Thursday, December 15, 2011

Tawaran Istimewa Sempena Rapat Rakyat ABU Malam Ini (15 Dis) di Taman Melewar!!



PERHATIAN!! Buku berjudul "FITNAH" terbitan SAMM akan dijual harga runtuh malam ini (4hb Disember) di Dataran Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar sempena program Rapat Rakyat ABU!!!

FITNAH 'mereka' yang telah dibukukan ini menjadi rujukan paling lengkap untuk semua golongan bagi menghayati cabaran DSAI menghadapi beberapa siri FITNAH. Ia termasuklah ketika DSAI menjadi Pemangku Perdana Menteri seterusnya hadir buku 50 dalil, Liwat I, Liwat II hingga ke isu Fitnah Video-klip terhadap DSAI...

Dengan buku ini, anda akan tahu mengapa DSAI tidak langsung boleh dibiarkan bebas di atas semangat 'demi rakyat' yang ada pada DSAI! Dalam buku "FITNAH" ini juga terdapat hujah dan bukti yang menunjukkan betapa goyahnya pertuduhan mahkamah termasuklah persamaan antara Liwat I dan II yang hanya dibezakan dengan pelakonnya sahaja.

Dapatkan senaskah dengan harga yang super istimewa kerana setiap pembelian juga akan menerima sebuah VCD penerangan lebih lanjut Fitnah klip-video DSAI oleh YB Johari Abdul secara percuma!!

Harga asal buku "FITNAH" tanpa VCD percuma adalah RM15.90 dan harga istimewa hanya pada malam ini di program Rapat Rakyat ABU, akan dijual dengan harga RM12.00 senaskah.
Dapatkan senaskah dengan harga EXCLUSIF untuk malam ini sahaja (15 Disember) Sempena Pelancaran ABU !!!


EDYES @ edyesdotcom 
Kenyataan Umum
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



 

No comments:

Post a Comment