Friday, September 9, 2011

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !




Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh. 

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia. 

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.  

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !


Edyes @ edyesdotcom
satira kebangsaan

8 comments:

  1. kata orang orang lama,jika jumpa ular dengan keling ,pukul keling dulu

    ReplyDelete
  2. ruginya Thailand
    untungnya Malaysia
    tak pernah rasa dijajah
    sepatutnya Malaysia tak perlu susahsambut Hari Merdeka dan mencipta tema yang bermacam-macam
    lebih baik sambut saja Hari Perkongsian Bistari.Yes Sir!

    Betapa bijaknya pemimpin
    betapa bijaknya pakar
    54 tahun masih dilamun
    lagu terang bulan

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu kita tak payah sambut hari kemerdekaan la... sebab tak pernah dijajah... nak merdeka dari siapa??? lebih baik sambut hari penubuhan malaysia saja...16 sep...

    ReplyDelete
  4. Lepas ni kita ganti Hari Merdeka dgn Hari Gembira, mungkin, sebab kita tak pernah dijajah. Lepas ni juga negara Australia pun akan keluarkan "statement" yg mereka juga tak dijajah, mungkin utk Australia, "Hari Berkawan", utk negara di Afrika, mungkin "Hari Memburu". Pandai sungguh Zainal Kling, sebenarnya mana-mana negara di dunia ini tak pernah pun kena jajah, ada yg melawat, ada yg melindung, ada yg berkasih dan ada yg berkawan.Lepas ni minta tolong hantar prof kangkung ni ke Tg Rambutan, rasanya itu tempat yg paling sesuai utknya.

    ReplyDelete
  5. Wahai sang penguasa dan konco mu ... berkata benar lah demi anak bangsa generasi mu .. jangan kerana sebuah kuasa kamu menidakan kebenaran.

    Cukuplah Melayu jangan bodoh lagi ...

    ReplyDelete
  6. Ph.D tahap tong sampah...Sedih, Malaysia iktiraf Profesor yang berfikir dengan kepala lutut..

    ermmm...Kling.....KELING??? Oooppsss....Oh my God

    ReplyDelete
  7. sudahlah tu prof,nak mengampu tu agak2 la..tahun depan tak payah la sambut hari kemerdekaan....tu upacara turun union jack dan naik jalur gemilang tu apa prof? yang Tunku terjerit "Merdeka" berkali2 tu apekehei prof,tersampuk ke?

    ReplyDelete
  8. dia tu being sarcastic (sinis) la. korang ni yg tak paham...baca dari surface jer malas nak berpikir mcm ni la melayu cepat melatah..

    ReplyDelete