Monday, December 19, 2011

AntaraPos: Turun Bendera Najib - Adam Hampir Ditumbuk



KUALA LUMPUR, 19 DIS:  Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.

Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.

Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.

Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.

"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya.


EDYES Wrote:

Gambar kejadian masih gagal diperolehi, namun demikian terdapat beberapa pengamal media yang sempat merakam kejadian tersebut. Antara media yang buat rakaman ialah AntaraPos. 

Sama-sama kita tunggu video itu dipaparkan dan cuba kenal pasti siapa lelaki yang cuba bertindak di luar batasan undang-undang beberapa meter dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Mujurlah Che'Gubard dan beberapa komrad SAMM berada di tempat kejadian dan halang daripada Adam Adli diapa-apakan.

Dipercayai juga, lelaki yang cuba tumbuk Adam Adli itu adalah salah seorang anggota polis, daripada kedudukkan dan panggilan rakan-rakan polis terhadapnya. Jika benar yang cuba menumbuk itu adalah polis, maka tidak hairanlah apabila kita lihat pihak polis hanya buat tak endah dalam insiden cubaan mencederakan mahasiswa itu.

Kepada sesiapa yang terlepas kapal untuk melihat antara detik kejadian bendera Najib diturunkan, sila klik di sini

Di bawah pula adalah quote Adam Adli;
"saya dan seluruh mahasiswa sedia minta maaf hanya jika AUKU, AKTA 555 dan AKTA 174 dimansuhkan, AUTONOMI MAHASISWA dan KAMPUS dikembalikan serta KEBEBASAN AKADEMIK diberikan kepada ahlinya.." ~ Adam Adli, Bukit Aman, 19.12.11
Semoga keberanian Adam Adli dan seluruh angkatan gabungan mahasiswa BEBAS menjadi pedoman terbaik kepada mahasiswa seluruh negara, supaya bangkit menentang penindasan ke atas mahasiswa itu sendiri!!

Video kenyataan mahasiswa BEBAS dan SMM klik di sini . Mahasiswa tidak tunduk meminta maaf walaupun diugut untuk berbuat demikian.

Mahasiswa di Malaysia harus jadi pencetus, dan pencipta sejarah!!


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

3 comments:

  1. Ada dalam undang2 polis tak boleh turunkan bendera yang ade gambor orang ke? Takde! Meyor. Illek. Nein. None. Nehi.

    ReplyDelete
  2. Kalu dia sorang-sorang cari baru anak jantan. Orang macam ni dah lama jugok secara peribadi cari....dok payah nak pergi palestin gini....

    ReplyDelete
  3. Tak ngaku samseng. Tapi lagak macam samseng. Yang dia rasa sangat maruah dia tercabar ngapa? Tentunya geng UMNGOK.

    ReplyDelete