Monday, May 23, 2011

SAMM sedia jayakan "Walk For Democracy" (BERSIH 2) !!







Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah mengumumkan akan diadakan satu mobilisasi terbesar rakyat yang dikenali sebagai "perarakan demokrasi" (Himpunan BERSIH 2) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, jam 2 petang.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu, semalam dan turut menyatakan program ini akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

Sehubungan dengan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga telah membuat keputusan hari ini untuk mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim yang lansung tidak mem pedulikan 4 tuntutan yang dituntut oleh BERSIH semenjak Himpunan BERSIH kali pertama November 2007 lalu. Selain menambah dua lagi tuntutan yang dikira penting dalam menjamin demokrasi hak rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tuntutan tersebut ialah :

  • Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
  • Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
  • penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
  • melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
Semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim seolah pekak dan angkuh tidak lansung mahu mendengar. Tuntutan - tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

SAMM bersedia menawarkan diri menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk dalam turut sama menjayakan program tersebut. SAMM akan menggerakkan semua poket sel - sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi ini. Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendiri SAMM.

Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin perlembagaan persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat. Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada menang dan ada kalah namun SAMM sedia melihat mana - mana pihak untuk kalah kepada rakyat namun tidak akan sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihanraya.

SAMM akan bersungguh - sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan BERSIH 2007. 
CheGuBard
Penyelaras SAMM

No comments:

Post a Comment