SUBJEK : Piket / demonstrasi MTUC menentang pindaan akta pekerja
TARIKH : 3.11.2011
MASA : 5.00pm-6.30pm
Secara ringkas, Piket MTUC esok(3 Nov) akan berlangsung seluruh negara di lokasi-lokasi berikut;
WP KUALA LUMPUR : Jalan Raja Laut depan KWSP
SELANGOR
Petaling Jaya - Jalan Barat (depan TWU),
Shah Alam - Section 15 dan depan Proton
Klang - Bukit Rajah depan Jusco,
Telok Panglima Garang - depan Toshiba
Rawang - Jalan Utama Sg Choh
P.PINANG : Depan Pearl View hotel Prai
KEDAH : Depan Sime Tyres International Mergong
PAHANG : Depan Masjid Negeri Kuantan.
JOHOR : Depan Masjid Jamek Kg Pasir Bt 5 Skudai
N.SEMBILAN : Padang Majlis Perbandaran Seremban
PERAK : Depan Bangunan MTUC Perak
MELAKA : Depan air terjun Air Keroh Jalan Bukit Beruang
KELANTAN : Depan Trade Centre
SABAH : Depan hotel Tang Dynasty
Info sahih dari MTUC Nationwide
SAMM sebagai penggerak anak muda radikal mengambil pendirian tegas menentang keras pindaan akta pekerja yang meletakkan golongan pekerja penyumbang ekonomi negara menjadi setaraf dengan buruh asing, malah mungkin lebih teruk.
Sebagai membuktikan 'perlaksanaan kata-kata', semua anggota SAMM di seluruh negara akan bersama MTUC menyertai piket ini lantas mengangkat martabat dan membela nasib golongan pekerja.
Semua penyelaras SAMM negeri juga sudah bersedia dan akan bertindak seperti yang dirancang bagi menjayakan piket penting ini.
Ayuh keluar dari kepompong kesabaran kerana nasib anak bangsa terletak di tangan kita semua, samada untuk melihat anak-anak kita menjadi hamba kuli kapitalis atau sekurang-kurangnya mempunyai satu suara yang menafikan golongan cukong dan konglomerat memerah keringat tanpa tanggungjawab sewajarnya ke atas golongan pekerja rakyat Malaysia.
Kerahlah diri anda untuk berada di lokasi piket terdekat, atau anda dikerah sehabisnya untuk berdekad-dekad!
Di maklumkan cheGuBard, Pengerusi Penyelaras SAMM Kebangsaan akan turut serta dalam demonstrasi di Pulau Pinang
EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
PAS mesti turun berdemontrasi di jalanraya sepertimana BERSIH 2.0 dahulu bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS menentang `Seksualiti Merdeka' kalau tidak rakyat akan melihat PAS itu hanyalah hamba suruhan Ambiga sahaja.....!
ReplyDeleteBuktikan PAS itu berjuang untuk Islam, bukan setakat kat ceramah dan tazkirah semata-mata!