Tuesday, November 1, 2011

SAMM Pastikan Pindaan Akta Pekerja Bakal Berdepan Piket di Seluruh Negara


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
31 Okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan akan turut bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat yang lalu.


Memetik kenyataan MTUC kepada Malaysian Insider, mereka menegaskan bahawa pihaknya tidak menentang pindaan Akta Kerja 1955 jika membawa kebaikan tetapi membangkang elemen yang boleh menghakis perlindungan terhadap pekerja. Antara yang ditentang adalah mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. 

SAMM melihat perkara ini serius memandangkan pindaan ini akan menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba' zaman sebelum negara merdeka. Kita menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja tidak diendahkan.

Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini. Kontraktor tenaga buruh juga akan memperolehi keuntungan berlipat-ganda berbanding apa yang bakal diperolehi oleh pekerja kontrak di bawah jagaannya. 

Seharusnya sesebuah syarikat / perniagaan perlu menggaji seseorang pekerja secara langsung dan bukan menerusi kontraktor yang merupakan pihak ketiga. Tiada alasan rasional yang membolehkan kontraktor menggaji seseorang pekerja dan kemudian dibekalkan untuk tujuan-tujuan komersial. Dengan peruntukan membenarkan sistem kontroktor bagi tenaga kerja, sesebuah organisasi atau syarikat pengeluar perkhidmatan dan barangan tidak perlu mengambil berat tentang soal pengurusan pekerja masing-masing. 

Pekerja-pekerja akan berhadapan dengan situasi yang sukar untuk menuntut hak ke atas kejayaan yang seharusnya mereka terima dan kesan paling buruk ialah tahap pendapatan akan ditekan dan kualiti kehidupan pekerja akan dihakis oleh kumpulan kapitalis ini. 

Sesungguhnya dengan bacaan rang undang-undang (RUU) pindaan akta seperti ini, rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja akan dilayan seperti kuli sepenuhnya setaraf buruh asing malah mungkin lebih rendah tarafnya. Juga dikhuatiri melibatkan soal implikasi terhadap pekerja yang diberhentikan secara VSS tetapi tidak diwajibkan dihulur sebarang pampasan.

Demi rakyat yang sudah terhimpit lagi dihempuk dengan akta pekerjaan yang menyebelahi konglomerat dan syarikat-syarikat besar yang telah mengaut keuntungan berlipat ganda dari bumi Malaysia, kami SAMM menyeru agar semua golongan pekerja terutamanya anak muda untuk turut sama berpiket di seluruh negara pada tanggal 3 November 2011. Untuk masa depan karier pekerjaan, ayuh bangkit menyertai demo yang akan diadakan di venue 'hotspot' setiap negeri.



Mengimbas kembali sambutan Hari Hartal ke 64 beberapa hari lalu, regim seharusnya mengambil iktibar atau menghadapi Hari Hartal versi melenium jika regim masih tidak mengendahkan nasib golongan pekerja ini. 


SAMM mengecam Kementerian Sumber Manusia yang bergantung kepada rujukan pihak-pihak tertentu tanpa menangani isu semasa dengan mendengar suara yang membangkang perkara tersebut. Sebagai penggerak anak muda radikal, SAMM sentiasa menjadi frontline kepada sejumlah 11juta golongan pekerja tanpa membenarkan golongan sederhana ini terus dipijak kerajaan pemerintah. 

Yaser Sh.Abd.Rahman
Penyelaras Segmetasi Golongan Pekerja
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

2 comments:

  1. YB Hamidah mahu jadi MB Perak, kini tersepit diantara kuasa duit dan dot, dot, dot!

    http://yomamaparpu.blogspot.com/2011/10/yb-hamidah-mahu-jadi-mb-perak-kini.html

    ReplyDelete
  2. Pabila duit mengaburi mata setiap insan...haiyaa!!

    ReplyDelete