Cuba lihat hentian bas di atas, agak-agak saudara berapa ribu kos pembinaan yang diperhabiskan untuk membina hentian bas serupa di atas? Mengikut kiraan saya yang bukan profesional valuer, saya letak RM5,000 dengan mengharapkan ada baki yang boleh dipulangkan melihat dari sudut hentian bas di atas yang serba kekurangan.
Dakwaan ADUN Lukut Negeri Sembilan, kos pembinaan hentian bas 'air-condition' seperti di atas menelan belanja sebanyak RM20,000 serba satu. ADUN Lukut mempertikaikan kos dua hentian bas berhampiran klinik kerajaan Lukut yang berjumlah RM40,000 dan mendesak pihak SPRM menyiasat perkara tersebut.
Ini baru satu kes, kalau seribu hentian bas di bina dengan kos yang sama, berapa banyak duit kerajaan (baca: duit rakyat) yang dibelasah sewenang-wenangnya? Bagaimana dengan kos buat lampu jalan? kos buat jambatan? kos beli scorpene? kos renovate rumah PM? dan pelbagai lagi kos yang sememangnya dilobi dengan harga yang tidak masuk dek akal!
Barangkali di sinilah mengalirnya subsidi gula yang telah ditarik balik oleh kerajaan "prihatin" dengan motto 'rakyat didahulukan'!
EDYES @ edyesdotcom
Rakyat Didahulukan MyAss!
Siapa nak siasat nie??? Tak da nyer...!!!!
ReplyDelete