Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, lapor KeadilanDaily.com.
Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan.
“Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.
“Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.
Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara.
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.
Cabuli hak manusia
Menurut Maria, BERSIH kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.
“Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?” soal beliau.
Menurut Maria, BERSIH telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis.
“Ian mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak.
“Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana BERSIH sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” tegasnya lagi.

EDYES wrote:
Dijemput tetapi tidak dapat menghadirkan diri ke press confrence ini kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment