Thursday, December 15, 2011

Mengapa '#AsalkanBukanUmno' di Kelantan? #ABU

Sidang Media Pelancaran ABU di Kelantan 9 Disember

 

Masa    : 3.30pm
Tempat  : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan

1. Gerakan Bertindak Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)
2. Forum Anak Muda Kelantan (AMUK)
3. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Kelantan)
4. BERSIH Kelantan
5. Subway Photographer
6. Dewan Pemuda PAS Kelantan               
7. Angkatan Muda Keadilan Kelantan 

Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' di Kelantan ?

Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat & Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan dimana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila Jalanraya-Jalanraya utama yang penyeliaannya berada dibawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.

Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petrolium dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan 3 Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing. 

Nota dari Blogger NGI


Mengapa ABU harus menjadi asas dalam memilih ketika pilihanraya yang akan datang?

Jasa sesuatu pemerintah bukan pertimbangan untuk mengekalkan mereka. Itu adalah tanggungjawab mereka. Mereka yang datang dan menawarkan diri. Gaji mereka dibayar oleh rakyat. Mereka adalah kuli dan pekerja kepada rakyat.

Apabila “Asal Bukan UMNO” (ABU) ini menjadi kenyataan, maka, pemerintah yang baru adalah pemerintah yang berasa takut kepada rakyat. Mereka berasa tidak selamat untuk melakukan kejahatan kerana pemerintah yang baru adalah pemerintah yang bila-bila masa boleh dijatuhkan rakyat kembali.

Untuk kontek Kelantan, asas atau falsafah ABU harus menjadi pertimbangan kerana :

1. Hasil bumi Kelantan yang dirompak dari Kelantan. Diagih-agihkan kepada negeri-negeri UMNO yang boros dan rasuah. Antara hasil bumi Kelantan ialah petroleum, gas, pengambilan hutan Kelantan untuk dijadikan Taman Negara tanpa bayaran royalti, dan sebagainya.

2. Sabotaj Kelantan dalam belanjawan negara setiap tahun. Cukai dipungut dari setiap peluh anak Kelantan. Hasil bumi dikaut dari setiap inci bumi Kelantan. Tetapi, dimansuhkan negeri Kelantan dalam setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

3. Dakwaan kepada memonopoli, ugut dan penipuan gred kepada petani-petani Kelantan. Padi, beras dan kelapa sawit.

4. Dakwaan kepada mengugut pentadbiran awam Kelantan. Dengan tindakan tukar ke luar daerah atau daerah yang sukar.

5. Pemulauan terhadap pendidikan anak Kelantan. Sekatan bantuan terhadap institusi pondok agama dan sekolah agama rakyat (SAR).

6. Isu kedaulatan Negeri Kelantan. UMNO/BN gagal menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pemberian IC kepada warga Thailand, sekaligus menjadikan mereka dwi warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan hidup mati anak peribumi Kelantan.

7. Dakwaan terhadap sabotaj pembinaan janakuasa elektrik pada tempat-tempat tertentu, dimana ianya bertujuan menghalang rakyat Kelantan mendapat kemudahan air yang sempurna.

8. Projek-projek kerajaan pusat yang dilewat-lewatkan. Ada yang dimansuhkan. Bertujuan menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan.

9. Membenarkan UMNO sendiri, MCA dan MIC memburuk-burukkan dan menghina hudud yang terkandung dalam Al-Quran.

9 perkara ini adalah antara hujah mengapa falsafah ABU wajib digunakan dalam pertimbangan mengundi di pilihanraya kelak. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya, Malaysia umumnya, supaya mendapatkan satu suasana pilitik baru yang lebih segar, terbuka pada masa akan datang dengan menjatuhkan UMNO/BN.

Sesuatu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat adalah apabila mendapat satu pemerintahan yang sangat takut kepada rakyatnya sendiri.

Dengan ini juga, kami mengumumkan pada 15 Disember 2011 ham 8.30 malam, satu forum terbesar ABU akan diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. - Aduka Taruna
ABU - Satu sebab untuk terus lawan !
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM

No comments:

Post a Comment