Monday, May 9, 2011

Nasib Aku Baik Walaupun Harga Gula Naik...




Saya merupakan insan yang bernasib baik di sebalik kenaikkan harga gula 20 sen hari ini menokok kepada RM2.30 sekilogram. Nasib saya agak baik kerana saya mempunyai seorang rakan yang merupakan ahli kepada parti UMNO. Bukan sekadar ahli biasa, rakan saya itu adalah ketua cawangan UMNO merangkap ahli jawatan kuasa bahagian. 

Bila tiba masa saya nak ke kedai runcit atau pasaraya untuk membeli gula, saya akan pinjam kad keahlian UMNO kepunyaan rakan saya. Mudah-mudahan saya masih ditawarkan harga gula yang lama sekitar RM1.45 sekilogram setelah menunjukkan kad keahlian UMNO rakan saya kepada penjaga kaunter pasaraya. Untuk pengetahuan semua, harga gula yang lama iaitu sehari sebelum menjelang 1 Januari 2010 adalah RM1.45 sekilogram. 

Itulah untungnya jika kita mempunyai kenalan yang terdiri daripada ahli UMNO, lebih tinggi jawatan yang dipegang, lebih banyak diskaun harga gula yang diperolehi. 

Kepada mereka yang inginkan wang segera RM50 sebagai bonus, sila pastikan anda mengundi Barisan Nasional setiap kali pilihanraya menjelma tiba. Bayangkan berapa kilo gula yang boleh kita perolehi dengan RM50 tersebut.  Itu belum lagi dikira beberapa pasang kain batik cap kerengga yang akan dismuggle masuk ke pagar rumah kita pada sebelah malam sebelum hari mengundi.

Jadi, teruskanlah memberi kemenangan kepada kerajaan yang sangat prihati terutamanya ketika dekat-dekat nak pilihanraya. Sekian.

Klik untuk besarkan laporan arkib Utusan bertarikh 1 Jan 2010


EDYES @ edyesdotcom
satira hati panasss

3 comments: