Wednesday, June 29, 2011

Twitter #BERSIH di Blog edyesdotcom !!

PERHATIAN !

Semua TWEET yang ada Hashtags #BERSIH akan terpapar di atas blog edyesdotcom !

 

Semangat Ho Chi Minh Untuk 9 Julai !



To save the country and liberate the nation there is no other way except the proletarian revolution road - Ho Chi Minh

Proletarian revolution is the best way to save the country and liberate the nation - Ho Chi Minh




Monday, June 27, 2011

Salam Dari Hanoi, Viet Nam


Assalamualaikum semua,

Kini tiga hari telah Edyes lalui di Viet Nam, dan ada tiga hari lagi untuk ditempuhi. Percutian ini adalah yang terbaik sepanjang 30 tahun hidup di atas muka bumi ini. Berbaloi-baloi...

Ketika ini, sedang berada di sebuah hotel di atas sebuah pulau peranginan yang terbesar di Viet Nam. Hampir 200 kilometer dari Bandaraya Hanoi. Pulau Cat Ba lebih besar dari Pulau Langkawi di Malaysia.

Hari pertama sampai di Vietnam Edyes menginap di tengah-tengah bandaraya Hanoi, sebuah penempatan yang dinamakan Old Quater. Pagi hari kedua terus ke Ha Long Bay untuk menikmati penginapan di atas kapal dan hari ini pula, menginap di Pulau Cat Ba.

Sedikit terkilan kerana di negara sendiri, umpama menanti sebuah peperangan besar menghadapi pasukan keselamatan FRU dan SB tetapi Edyes di Viet Nam begitu santai sekali. Namun tanggungjawab untuk percutian bersama keluarga harus juga di beri penghormatan. Ada masanya, keluarga harus diutamakan, dan inilah masanya. Harap semua rakan seperjuangan faham.

Ok, kesuntukkan masa... lepas nie nak ke monkey island. Nak tengok beruk-beruk kat sini ada sama tak dengan beruk-beruk yang diketuai oleh KeraJantan yang bakal berhimpun untuk menghimpit demonstran BERSIH.

Semoga kita akan berjumpa lagi sepemulangan Edyes di Malaysia hujung bulan ini.


EDYES @ Hanoi - Ha Long - Cat Ba Island
Masalah BESAR Edyes di sini ialah - Facebook unaccessable!

Friday, June 24, 2011

Akhirnya Trio Jahanam Didakwa !!

Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu.

Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani. - Mkini


EDYES wrote:

Ini semua wayang!! Ini semua wayang yang membenarkan kebejatan dan fitnah lebih besar berlaku. Mengapa mengambil masa begitu lama? Adakah kerana mahu bikin skrip terbaik setelah skrip asal sudah tidak meyakinkan ?

Isa Samad Akui Felda Pinjam 6 Bilion Dari KWSP !!

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

isa samad interview 150509Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.

Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.

Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia. - Mkini


EDYES wrote:

Agak-agak kalau pinjam ada interest tak ? Pinjam banyak-banyak nie sebab nak bayar saman peneroka ke ?

Tuesday, June 21, 2011

Blog Bercuti !

Berat rasanya untuk menyatakan, tapi tidak salah rasanya berterus terang.

Blog edyesdotcom akan berehat sehingga akhir bulan enam ini untuk persediaan beberapa perkara termasuklah percutian seminggu ke Hanoi hujung bulan ini, yang sebenarnya telah dirancang sejak akhir tahun lalu. Ianya juga termasuklah persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi BERSIH 2 hahaha...

Blog edyesdotcom akan beroperasi seperti biasa, tetapi mungkin tidak banyak artikel-artikel baru yang dihasilkan oleh edyes dalam sepanjang dua minggu terakhir bulan Jun2011. Walaupun akhir bulan ini adalah satu detik yang sangat penting untuk Pakatan Rakyat, saya yakin kita semua akan berjaya menghadapinya seperti mana bulan-bulan yang lain.

Sebenarnya, saya agak bernasib baik kerana hari bersejarah BERSIH 2 jatuh pada tarikh 9 Julai 2011. Tidak dapat saya bayangkan jika ianya jatuh ketika saya bercuti di Hanoi, yang memungkinkan saya membatalkan percutian tersebut.

Terus terang saya katakan, diri ini tidak pernah bercuti walau sedetik pun untuk menentang kedurjanaan sebuah kerajaan yang zalim. Selagi bernafas, selagi itulah penentangan berlaku terhadap ketidak-adilan sejagat. Namun bergitu, di atas 'timing' yang tidak dapat dijangka, blog ini direhatkan seketika.

Saya dengan lafaz Bismillah, memohon cuti tanpa gaji selama 2 minggu dari para pengunjung setia, sahabat dan seteru sekalian. Saya akan kembali semula pada awal bulan Julai.

InsyaAllah sebelum saya bercuti, saya akan menulis sebuah lagi artikel yang mendesak Ibrahim Ali dibicarakan atas kesalahan cubaan menimbulkan huru-hara. Saya kata dibicarakan, bukan ditahan tanpa bicara sepertimana yang berlaku ke atas penentang kerajaan sekiranya bertindak seperti Ibrahim Ali.


EDYES @ edyesdotcom
Curi-curi Malaysia... Ke Hanoi kita, Bandar Tasik Vietnam
Blog bercuti, tapi twitter tetap jalan. Sila foillow...


Sunday, June 19, 2011

Bukti Barisan Nasional Penakut!!

Takut dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS yang baru, nama Mat Sabu dipadamkan melalui tanpalan-tanpalan kertas A4!

Mat Sabu yang sepatutnya menyampaikan pidato sempena pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam, telah dibatalkan slotnya.

Sah UMNO Barisan Nasional tidak ikhlas dalam program yang membabitkan penyatuan Islam menentang Israel. Dalam perkara sebegini pun UMNO boleh main wayang, apalagi bila dikaitkan dengan niat untuk bergabung dengan PAS kononnya atas nama perpaduan Islam.

Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana kian hari makin digeruni oleh Barisan Nasional. Nampaknya, Najib dan UMNO gerun dengan Mat Sabu.


EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 18, 2011

Ceramah Bersama Mat Sabu dan Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota, Rembau !

  
Ceramah Umum Chegubard bersama Hj Mohamad Sabu
di Kg Astana Raja, Rembau

dan
Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota 18jun,9mlm di Astana Raja, Rembau.

(pertanyaan 0123696474)

Semua di jemput hadir beramai-ramai !!

Friday, June 17, 2011

Khairy : Saya Akan Buktikan Betapa Beruknya Saya !!

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

umno youth rally 090209 khairy 01"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.

bersih rally 271207 01Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak menyertai BERSIH kerana kumpulan itu menyokong pembangkang dan sejal awal mempunyai agenda politik.

Beliau juga menafikan tindakan itu bagi melawan BERSIH, sebaliknya ia tiada kaitan langsung.

Ditanya sama ada tindakan itu sesuai memandangkan dua lagi kumpulan bercadang berhimpun pada masa yang sama, Khairy berkata ia "terpulang kepada pihak polis".

Pemuda Umno menegaskan akan memohon permit bagi tujuan itu walaupun tidak pasti pihak polis akan memberikannya.


EDYES wrote:

"Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya." - KJ, 2007

Akhirnya Khairy akan memberukkan dirinya sendiri. Memang selama ini dia beruk, namun pada tanggal 9 Julai 2011, dia membuktikan betapa beruknya dirinya...

Jangan nanti sampai tarikh 8 Julai, tetiba keluar kenyataan "Pemuda UMNO akur dengan arahan pihak polis untuk tidak berhimpun" - KJ

kah kah kah kah kah...


Wednesday, June 15, 2011

Rupa FanPage RM1.8Juta Macam Ini? Serangan Hackers ke Laman Kem Pelancongan!

RM 1.8 Juta telah dihabiskan untuk buat sebuah Fanpage di Facebook ?? Pelik tetapi benar, lihatlah gambar di atas, kerja budak darjah enam yang dibuat dengan RM 1.8juta !! Setujukah anda ini suatu pembaziran melampau ?

Fanpage facebook kementerian Pelancongan Malaysia ini boleh dilawat dalam link di sini.

Hasil dari keputusan yang merugikan duit rakyat ini, para hackers telah memilih untuk menyerang laman web utama Kementerian Pelancongan di awal pagi hari ini. Lihat dua gambar terakhir;




Andainya sempat, anda juga boleh melihat kementerian pelancongan yang telah digodam pada link di bawah;

http://www.tourmalaysia.com.my/

EDYES @ edyesdotcom

Tuesday, June 14, 2011

Adakah Benar Kita Mahu Dataran Merdeka Menjadi Tahrir?


Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung. 

Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia. 

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo. 

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja. 

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!

Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.

Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas.  Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!


EDYES @ edyesdotcom
Mohon rakan share dan sebar artikel ini 

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 10, 2011

Setuju Anak Malaysia Tetapi Perlu Juga Pertegas Sekolah Satu Aliran


Oleh: CheGuBard

Sehari dua ini kecoh mengenai anak bangsa bangsa Malaysia. Perkara ini wujud apabila seorang Ahli Dewan Undangan negeri dari Selangor yang baru melahirkan anak gagal dalam cubaan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia. Tindakan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia kerana menurutnya dia berbangsa cina yang berkahwin dengan lelaki berketurunan India, maka anaknya tidak mungkin menjadi India atau Cina tetapi anaknya harus menjadi anak Malaysia.

Seperti biasa tindakan ini dilihat dari perbagai aspek. Ada yang mengambil perkara ini dari aspek negatif. Ada seorang ahli parlimen bekas PKR dengan sengaja menulis komentar mengenai perkara ini dengan meletakkan gambar anak beruk mungkin sebagai menggambarkan anak bangsa Malaysia yang tidak ketahuan identitinya. Malah rata-rata blogger pro Umno yang melihat tindakan ADUN ini dari aspek politik semata lantas memberikan komen negatif termasuk sanggup menulis komen-komen lucah berkaitan dengan status anak ADUN ini.

Ini semua jelas mengecewakan. Selaku anak muda kita harus membicarakan perkara ini dalam ruang yang lebih luas lagi.

Apa niat ADUN tersebut terpulang kepada dia tetapi kita harus mengambil peluang ini untuk membincangkan secara terbuka dan jujur mengenai pembentukan negara bangsa dan kesepaduan rakyat dalam negara.

Suka mengungkap semula tulisan Rustam Sani yang pernah menulis kita pernah cuba dengan serius merdeka sebagai negara bangsa tetapi usaha kita gagal kerana dihalang oleh British kerana gusar kita akan muncul sebuah negara yang kuat, mandiri dan menyaingi mereka. malah selaku negara bangsa yang kuat, Negara Rakyat ini juga tidak akan mudah memberi jaminan untuk mengikut telunjuk demi menjaga kepentingan pemodal Inggeris. Usaha pembinaan negara bangsa ini juga mudah dihalang British apabila Umno menjadi agen dalam negara yang menjalankan usaha sabotaj menggagalkanya.

Tidak dinafikan terdapat banyak tafsiran tentang makna negara-bangsa. Namun menurut Abdul Rahman Embong (2001:12), persoalan negara-bangsa secara konseptual menjadi permasalahan penting disebabkan terdapat beberapa kekeliruan mengenainya. Ini kerana ada pihak yang menganilisis perkara tersebut secara legalitis dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ dan ada pula yang melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan sebagai sukar untuk terbentuk.

Malaysia telah merdeka sejak 1957, itu proses yang lama namun kita masih terperangkap dalam 'lamunan perkauman sempit' kita. Ini semuanya ialah impian penjajah kita dahulu. Semasa menjajah mereka memisahkan kita dengan dasar pecah perintah. Lebih malang lagi selepas merdeka dasar mereka kita teruskan dengan politik perkauman sempit yang diwarisi melalui Perikatan dan kini barisan nasional.Malah lebih parah malangnya apabila politik perkauman ini menjadi azimat sakti yang sering diperguna oleh regim pewaris penjajah setiap kali tergugat sokongan.

Mari kita fikirkan adakah kita semua ini Melayu, apa yang menjadikan kita Melayu atau apa bangsa identiti kita ? Seorang Melayu kahwin dengan cina anaknya bangsa apa ? Sepasang suami isteri Melayu yang hidup dengan penuh meninggalkan cara hidup melayu adakah anak mereka melayu ? Keluarga cina yang hidup dikalangan orang jawa mengamalkan kehidupan berbudaya jawa, makanan jawa, cakap jawa lebih fasih dari cakap cina, adakah mereka cina ?

Kita telah membuang masa, seharusnya perkara ini sudah diselesaikan lama. Ini masa globalisasi, amat menyedihkan apabila nilai sempadan negara mula menjadi kurang nilai kita masih melipat lengan baju bertekak soal sempit perkauman dalam negara sendiri.

Memang sudah terlambat kita harus mulakan segera sekarang jika tidak kita akan hilang daya saing. Kita harus jujur dalam membincangkan perkara ini, ke arah mana negara ini hendak dibawa. negara ini tidak boleh sentiasa terawang dengan banyak taboo yang konon tidak boleh diungkap dan harus didiamkan. Ini negara kita, jika kita tidak mahu bincangkan siapa lagi yang mahu diselesaikan. British sudah lama pulang kita harus berdiri sendiri mengendalikan negara kita mengikut acuan kita.

Jika tidak negara ini akan hilang daya saingnya. Jika kita masih diam dan taboo untuk bicara hal pokok negara akan terus hilang warganya yang bagus untuk bangun negara. Ganerasi baru yang bosan dengan negara ini akan keliru identitinya. Mereka akan melihat negara ini hanya tempat cari makan kerana mereka dihalang itu dan ini, seolah negara ini bukan milik mereka. Maka mereka akan berhijrah ke mana mereka selesa cari makan. Rakyat harus melihat bumi ini bukan hanya tempat cari makan sahaja. Ini tanah air kita.

Walaupun kamu keturunan cina kamu sudah tidak ada kawloon untuk balik kerana orang kawloon sudah tidak kenal kamu, kamu beranak di Nibong Tebal maka ini tanah air kita yang harus kita bina bersama. Jika kamu keturunan india kamu sidah tidak ada Kerala untuk balik, kamu beranak di Kombok, Negeri Sembilan maka sinilah kampung halaman kamu. Semangat ini harus wujud dan ia hanya akan wujud apabila kita ada rasa milik sama negara ini.

nota ringkas lemparan idea bangsa Malaysia ini saya akhirkan dengan dengan pertanyaan pada diri kita semua secara detik hati, adakah kita jujur hendak sama mencari ke mana arah dan bagaimana nak bentuk negara bangsa malaysia ini. Adakah kita jujur dan sedia berkorban beberapa 'permata' kecil dalam genggaman yang disayang untuk mendapat belian besar yang jauh lebih bernilai.

Cuba renungkan jika kita ke Singapura. Suatu ketika dahulu, selepas Singapura mencapai kemerdekaan (dari Malaya), urusan kebudayaan dan keagamaan disekat. Sekolah-sekolah beraliran Cina dan Tamil dibubar untuk mengurangkan semangat “kecinaan dan keindiaan”. Atas iltizam dan visi Lee Kuan Yew, Singapura telah berjaya menjadi sebuah negara-bangsa. Walaupun pada awalnya wujud sedikit kekangan kebebasan berbudaya dan beragama, Singapura kini terus bergerak ke hadapan. Lee Kuan Yew telah berjaya menyatukan kebudayaan Singapura. Lee Kuan Yew dilihat berjaya mengasimilasikan masyarakat Singapura. Kita boleh meletakkan Singapura sebagai contoh negara-bangsa yang maju dan berjaya. Kita boleh berbangga kerana Singapura adalah jiran kita yang kuat
memberi saingannya.

Mana mungkin nak bina negara bangsa apabila pada peringkat awal pendidikan lagi majoriti anak malaysia terpisah-pisah. Jika kita semua tidak jujur dalam bab ini maka saya ungkap blogger A. Kadir Jasin (dan tolong jangan labelkan saya rasis) dalam tulisan beliau di Malaysia Today yang berkata “…Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah ‘hak’. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka…” Mungkin ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh beliau.

dan cerita mencari identiti negara ini akan menjadi cerita tak sudah - sudah dan terpusing - pusing. Maka sama kita nyanyikan lagu, bangau oh bangau..............

sekadar mengajak diri berfikir.

Akhirnya PAS Diserang Juga !!


Salam to all,

Telanjur tak sehat sepanjang hari ni, telanjur jugalah menonton Buletin Utama TV3 apabila terbaring di depan TV selepas Maghrib. Tak ingat bila last tengok berita TV3, namun berita yang disampaikan malam ini adalah sangat mengejutkan.

Jika sebelum ini, parti PAS telah dilayan dengan baik oleh media arus perdana berbanding dengan PKR dan DAP. PAS digambarkan oleh media arus perdana sebagai sebuah parti yang sebenarnya boleh bergerak sendiri untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP pula dicerca dan dihina hampir setiap hari dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor acap kali menjadi mangsa serangan bertali arus.

Namun seperti yang saya jelaskan tadi, berita di Buletin Utama TV3 malam ini agak berbeza dan cukup mengejutkan. PAS telah diserang habis-habisan dengan seluruh kekuatan TV3 dalam penyediaan maklumat. Lebih 15minit masa perdana telah digunakan untuk menyerang parti PAS. Ini agak pelik kerana sebelum Muktamar ke 57, PAS disanjung tinggi dengan kepimpinan ulama diberi ruang yang cukup baik oleh media arus perdana. Tetapi selepas muktamar, PAS menjadi sasaran terbaru UMNO. Adakah ianya berkait rapat dengan pinangan yang telah ditolak?

Isu yang dimainkan dalam Buletin Utama malam tadi ialah, bagaimana PAS sanggup melepaskan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam apabila mengimbas kembali ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada tahun 2003 dan dibandingkan pula dengan ucapan TGHA pada Muktamar baru-baru ini. Sedarkah TV3 bahawa negara berkebajikan itu adalah satu tuntutan utama sebuah negara Islam? Negara Islam adalah negara berkebajikan. Ini sudah cukup menunjukkan UMNO dan BN begitu dangkal dalam mentafsir sebuah negara Islam.

Layanan baik UMNO terhadap PAS sebelum ini tidaklah seikhlas mana. Rupa-rupanya UMNO telah berdendam dengan PAS kerana bukan sahaja hantaran meminang untuk membentuk perpaduang telah ditolak tanpa bicara lagi, kepimpinan baru PAS juga dilihat tidak mesra terhadap UMNO dalam apa jua keadaan menyebabkan peluang UMNO untuk slowtalk dengan PAS hancur berkecai.

Maka tidak hairanlah mulai hari ini hingga pilihanraya akan datang, PAS akan terus diserang oleh media arus perdana setelah gagalnya usaha pihak terdesak mencari penyambung nyawa. Percayalah bahawa lagi teruk PAS dan Pakatan Rakyat di hentam oleh media arus perdana, lagi banyak sokongan yang bakal diperolehi. Kerana rakyat kian celik, memilih untuk sebuah kerajaan rakyat, negara berkebajikan !


EDYES @ edyesdotcom
Masih demam, sengal satu badan...

Thursday, June 9, 2011

YB Kurang Ajar!! Nak Lihat Di Mana Zul Nordin Pasca PRU13 !!

Gambar beruk begitu menghina sekali bila dikait dengan entrinya

Di sebalik kopiah putih yang disulam corak-corak yang islamik itu, tidak dapat menutup betapa busuknya manusia bernama Zul Nordin ini.

Seorang Ahli Parlimen 'Yang Berhormat' yang acap kali bicara soal agama, kononnya perjuangannya juga di atas nama agama. Tetapi tergamak mengeluarkan kata-kata yang tak ubah seperti blogger murahan UMNO.

Lihatlah kenyataan seorang YB yang mengaku memperjuangkan agama Islam apabila menyentuh perkara yang membabitkan sensitiviti kaum lain;


Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia".

Kenyataan Zul Nordin ini menunjukkan keangkuhan, riak dan takabur. Lagi, kenyataan tersebut berbaur penghinaan yang sangat serius. Di manakah adab dan budi bahasa yang seharusnya menjadi contoh buat bangsa lain? Bagaimana kita mahu bangsa dan keturunan kita dihormati jika kita sendiri tidak menghormati bangsa lain, malah mengeluarkan kenyataan menghina!

Ada perkara yang kita setuju dengan permintaan YB Hannah Yeoh ini, dan ada juga perkara yang kita kurang setuju termasuklah yang melibatkan kepentingan kaum. Tetapi bukanlah bermakna kita boleh sesuka hati bertindak mengeluarkan kenyataan yang sangat biadap tidak kiralah walau siapa pun kita.

Tindak-tanduk YB lahanat ini semakin hari semakin menjengkelkan. Tak sabar rasanya nak tunggu perlawanan penting PRU13 bermula, kerana aku nak lihat di manakah Zul Nordin pasca PRU13 ?!!


EDYES @ edyesdotcom
menulis ketika demam - tak feel lah

Dapatkan Kemeja BERSIH (edisi SAMM) Dan Sticker Kereta BERSIH !!

STICKER KERETA BERSIH VERSI SAMM

KLIK UNTUK BESARKAN

Dapatkan baju untuk himpunan BERSIH versi SAMM dan stiker kereta BERSIH

Kami jual kemeja T pada harga kos RM 15.00 dan stiker kereta RM 3.50

Untuk dapatkan hubungi 0129781707 (sani), 0126794707 (Yaser), 0176664084 (Azizi) dan 0102675872 (Edy)

atau ikuti ceramah cheGuBard (klik maklumat jadual program) dan dapatkan di sana !


Wednesday, June 8, 2011

Mat Sabu: Najib, Kalau Hang Tak Tau, Elok Hang Diam !!


Najib dan UMNO serta semua komponen BN tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya terhadap parti PAS sejak pasca Muktamar PAS ke-57 yang berakhir minggu lalu. 

Jika dulu, Najib mempunyai seteru yang dikelilingi oleh pemimpin yang agak mesra UMNO. Sekarang tidak lagi kerana barisan pimpinan PAS yang mendukung Tuan Guru Presiden PAS adalah terdiri daripada pejuang yang sanggup mati untuk berdepan UMNO. Bukan pemimpin yang kepingin jawatan menteri semata-mata.

Boleh saja kalau pimpinan Pakatan Rakyat nak jadi menteri dengan niat dan harapan agar negara ini dipimpin secara adil, berhemah dan mengutamakan kebajikkan rakyat. Tetapi menjadi menteri itu tidak semestinya bukan di bawah regim UMNO yang penuh retorik dan tidak pernah ikhlas dalam menjamin keselesaan rakyat. Yakinlah bahawa kali ini rakyat memilih untuk berani sepenggal daripada terus menderita di bawah pemerintah sedia ada, dengan memberi laluan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengurus kerajaan.

Berbalik kepada cerita Najib yang menyelam sambil minum air di Kazakhstan. Dari Kazakhstan Najib melontar kenyataan seperti di bawah;
Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Pertama, Najib mengakui bahawa PAS dan Pakatan Rakyat bersedia dengan tawaran kepada rakyat untuk mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.
Kedua, Najib tidak sedar bahawa ini adalah kebajikan itu adalah tuntutan dalam sebuah negara Islam. Oleh demikian, pendekatan negara Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini adalah merangkumi sebuah negara berkebajikan.

Justeru, sebagai pemimpin nombor dua PAS yang baru, yang sangat tidak mesra UMNO, yang kalau matinya sepuluh kali dan hidup kembali pun, tidak akan menyertai parti legasi penjajah ! Mat Sabu melakukan smash terus dari Malaysia sampai Kazakhstan dengan kenyataan;

Konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

Bersyukurlah kerana kita mempunyai barisan terbaik dari PAS menjelang selekoh terakhir dalam gerakan menumbangkan Barisan Nasional. Kita juga ada movement massa anak muda melalui SAMM.

Ayuh bersama arus besar ini untuk menumbangkan penguasa angkuh! Peluang 50 tahun sekali jangan dilepaskan. Penjajah harus dihambat dan dibuang jauh-jauh, begitu juga dengan pembawa legasinya.


EDYES @ edyesdotcom


CheGuBard: Saya Tak Malu Digelar Ahli Politik Jalanan (Wawancara Wajib Baca & Sebar!!)


Saya tak malu digelar ahli politik jalanan: Chegubard
8 June 2011

Wawancara eksklusif dengan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan nama Chegubard. Beliau juga adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Saudara dikenali sebagai ahli politik yang suka berdemonstrasi, ada yang menggelar saudara sebagai ahli politik jalanan. Apa komen saudara?

Pertama sekali, konotasi pada gelaran itu boleh saja menjadi negatif atau positif, tetapi bagi saya, saya tak kisah orang nak gelar saya apa. Kita kena faham, latar belakang saya sejak dari sekolah  yang aktif dalam banyak organisasi belia dan kebudayaan. Sebagai orang muda, kita perlu ada semangat perlawanan dan semangat radikalisme, malah saya dibantu dengan bahan-bahan bacaan dan buku-buku aliran kiri. Contohnya ‘Motorcycle Diaries’ karya Che Guevara, kisah tentang (pemimpin kemerdekaan Indonesia) Bung Hatta, Tan Melaka dan sebagainya. Saya baca semua itu ketika di sekolah menengah lagi. Saya tak nafikan saya pernah terfikir nak jadi macam Che Guevera. Akhirnya reformasi 1998, Anwar Ibrahim dilihat sebagai ikon bagi orang muda, tiba-tiba ia menyentak, gerakan itu diwajahkan dengan wajah kebangkitan rakyat yang pada akhirnya saya tersebut ke dalam arus gerakan reformasi.

Hakikatnya ketika itu, saya tak pernah pun berjumpa dan mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim. Saya memilih untuk turun ke jalanraya kerana (ketika itu) tidak ada banyak pilihan lain, bukan kerana kita sengaja pilih untuk tujuan suka-suka. Ketika itu, itu menjadi trend, itu jiwa orang muda dengan imaginasi-imaginasi perlawanan, ia ‘cool’. Tidak mudalah mereka jika tidak turun ke jalan raya. Akhirnya kita mengikut struktur parti apabila ia ditubuhkan. Pada masa itu Parti Keadilan Nasional, ia merupakan parti politik yang pertama saya sertai. Saya tak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum itu.

Ketika itu saya sedang mengajar (sebagai guru), momentum pada masa itu sebenarnya ialah kelompok muda yang tak punya kepentingan politik, yang hanya ingin melihat, ini kesempatan terbaik untuk mengubah negara. Kes Anwar, semua elemen kerajaan digunakan untuk menangani kes itu. Maka anak muda telah bersatu hingga keadaan itu mengangkat Anwar sebagai ikon dan simbolik pada perlawanan itu.

Apa yang kita boleh buat? Hinggalah parti (PKR) vakum bila tangkapan ISA dibuat ke atas pemimpin parti, saya betul-betul aktif ketika ISA 10 (2001), ketika itu keadaan bagai tiada harapan untuk menang. Maka kita lah yang sama-sama membina parti ini sebagai orang kecil, kena ingat saya masuk Keadilan bukan sebagai pimpinan besar, saya tidak disambut dan dirai, kita hanya budak yang gantung bendera, yang bersama lari di tepi jalan bagi memastikan isu Anwar terus hidup, untuk menarik perhatian orang ramai dan bermain dengan simpati rakyat. 

Kita ‘attract media’, pada masa itu cukup dengan sekadar ‘mainstream media’ melaporkan ada 10 orang ditangkap berdemonstrasi, itu kejayaan kita pada ketika itu dalam keadaan parti yang vakum, susah ada yang lari dan sebagainya. Saya tidak rasa ralat jika digelar pejuang jalan raya hanya kerana pada masa itu saya tiada pilihan. Saya tidak dilatih di dalam kelas-kelas atau sekolah politik, saya tak dilatih di hotel-hotel dalam kursus politik. Saya matang di jalan raya, saya dilatih erti perjuangan dari lokap-lokap polis dan saya tak pernah menyesal dan ralat kerana hari ini saya dapat merasakan latihan yang saya dapat itu membuatkan saya faham derita raktyat yang sebenarnya.

Maka saudara terus mengetuai demonstrasi seterusnya?

Ia membawa kepada fasa kedua, selepas pilihan raya umum 2008, semua orang memikirkan untuk ubah ‘stail’ politik dan pendekatan. Bagi saya orang muda ini isunya ialah perlawanan. Kalau kita nak pergi kepada orang muda yang teknokrat dan sebagainya, UMNO sudah menangani perkara ini sudah lama dan berjaya, saya melihat perlawanan itu perlu ‘real’ dan secara fizikal. Ini imaginasi orang muda, ia perlu dikekalkan.
Contohnya isu Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil), sama ada kita sedar atau tidak antara impak keputusan PRU 2008 adalah kerana himpunan Bersih 2007. 

Kalaulah selepas PRU 2008 kita teruskan demo dan kempen yang sama dengan menggunakan kekuatan rakyat secara fizikal untuk turun ke jalan raya bertujuan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya, mungkin hari ini keadaannya sudah berubah. Tetapi oleh kerana pada ketika itu (selepas PRU 2008) kita memikirkan perlu ada pendekatan lain, yang lebih profesional dan sebagainya. Akhirnya baru hari ini kita kembali nak bercakap semula tentang Bersih, ia agak tertinggal dan janggal. Dan, sekali lagi saya tidak malu digelar sebagai ahli politik jalanan hanya kerana kita merupakan penyambung survival. Ia dilihat lebih ‘real’ dan berkesinambungan.

Kepercayaan saya satu sahaja, usaha menggembleng rakyat untuk turun ke jalan raya tidak harus berhenti. Siapa juga yang jadi kerajaan atau pemerintah, mereka harus berhadapan dengan kuasa rakyat. Benda ini juga dipelajari oleh UMNO-BN, walau pun usaha mereka di atas ‘fake ground’, tetapi apa yang penting, mereka (UMNO-BN) secara tidak langsung sudah mengiktiraf strategi politik mobilisasi rakyat ini. Dalam pada itu, kita sebagi pelopor tidak harus meninggalkan ‘ground’ kekuatan kita ini.

Apa yang sebenarnya berlaku sewaktu pemilihan PKR 2010?

Saya bercakap soal prinsip, jika kita tidak boleh bercakap, maka parti ini akan gagal. Tapi saya yakin, jika saya dalam UMNO, sudah lama saya kena tending. Maksudnya dalam PKR masih ada ruang untuk memprotes. Cuma mungkin cara saya yang agak radikal dan penerimaan parti yang agak perlahan, itu yang melihatkan agak kontra yang begitu banyak. Saya tak ketepikan semua parti politik menghadapi masalah politiking dalaman, nama pun dah parti politik. Bagi saya mudah saja, kita bercakap mengenai demokrasi, proses pemerkasaan, hokum; dan kita harus melakukan itu. Saya tertarik dengan ungkapan ‘perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata’. Jika ditanya, adakah isu tersebut tiada penyelesaian? Saya jawab, ada penyelesaiannya.

Secara prinsipnya, saudara tiada masalah dengan pelaksanaan pemilihan secara demokrasi langsung dalam PKR?

Dari aspek membuka ruang demokrasi, saya menyokong, malah ketika kaedah ini hendak digubal saya berada dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan memang saya menyokongnya. Tetapi malangnya mungkin ada pihak yang berkepentingan melihat ada ruang untuk memanipulasi beberapa kelemahan di mana kita tak bersedia. Itu saja yang saya suarakan dan saya yakin saya bercakap  berdasarkan bukti dan fakta.  Ada yang saya tak puas hati? Ya ada, namun biarlah ia dilalui dan diselesaikan di dalam parti. Cuma cara mana kita menangani komen dan teguran itu.

Apa saranan saudara?

Jika bercakap tentang PRU, kita minta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bebas, buka ruang kempen, bagi masa kempen yangg adil, benda ini maknanya apa? Adakah kita dalam parti benar-benar berani dan bersedia untuk buka ruang demokrasi? Maksud saya ialah  kita sedang bercakap satu benda yang dalam negara ini kita tak pernah lakukan. Benda ini ibarat eksperimen. Soalnya (dalam parti) kita hendak atau tidak? Berani atau tidak?

Dalam proses demokrasi yang lebih besar pula, umpamanya pilihan raya kerajaan tempatan, apa yang boleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat lakukan?

Mengenai pemilihan di peringkat kerajaan tempatan, soal dasarnya masih sama, adakah kita berani dan bersedia untuk melaksanakannya? Contohnya, adakah kita bersedia jika ada kerusi yang menang itu dari kalangan politik yang condong kepada UMNO-BN? Jika kita bersedia, silakan. Maknanya kita sudah cukup terbuka.

Jika kembali kepada asas, perubahan itu harus datang dari pendidikan politik kepada rakyat. Berapa ramai rakyat yang bersedia untuk menyertai pilihan raya kerajaan tempatan? Berapa ramai yang sedar kepentingan itu kerana mereka adalah pembayar cukai dalam kawasan tersebut. Begitu juga dalam parti. Berapa ramai ahli yang sedar bahawa mereka boleh memilih presiden, berapa ramai ahli yang sedar bahawa undi mereka tidak ada orang boleh ganggu, atau berapa ramai yang sedar mereka harus memilih ke mana parti hendak dibawa?

Persoalan dalam tuntutan Bersih, kita desak PRU diumumkan lebih awal. Itu kita minta dengan kerajaan pusat. Kita seharusnya bersikap berani dan ‘gentlemen’. Kita kena buat, contohnya, pada 2013, pada tarikh sekian, kita akan bubar kerajaan negeri Selangor atau jika itu terlalu awal, kita boleh pinda peraturan atau perlembagaan dengan memasukkan fasal, pilihan raya perlu diumumkan 6 bulan lebih awal. Kita tunjuk kita berani dan kita dah buat, rakyat akan tengok kita.

Saya rasa PR ini kukuh tapi dari segi ikatan itu masih lemah kerana ia masih berdasarkan isu. Di peringkat tertentu, di tempat-tempat tertentu keadaan berbeza. Ada negeri yang ikatan Pakatannya kuat tetapi di peringkat cabang lemah. Ada negeri di peringkat Parlimen, bahagian atau kawasan kukuh tapi di peringkat negerinya lemah, hingga tak wujud langsung sekretariat Pakatan Rakyat. Saya lihat suasanan ini tidak sihat. Ia perlu ditangani segera, jika ini tidak dilakukan, menjelang PRU akan datang, saya lihat ada sedikit lopong ruang yang patut kita ‘explore’ tapi kita tertinggal dan kita berdepan dengan PRU dalam keadaan ada lagi senjata-senjata yang tidak kita gunakan sepenuhnya.

Contoh beberapa kawasan yang masih lemah?

Tidak adil jika saya beri contoh tempat dengan menyebut secara spesifik. Tetapi hakikatnya benda ini wujud kerana pembawaan masing-masing. Contohnya, ada tempat yang masih merasakan mereka harus dapat kerusi tersebut, ada tempat yang merasakan mereka mempunyai tokoh yang lebih layak. Ada juga tempat yang masih terkesan dengan pemecahan masyarakat mengikut kaum dengan menganggap ini kelompok Cina, ini kelompok Melayu atau kelompok kaum tertentu. Ia masih dibawa (fahaman ini). Tetapi ini amat minima, kita kena faham kekuatan sebenar kita, kenapa kita bergabung? Kerana kita punya kekuatan yang berbeza. Setiap parti mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Itu kepelbagaian dan itu kekuatan kita.

Pandangan saudara terhadap Pakatan Rakyat dari aspek pencapaian dan pentadbiran?

Bila bercakap tentang kesepakatan PR, persoalannya ialah, sebagai contoh, susah sangatkah di Pulau Pinang untuk kita memberi kerusi exco kepada PAS hanya sekadar menghormati PAS sebagai parti komponen PR? Dan susah sangatkah di Kedah untuk kita memberi kerusi exco kepada DAP sebagai penghormatan sebagai parti komponen PR dan menarik DAP supaya terus berkubu di Kedah dan mempertahankan Kedah sebagai kerajaan PR. Jika kita nak bercakap soal kesepakatan, benda ini pun kita tak dapat tangani, maka kita bermasalah.

Apa yang istimewa dengan Pakatan Rakyat?

Kita kena faham keistimewaan PR. Pada 2008, tiada PR tetapi selepas PRU 2008, kita nak bina kerajaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan, ia perlu gabungan semua. Maka itu PR lahir. Rakyat di semua negeri-negeri ini telah memaksa PR dilahirkan. PR adalah hasil dari desakan rakyat yang bangkit. Ini merupakan sejarah yang harus diangkat. Jadi apakah cabaran besar PR? Cabaranya ialah pilihan raya yang akan datang, 2011 atau 2012, yang bakal dihadapi sebagai kerajaan PR, ini cabaran pertamanya.

Kerana itu saya balik kepada asas tadi, kita kena berdepan BN sebagai jentera PR, di setiap tempat perlu ada PAS, DAP dan PKR yang kuat. Dalam maksud persefahaman dan jentera. Jika di sesebuah kawasan PAS kuat, PAS kena bantu memperkukuhkan PKR atau DAP di kawasan itu. Contohnya di Permatang Pauh, PKR kuat di kawasan itu dan perlu lihat PAS atau DAP juga perlu kuat di situ. Kita akan jadi PR yang benar-benar kuat dan bersedia untuk memerintah negara.

Apa peranan yang saudara ingin ambil?

Pertama sekali, jika bercakap soal demokrasi atau kematangan politik, saya ingin katakan, kita seperti baru saja merdeka semalam. Kenapa? Kerana kita tidak memberi penumpuan membina kesedaran orang muda dalam aspek politik kenegaraan. 

Kerana itu perjuangan saya jelas. Sejak tahun 2007 kita menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Tujuan pertama ialah kita ingin menggarap imaginasi radikal anak muda. Anak muda yang tidak radikal ialah anak muda yang sebenarnya gagal, dia tidak cool, tidak muda.

Kedua, sasaran saya ialah membina sebuah negara, saya akan berjuang seluruh kudrat yang saya ada untuk membina sebuah negara yang menjadi tempat yang ada daya saing berdasarkan kopitensi rakyat yang sebenarnya. Kerana itu, apa pun yang berlaku dalam politik, ia tak menggugat langsung semangat saya, kerana matlamat saya jelas, kita org muda bermain dengan masa dan kita tidak harus rasa kecewa. Selagi saya tak dapat ruang untuk menunaikan harapan saya, saya tak akan undur walau setapak. – Roketkini.com

Tuesday, June 7, 2011

Pendedahan Ini Harus Merangsang Kebangkitan Rakyat !!


Salam to all,

Walaupun sedikit lewat untuk isu ini dilapor dalam blog edyesdotcom, tetapi demi untuk menyampaikan sebuah kebenaran, saya rakamkan kembali kata-kata seorang bekas pengerusi TNB yang pernah di'tendang' kerana tidak menyebelahi EPU.

Berikut adalah pendedahan beliau dalam laman sosialnya beberapa hari yang lalu. Tan Sri Ani Arope juga meletakkan dirinya yang agak berumur terhadap risiko undang-undang OSA;

U don't need to go to a fanciful Bussiness School to figure out why we need a tariff hike-----just re-visit the terms given to some IPPs. With the take or pay clause and wth the 40% excess reserve that we have today, one has to only produce half of one's capacity and be paid 80% of the agreed capacity. Well done the then EPU--The Economic Plundering Unit.

 Atau dalam bahasa melayunya lebih kurang begini;

Anda tidak perlu pergi ke Sekolah Perniagaan serba fancy untuk mengetahui mengapa kita memerlukan kenaikan tarif ----- Hanya melawat kembali istilah (perjanjian) yang diberikan untuk beberapa IPP. Dengan mengambil atau membayar klausa dan bersama cadangan 40% lebihan (tenaga) yang kita miliki saat ini, kita harus hanya menghasilkan setengah daripada kapasiti seseorang(cukong) dan dibayar 80% (lebih) dari kapasiti yang diluluskan.


Walaupun pendedahan telah dibuat sendiri oleh saksi hidup TNB, kerajaan masih lagi tidak mengambil tindakkan terhadap IPP yang merompak keperluan rakyat. Separuh daripada apa yang dibayar IPP sebenarnya adalah milik rakyat.

Teringat kembali kejadian sabotaj stesen janakuasa di Paka, Terengganu sekitar tahun 1994/95 yang menyebabkan seluruh negara gelap gelita. Hari ini setelah hampir 20 tahun kejadian itu, ada ura-ura yang mengatakan 'hikmah' di sebalik kejadian sabotaj itu sebenarnya telah memberi ruang kepada IPP beroperasi. Sedangkan menurut TS Ani Arope, TNB sendiri ingin membina stesen janakuasa di Johor yang berfungsi sebagai back up, tetapi dihalang oleh Unit Perancang Ekonomi. Ini semua berlaku ada sebabnya!

Rakyat Bangkit !

Rakyat Malaysia harus bangkit dan sedar, kita dirompak setiap tahun setiap masa tanpa disedari. Sedarlah bahawa kita sebenarnya dibunuh secara halus dan perlahan-lahan oleh regim jahat, nescaya teknik pembunuhan sedemikian rupa sebenarnya lebih dasyat daripada pembunuhan sekelip mata yang dilakukan oleh regim Pol Pot.

Dari kacamata ini, dapat dilihat rakyat sudahpun sedar dan bangkit. Hanya masih memberikan peluang terakhir kepada kerajaan supaya pilihanraya akan datang dipakejkan bersama satu sistem pilihanraya yang adil. Pilihanraya yang bersih dan adil itu haruslah mengambil kira seberapa banyak tuntutan BERSIH 1.0 yang diterjemah di jalanan pada November 2007 dan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai 2011.

Jika tuntutan ini masih tidak dipeduli, dan regim masih menang di atas padang yang tidak sama rata bersama teknik penipuan yang di luar jangkaan, maka bersiap sedialah wahai regim jahat. Rakyat memberi peluang, memberi ruang untuk perbetulkan sistem korup pilihanraya. Namun jika peluang ini disia-siakan, tidak mustahil Malaysia bakal di'Mesir'kan dengan jayanya !!

Himpunan BERSIH 2.0 menjemput semua rakyat Malaysia melepasi batasan kaum dan fahaman politik, untuk sama-sama mengembalikan demokrasi yang hilang atau sebenarnya belum pernah dikecapi selama 54 tahun kemerdekaan...


EDYES @ edyesdotcom


Monday, June 6, 2011

Bila UMNO Mintak Nyawa !

Muka UMNO mintak nyawa... gambar penuh bermakna sengaja diupload kembali untuk perkasakan mood BERSIH ! 


Tuntutan BERSIH 2.0


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak cubaan sesetengah pihak yang seolah cuba menyelewengkan persepsi orang ramai dengan menyatakan Himpunan BERSIH 2 adalah himpunan demi kepentingan sesetengah parti khususnya komponen Pakatan Rakyat.

Himpunan BERSIH 2 diputuskan oleh jawatankuasa BERSIH yang di pengerusikan oleh Dato' Ambiga Sreenevasan yang pernah menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia (BAR Council) pada 2007 - 2009. Jawatankuasa bersih turut dianggotai oleh perbagai individu yang mewakili perbagai sektor masyarakat.

Tuntutan BERSIH 2 ialah lanjutan dari tuntutan BERSIH 2007 iaitu
  • Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
  • Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
dan ditambah dua lagi tuntutan dalam BERSIH 2 kali ini iaitu ;
  • penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
  • melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
Kesemua tuntutan tersebut perlu dilihat dari aspek menjamin proses pilihanraya yang demokratik yang bersih dan adil demi menjamin hak rakyat.

Jika ada pihak menuduh BERSIH 2 anti parti politik tertentu, maka sila buktikan mana tuntutan yang bersifat anti parti politik tertentu ? Jika ada, adakah parti itu mahu masuk pilihanraya yang boleh dimanipulasi dengan undi hantu atau undi berganda ?

Hanya parti politik yang takut kalah jika ruang demokrasi diperkukuh sahaja melihat BERSIH 2 sebagai musuh.

Pelawaan Pengerusi BERSIH, Ambiga untuk komponen BN turut serta dalam himpunan ini sewajar dilihat dari aspek positif dan membuktikan BERSIH tidak punya agenda politik kepartian.

SAMM menyeru semua warga Malaysia agar bersama dalam Himpunan BERSIH 2 pada 9 Julai jam 2 petang di Kuala Lumpur. SAMM juga sedang menyusun atur himpunan serentak atas maksud yang sama di hadapan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara demi menyatakan solidariti seperti mana yang kami berjaya aturkan pada himpunan BERSIH 2007 yang lalu.

Topeng Perak Unmasked Akan ke Udara Malam Ini !

Berikut adalah maklumat yang baru diterima;

Insya-Allah malam ini saya akan ke udara di stesen radio DurianFM.com dari jam 8-10 malam untuk membincangkan topik 'muktamar PAS ke-57' dan 'PAS dari pandangan peribadi'.

Sila ke website http://www.durianfm.com/ atau Facebook Pages "T'anda Tanya" untuk mengikuti siaran langsung dari jam 8-10malam ini. Sila war-warkan untuk berkongsi pandangan.

Topeng Perak Unmasked


Semoga anda semua dapat bersama dengan sahabat saya dalam temubual yang akan berlangsung malam ini di rangkaian durian.fm malam ini jam 8-10 pm !


EDYES
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Realiti PAS Ganti UMNO di Ambang Mata !

BN Cemas: Realiti PAS Ganti UMNO di Ambang Mata

Oleh: Wira Arjuna


Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?

NONEBenarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?

Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

NONESebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.

Ulama kalah?

Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

NONELantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

NONERupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.

Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.

Janda politik

Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.

NONECuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.

Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.

NONEEntah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan".

PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik".

ibrahim ali press conference at his home in taman melawatiMungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.

Diterima di akhirat

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!

Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

dr juanda jaya perlis muftiPandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.

Penghinaan dayafikir Melayu-Islam

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.

utusan on pas electionNamun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

NONEMaka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.

Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.