Sekalung tahniah! Perjalanan untuk pertahan kejuaraan pingat emas sukan SEA sebenarnya masih panjang.
Selain daripada bersedia untuk lawan Myanmar di separuh akhir, Pasukan kebangsaan juga harus bersedia untuk kembali bertemu Indonesia di Final Sukan SEA!
Dalam perlawanan yang dimenangi oleh pasukan negara sebentar tadi, Indonesia dikatakan telah menurunkan kebanyakkan pemain barisan simpanan. Apa yang dilakukan jurulatih Indonesia turut menyebabkan bukan sahaja pengulas sukan negara, Haji Zainal Abidin Rawop menjadi bingung seketika malah Edyes juga tercari-cari apakah motif sebenar.
Walaupun perlawanan perebutan tempat pertama-kedua ini sangat penting, Indonesia kononnya sengaja menyimpan kekuatan sebenar. Ini adalah sifat penakut pasukan Indonesia kerana kekalahan malam ini akan menyebabkan suatu keadaan anti-klimax sekiranya Indonesia menurunkan seluruh kekuatan.
Oleh demikian, untuk mengekang sebarang rasa malu sekiranya tertewas dengan kekuatan penuh, maka atas sebab ini Indonesia turun dengan hanya beberapa pemain utama. Jelas sikap kem Indonesia ini tidak bersifat anak jantan!
Indonesia juga mengambil kesempatan menggunakan pemain-pemain simpanannya untuk mengasak keras secara fizikal terhadap pasukan kebangsaan yang rata-rata cuba bermain bersih memandangkan tekanan hebat dari 'pemain ke-12' Indonesia.
Semua pemain kebangsaan bawah-23 tahun negara bermain dengan cemerlang kecuali penyerang tinggi lampai Izaq Faris yang banyak lepas peluang, tidak guna kelebihan yang ada dan tiada kelajuan yang diharapkan. Pujian harus diberikan kepada pemain paling muda atas padang, yang kita dapat lihat begitu cool serta mempunyai kawalan bola 'menarik'.
Edyes jangka Malaysia akan bertemu semula pasukan Indonesia di Final nanti. Ketika itu pemain negara harus lebih cekal dan bermain dengan penuh displin!
Semoga kita dapat pertahankan Emas paling penting dalam temasya sukan terbesar asia tenggara.
EDYES @ edyesdotcom
Blogger Sukan Anda
blogger serba boleh!!
ReplyDelete