Saturday, December 10, 2011

Sidang Media ABU di Pahang Dapat Liputan Sinar Edisi Pahang


Sidang media ABU peringkat negeri Pahang berlangsung di Bilik Pusat Khidmat PKR Adun Semambu. Antara yang hadir menyokong pelancaran ABU dalam sidang media ini termasuk;

Clement  (SMSL)
Hatta (SAMM)
Andansura, Mat dan Ali Akhbar (PAS)
Allen Lee (PKR)

Antara Isu tempatan yang dibawa dalam sidang media ini ialah isu Lynas yang mengancam keselamatan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi turut menjadi ancaman kepada seluruh negara. Penduduk negeri Pahang dan Sempadan di Terengganu akan terkesan dengan risiko radioaktif.

Antara yang terkandung dalam kenyataan media yang diedar di seluruh negara mengenai Lynas;
Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.
Ini isu nasional yang harus dilawan bersama, namun rakyat setempat perlu main peranan lebih penting kerana rakyat setempatlah merupakan kumpulan paling terdedah pelbagai risiko yang merosakkan keturunan ini.

Semua wakil sidang menyokong ABU dan bersedia untuk mobilisasi rapat ABU pada 15 Disember.


EDYES 
Pengarah Propaganda SAMM

No comments:

Post a Comment