Thursday, May 26, 2011

Jangkaan Edyes Tepat - RON95 TIdak Naik !!

Berikut adalah petikan tulisan Edyes dalam entry bertajuk Hero Di Sebalik RON95 ;

Kini langkah regim memperkenalkan RON95 telah membuahkan hasil. Harga minyak RON97 telah mencecah RM2.90 seliter sebaliknya harga RON95 yang telah lama kekal di takuk RM1.90 seliter dikhabarkan akan berganjak dengan keputusan ahli-ahli parlimen BN yang bersetuju mengurangkan subsidi petrol untuk rakyat. 

Menteri bertanggungjawab pada mulanya berjanji tidak akan menaikkan harga petrol telah mula lari intonasinya. Menteri bertanggungjawab telah akur betapa harga petrol akan dikaji semula walaupun baru sahaja beberapa hari mengumumkan harga petrol RON95 tidak akan berganjak walau sesen.

Kini tiba masa dan ruang untuk Perdana Menteri Malaysia menjadi hero memenangi isu. Ditambah pula dengan gendang-gendang PRU-13 yang kononnya hebat dipalu. Ura-ura kenaikkan petrol RON95 bakal diselamatkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi mencerminkan betapa prihatinnya dan begitu berjiwa rakyatnya Perdana Meneteri Malaysia.

Telah dijangka, RON95 tidak akan berganjak dan akan hanya dijadikan sebuah sentimen yang menakutkan dan mempermainkan perasaan rakyat. Kerajaan mengura-urakan kenaikkan RON95 kononnya tidak dapat dielakkan, konon tanggungan subsidi yang keterlaluan yang di luar kemampuan kerajaan.

Akhirnya, kerajaan sendiri yang mengumumkan RON95 tidak dinaikkan setelah mengambil kira beban rakyat, seolah-olah berlakon menjadi sebuah kerajaan yang prihatin. Rakyat semua sedar, ini adalah permainan untuk membersihkan nama baik kerajaan yang tidak berdaya mengawal ekonomi rakyat bawah dan sederhana. Mereka mempermainkan perasaan rakyat dan sedikit sebanyak membuatkan rakyat panik.

Ia seumpama sebuah syarikat pengeluar softwere anti-virus yang hebat. Mereka cipta sebuah virus, sebarkan dan dalam masa yang sama mereka hulurkan penawarnya. Itulah perumpamaan yang sesuai.


EDYES @ edyesdotcom

 

No comments:

Post a Comment