Wednesday, May 25, 2011

Perarakan Demokrasi : SAMM Ikrar Untuk Jayakan BERSIH 2 !!


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan kesediaan mereka untuk terlibat secara langsung dalam himpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard dalam satu kenyataan media berkata, SAMM bersedia menawarkan diri untuk menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk kelak.

"Kami akan menggerakkan semua poket dan sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi. Sememangnya mempertahankan demokrasi hak rakyat merupakan teras utama pendirian kami.

"SAMM akan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program, kerana himpunan kali ini dijangka adalah dua kali ganda lebih besar dari himpunan Bersih 2007," tegas CheGuBard.

Beliau berkata, sehingga kini rejim Barisan Nasional masih tidak mempedulikan 4 tuntutan Bersih semenjak himpunan pertama pada November 2007 lalu.

4 tuntutan Bersih pada himpunan 2007 ialah penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding.

Manakala dua lagi tambahan tuntutan ialah larangan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan, dan melanjutkan tempoh kempen pilihan raya yang lebih munasabah berbanding tempoh kempen lapan hari sebelum ini.

"Semua tuntutan ini adalah munasabah. Namun rejim Barisan Nasional seolah-olah pekak dan angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

"Tuntutan ini bukan tuntutan baru. Ia telah lama berkumandang, namun rejim terus angkuh. Oleh kerana tidak ada jalan lain, maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

"Ini merupakan program aman dalam ruang hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

"Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada yang menang dan ada yang kalah. SAMM bersedia untuk melihat ada pihak yang kalah,  namun tidak sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihan raya," jelasnya.
Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi Pas, Mohamad Sabu mengumumkan mobilisasi terbesar rakyat dikenali sebagai 'perarakan demokrasi' yang akan berlangsung di Kuala Lumpur 9 Julai ini,  manakala tempat spesifik, warna tema akan dimaklumkan pada suatu tarikh terdekat. -SK

EDYES wrote:

Semoga taktikal dan teknik melumpuhkan bandar yang dipelajari oleh Penyelaras SAMM sewaktu di Korea dulu hanya digunakan jika perlu.

Siapakah SAMM ? Jika anda seorang anak muda yang berani menentang ketidak-adilan, berani mencabar kekuatan kerajaan pemerintah yang zalim dan berazam untuk menumbangkan regim BN serta yang sewaktu dengannya, maka anda adalah sebahagian daripada SAMM !!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


No comments:

Post a Comment