalu, kita telah banyak melalui onar dan ranjau dalam memartabat sistem demokrasi.Namun Sistem demokrasi dan perpaduan masyarakat telah di cemari oleh sentimen perkauman yang telah di lempar oleh pihak yang hanya mahu menjaga kepentingan kuasa politik.

Lalu setelah gagal menuntut keadilan melalui usaha diplomatik maka rakyat seluruhnya mengambil inisiatif untuk turun ke jalanraya dalam mengekspresi segala tuntutan.Malangnya seribu satu tuduhan terhadap usaha murni kita dalam menuntut semula hak demokrasi di balas dengan dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

Tuntutan Kebebasan Demokrasi kita di kaitkan pula dengan gerakan subversif seperti Komunis lantas beberapa objek yang dikatakan seperti bom petrol di letakkan bersama kemeja T Bersih 2.0 semata - mata untuk melemparkan fitnah.

Tidak cukup dengan itu 6 orang yang tidak bersalah telah sumbatkan ke penjara atas tuduhan yang cukup karut.Hanya kerana kemeja T yang bertulisan yang kononnya menyinggung mereka menyebabkan mereka melemparkan tuduhan yang tidak berasas kononnya 6 orang ini cuba menghidupkan fahaman Komunis.

Bagi menyempurnakan tuduhan karut yang tidak berasas maka di dakwa nya mahu melancarkan perang terhadap Yang Di- Pertuan Agong.Cukup malang bagi si pelempar tuduhan,apabila niat jahat terbongkar bilamana Yang Di-Pertuan Agong sendiri menjemput wakil BERSIH 2.0 ke istana.Maka kita rakyat seluruhnya sudah pasti tersemat perasaan benci apabila pembohongan telah terbongkar.

Dalam pada itu,berpuluh - puluh orang di tangkap hanya atas kesalahan memakai baju yang berwarna kuning dan bertulisan "Bersih" biarpun kemeja ini tidak punya bahan letupan yang sama seperti C4.Tidak cukup dengan itu nilai - nilai demokrasi terus di perkosa dengan keganasan pihak polis dalam tragedi 7 Julai yang melibatkan tahanan lebih 1000 orang.

Monopoli kuasa Autoratarian lantas merampas Kebebasan Akademik Mahasiswa dan Kebebebasan sivil rakyat merdeka.Pemerintah terus berdolak - dalik apabila berjanji mahu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti,I.S.A, lantas golongan akademik,Mahasiswa dan anak muda di belenggu dengan penggubalan undang - undang yang telah mencantas hak asasi manusia seperti Rang Undang - undang Perhimpunan Aman.

Dalam saat - saat demokrasi di robek oleh ketamakan kuasa,kita di momokkan dengan sentimen keagamaan yang bertujuan untuk memecah - belahkan solidariti rakyat yang sepatutnya menjadi mimpi ngeri kepada mana - mana regim. Kita seharusnya bangkit dari segala ketakutan kepada regim kerana bukan kita seharus tunduk kepada regim, tetapi regimlah yang harus tunduk kepada kuasa rakyat seperti kita.

Oleh itu Bagi menandakan berakhirnya titik suram akhir 2011 dan permulaan tahun baru 2012, saya V, menjemput anda SEMUA rakyat malaysia untuk menduduki Dataran Merdeka bersama saya pada jam 11 malam 31 Disember 2011 dan minta anda SEMUA agar hadir dengan topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem "V for Vendetta".

Seperti yang kita Tahu di seluruh dunia, topeng "V for Vendetta" merupakan simbol penentangan terhadap kezaliman dan ketidakadilan kuasa autoritarian. "Flashmob" raksasa ini berbentuk partisipatif, secara simboliknya untuk mengekspresikan rasa tidak puas hati kita terhadap segala bentuk ketidakadilan dan sikap tidak demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

Matlamatnya adalah untuk menginterpretasi segala Segala tuntutan kita sebagai masyarakat Merdeka :

1) menuntut semula ruang awam seperti Dataran Merdeka sebagai ruang demokratik buat semua warga berhimpun secara bebas dan aman tanpa tekanan legalistik;

2) membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

3) Menuntut Kebebasan Akademik dalam sistem pendidikan di Institut pengajian tinggi tanpa tekanan Legalistik dan campur tangan politik.

4)Menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem ekonomi dengan menarik semula pindaan terhadap akta pekerjaan dan mengubal semula akta gaji minimum selaras dengan kos sara hidup.

5) Menuntut solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi dan menuntut kepada penghapusan sebarang usaha ke arah menerbitkan sentimen perkauman dan keagamaan.

6) menunjukkan azam kita dalam menjadikan 2012 tahun perubahan dan kebebasan dalam sistem demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Saya V, menyeru kepada semua untuk menyertai kami pada 31 Disember 2011 dan membuat tuntutan dengan lantang dan jelas dengan menyarung Topeng "V for Vendetta" tepat pada jam 12.00 di Dataran Merdeka ketika langit Kuala Lumpur di terangi dengan warna - warni bunga api.

segala maklumat boleh di perolehi di laman facebook kami di http://www.facebook.com/events/180134328752210/

1 comment:

  1. Selamat tahun baru kepada 'folded scissor'.

    ReplyDelete