Tuesday, June 21, 2011

Blog Bercuti !

Berat rasanya untuk menyatakan, tapi tidak salah rasanya berterus terang.

Blog edyesdotcom akan berehat sehingga akhir bulan enam ini untuk persediaan beberapa perkara termasuklah percutian seminggu ke Hanoi hujung bulan ini, yang sebenarnya telah dirancang sejak akhir tahun lalu. Ianya juga termasuklah persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi BERSIH 2 hahaha...

Blog edyesdotcom akan beroperasi seperti biasa, tetapi mungkin tidak banyak artikel-artikel baru yang dihasilkan oleh edyes dalam sepanjang dua minggu terakhir bulan Jun2011. Walaupun akhir bulan ini adalah satu detik yang sangat penting untuk Pakatan Rakyat, saya yakin kita semua akan berjaya menghadapinya seperti mana bulan-bulan yang lain.

Sebenarnya, saya agak bernasib baik kerana hari bersejarah BERSIH 2 jatuh pada tarikh 9 Julai 2011. Tidak dapat saya bayangkan jika ianya jatuh ketika saya bercuti di Hanoi, yang memungkinkan saya membatalkan percutian tersebut.

Terus terang saya katakan, diri ini tidak pernah bercuti walau sedetik pun untuk menentang kedurjanaan sebuah kerajaan yang zalim. Selagi bernafas, selagi itulah penentangan berlaku terhadap ketidak-adilan sejagat. Namun bergitu, di atas 'timing' yang tidak dapat dijangka, blog ini direhatkan seketika.

Saya dengan lafaz Bismillah, memohon cuti tanpa gaji selama 2 minggu dari para pengunjung setia, sahabat dan seteru sekalian. Saya akan kembali semula pada awal bulan Julai.

InsyaAllah sebelum saya bercuti, saya akan menulis sebuah lagi artikel yang mendesak Ibrahim Ali dibicarakan atas kesalahan cubaan menimbulkan huru-hara. Saya kata dibicarakan, bukan ditahan tanpa bicara sepertimana yang berlaku ke atas penentang kerajaan sekiranya bertindak seperti Ibrahim Ali.


EDYES @ edyesdotcom
Curi-curi Malaysia... Ke Hanoi kita, Bandar Tasik Vietnam
Blog bercuti, tapi twitter tetap jalan. Sila foillow...


2 comments: