Keengganan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk bekerjasama memberi keterangan dalam temubual peguam pembelaan, membolehkan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka.
Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodwan yang sepatutnya berlangsung hari ini telah dibatalkan. Ini berikutan kedua-dua saksi tersebut tidak mahu bekerjasama dalam temubual dengan penguambela hanya kerana kehadiran tertuduh iaitu DSAI. Ini suatu alasan yang tidak boleh diterima dan seterusnya menyebabkan kelewatan perjalanan kes.
Menurut perintah mahkamah;
Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodwan yang sepatutnya berlangsung hari ini telah dibatalkan. Ini berikutan kedua-dua saksi tersebut tidak mahu bekerjasama dalam temubual dengan penguambela hanya kerana kehadiran tertuduh iaitu DSAI. Ini suatu alasan yang tidak boleh diterima dan seterusnya menyebabkan kelewatan perjalanan kes.
Menurut perintah mahkamah;
"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin (DPP).
"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal
Berikut adalah berita yang dipetik dari Malaysiakini;
Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bawah, kiri) yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.
Ia berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.
Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.
"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana," kata Karpal.
"Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama," katanya.
Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.
"Kami mahu kes berjalan secepat mungkin," katanya.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.
Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.
"Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama."
Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Inilah contoh bila dah tak ada kuasa... dulu bukan main gah semasa berkuasa. Dan inilah yg ditakuti oleh pemimpin2 syaitan dalam kera-jaan
ReplyDeletetuloq dah kemuruk......
ReplyDeletealasan tak mau semuka dgn dsai pun alasan hampehhhhhhhhh.....
kah kah kah
Laa... rupanya tak ada telur! Dulu masa ada kuasa bukan main lagi samsengnya. Sekarang bulu pun gugur menggeletar.
ReplyDeletePengecut mengalahkan cek det
Kenapa Musa dan Rodwan takut untuk hadir ke Mahkamah? Jika engkar kepada arahan Mahkamah sepatutnya mereka berdua harus ditangkap. Kamu yang reka cipta kes-kes Anwar tapi kamu takut untuk berdepan dengan Anwar di Mahkamah. Seharus nya jadilah manusia yang berani dan bertanggungjawab. Rupa-rupanya penakut macam pondan Lorong Hj Taib..
ReplyDelete