Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya.
Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi.
Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi.
Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi.
Senyumannya, pandangan penuh harapan yang dimilikinya, sukar untuk kita fahami. Sukar untuk beliau luahkan penderitaan yang ditanggung walau sejuta insan menunjukkan rasa kasih kepadanya.
Semangat untuk melihat adik Annisa untuk hidup normal, yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, sukar dinafi. Kesungguhan anda mengundang kekaguman di hati kami.
Buat ibu dan ayah adik Annisa, redhalah, kerana ajal itu adalah janji Allah swt kepada setiap yang hidup.
Kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan anda tidak bernoktah di sini. Jangan gusar dengan mendung di langit kerana yakinlah pasti akan ada pelangi yang bakal menjelma.
Ketabahan anda, ketabahan kami. Kekuatan anda, kekuatan kami. Kesedihan anda, kesedihan kami. Penderitaan anda, penderitaan kami.
Tabahlah. Kami bersama anda.
Al fatihah untuk almarhum adik annisa.
SAMM Wilayah Persekutan
No comments:
Post a Comment