Thursday, May 19, 2011

Bukan Guru Sahaja Yang Patut Kecewa ! (Wajib Baca!!)


Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Harapkan pagar, pagar makan padi...

Ramai di antara kita masih mengharapkan kerajaan memberikan insentif baru yang terbaik untuk para guru yang jadi pengajar kepada anak-anak kita.  Guru yang memberi sinar kepada anak-anak kita, guru yang bakal membentuk anak kita. Jika bukan anak kita sekalipun, sekurang-kurangnya anak bangsa kita. 

Walaupun ramai di antara kita yang telah sedar betapa kerajaan hari ini sememangnya tidak lagi boleh diharap, masih ada rakyat yang menaruh harapan kepada kerajaan yang telah diundinya dalam beberapa pilihanraya terdahulu. 

Tanpa mereka sedar bahawa selagi Barisan Nasional menjadi nyawa kepada kerajaan pusat, mereka hanya melakukan sesuatu yang berlandaskan nilai anjakkan political milage yang melanggar ke hadapan tanpa mempeduli nasib rakyat. Asalkan ia dilihat langkah menjadi juara rakyat, walaupun menyediakan permaidani bertatahkan emas, walaupun mempersiapkan tirai yang bertatahkan batu permata, namun ia tidak mampu menutup bau busuk berupa niat jahat yang ada dalam setiap pemberian kerajaan pemerintah hari ini.

Sempena hari guru edisi 2011, kita didendangkan dengan insentif hebat kenaikkan gaji dan elaun para guru. Kita bersyukur tanpa mengetahui ceritera sebenar di sebalik berita gembira yang dicanang regim 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Gegak gempita berita gembira yang didengar dari corong-corong radio-telivisyen rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Daripada hampir setengah juta rakyat sederhana negara ini yang mengambil tanggungjawab mengangkat martabat bangsa dengan memilih guru sebagai profesyen, berita gembira yang dikhabarkan hanya meliputi 2 ribu tenaga pengajar yang telah sedia berjawatan yang mempunyai gaji yang serba lumayan. Daripada 4 ratus ribu guru, hanya dua ribu sahaja yang diraikan. Bukankah lebih indah jika dari 4 ratus ribu, dua ribu sahaja yang tidak dirai kerana telah mempunyai gaji yang tinggi?

Pengumuman kerajaan pada tanggal hari guru baru-baru ini sebenarnya meraikan kenaikkan gaji guru-guru besar dan guru yang berjawatan penolong kanan mulai awal tahun depan. Beritanya dikhabar seumpama untuk semua para guru, tetapi sebenarnya ia seolah-olah diumumkan sedemikian rupa, mengaburi mata segelintir rakyat kurang celik. Guru biasa tetap guru biasa, tiada kenaikkan yang luar biasa. Jadi di manakah slogan juara rakyat kalau bukan ianya lebih sesuai dislogankan sebagai penipu rakyat?

Ini bukan kes pertama penipuan kerajaan terhadap rakyat negara ini. Bab harga minyak, bab jualan kereta kebangsaan di luar negara, bab pengurangan subsidi yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak rakyat, bab rasuah sana-sini, bab porno, bab dwi-standard dan macam-macam bab lagi tidak terkira. Tapi lebih menyedihkan apabila kerajaan tergamak memilih bab meraikan guru-guru di Malaysia ini dengan satu permainan yang akhirnya diterjemah sebagai penipuan. Lantas ratusan ribu guru kecewa!

Kita tinggalkan perihal guru, kita masuk satu lagi bab iaitu fasal langkah kerajaan memperkenalkan GST tidak lama lagi. Tahukah saudara-saudari bahawa kerajaan telah mencadangkan agar GST diperkenal dan sebagai galang ganti, peratusan cukai pendapatan akan dikurangkan. GST adalah cukai pukul sama-rata di mana semua rakyat tidak kira yang bergaji ratusan ringgit sebulan tidak terlepas dari membayar cukai GST. Dalam masa yang sama, pembayar-pembayar cukai yang bergaji melebihi 3 ribu sebulan akan sedikit lega dengan pengurangan peratusan cukai pendapatan. 

Tidak diketahui apakah puncanya kerajaan memilih langkah seperti ini untuk sebuah negara yang telah mula menampakkan perbezaan jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin. Langkah seperti ini bisa menjarakkan dua kasta ciptaan 1Malaysia.

Fahami betul-betul langkah kerajaan yang bakal menjerut leher rakyat kebanyakkan. Cukai pendapatan hanya laku untuk mereka yang bergaji 3ribu ke atas. Walaupun gaji 3 ribu, jika ada tanggungan ramai, kemungkinan bebas dari membayar cukai pendapatan. Tetapi untuk yang bergaji besar melebihi 5 ribu, hinggakan ada yang bergaji berbelas ribu sebulan, mereka biasanya tidak terlepas dari dikejar pengutip cukai pendapatan dari Lembaga Hasil. 

Jika GST pula dilaksanakan, jangan kata orang yang bergaji bawah 3 ribu, bawah 2 ribu ataupun bergaji ratusan ringgit sebulan, malah mereka yang tidak bergaji pun akan dikenakan cukai!! Itulah GST - cukai pukul sama rata !!

Justeru itu, apakah kerajaan sanggup mengurangkan jumlah cukai yang dikutip dari rakyat kelas atasan, cukai yang dikutip dari golongan bangsawan negara, demi untuk mendedahkan 20juta rakyat kebanyakkan kepada cukai GST? 

Inilah yang dikatakan golongan kaya-raya semakin mendapat tempat dalam negara kapitalis Malaysia. Golongan berada telah sebenarnya diberi keutamaan dari segi protokol dan sebagainya. Kini mereka diberikan kelegaan cukai demi untuk mengheret rakyat terbanyak ke dalam kancah pembayaran cukai yang dinamakan GST!!

Sama jugalah kesnya seperti kenaikkan gaji para guru berjawatan guru besar dan penolong kanan. Mereka pada asalnya telah bergaji besar bersama elaun yang tinggi, diraikan lagi dengan kenaikkan gaji. Gejala seperti ini berlaku di semua peringkat dalam kerajaan, berlaku juga dalam syarikat-syarikat gergasi, syarikat GLC dan juga dalam banyak sektor kewangan.

Ia mendedahkan negara Malaysia kepada sistem, yang kaya semakin kaya, yang miskin tidak terbela nasibnya. Masihkah anda mahu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah? Jika anda kaya itu tak mengapa, anda memang akan terbela. Tetapi bagaimana jika nasib anda kais pagi makan petang??

Ingatlah, mungkin kita telah selamat mempunyai pekerjaan yang dibayar gaji lumayan. Mungkin kita agak sempurna dalam bidang pekerjaan, mungkin kita bukanlah orang yang bekerja makan gaji di restoran makanan segera, bukan bekerja di syarikat pengusaha lebuh raya, bukan pemandu teksi sepenuh masa. Tetapi bagaimana nasib sanak saudara? Bagaimana nasib anak bangsa yang bakal merempat jika inilah sistem yang diterapkan oleh regim Barisan Nasional kepada pengundi-pengundinya. Fikir-fikirkanlah...

Kerajaan yang ada pada hari ini, bukanlah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan. Namun, jangan memutus harap untuk bersama menaikkan sebuah kerajaan rakyat yang berteraskan kebajikkan untuk rakyat. Namanya juga, Kerajaan Rakyat, kerajaan untuk rakyat...

Kepada guru-guru, jangan lupa membelek BUKU JINGGA jika berpeluang. Kerana jasa anda sebagai guru akan terbela sekiranya isi buku tersebut dilaksana.


EDYES @ edyesdotcom

7 comments:

  1. Saudara,
    Ini semua adalah strategi Muhyiddin untuk menggagalkan segala usaha baik DS Najib. Apabila rakyat marah dan BN gagal mendapat 2/3 majoriti, senanglah Muhyiddin menghalau DS Najib dari kerusi PM sapertimana dia menghalau Pak Lah dulu. Inilah niat jahat Muhyiddin yang tidak pernah menguntungkan guru, rakyat, BN dan negara sejak menjadi Menteri Pelajaran dan TPM.

    ReplyDelete
  2. Minta maaf, aku tak setuju dgn 'sembangpolitik' ini bukan strategi muhyiddin, ini UBN strategi nak menyusahkan rakyat!! Jangan laa fikirkan nasib guru saja. Guru sekurang-kurangnya dah ada gaji bulanan.

    Tapi apa-apapun semua orang kena tempias kerana salahurus wang negara. Kita humban je UBN masa pilihanraya nanti, insyaAllah rakyat Malaysia akan lebih beruntung dan terbela.

    ReplyDelete
  3. Pandangan bijak.
    Setuju sangat, kenapa hanya yg bos2 d sekolah shj yg dpt, sedangkan yg bertungkus lumus dbwh dia tak dpt apa2, cikgu2 biasa yg mengajar, yg berpangkat asyik2 meeting ja.

    Ini kerana kononnya bn nak tiru buku jingga tp kedekut, so yg dpt hanya golongan tertentu shj.

    Aku rasa kalau depa tiru buku jingga, mau semua subsidi kena di"selaras" dan di"rasionalisasikan".

    Akhirnya, apa yg berada dlm buku jingga bawa manfaat pada rakyat, walaupun hanya pd golongan tertentu yg mana bn cedok juga idea tu.

    Jd apa kita tunggu lg...mari kita realisasikan buku jingga dgn merealisasikan kemenangan pr.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Hanya Guru2 kecik je yang merasai keperitan dan kesusahan dan merasa kepayahan ni.

    Kebanyakkan Guru2 kecik ni dah laa sepatutnya lepas habis sekolah sebenarnya tak perlu lagi mengajar,tetapi dipaksa mengajar pula selepas habis waktu.bukannya dibayar ot,habis tu semua tenaga diperah.

    Jangan hairan kenapa banyak Guru2 kecik kat malaysia ni banyak yang sakit jiwa kerana tekana kerja.

    Mana yang dah berkawin dan ada anak lagi laa terasa.yang isteri nak kne kejar2 lagi nak masakkan utk suami dengan anak.

    Kami memang menunggu PRU 13 nanti,insyallah usaha yang baik memang bermula dengan kesusahan dan kepayahan dulu supaya kita dapat merasa dan sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya, nak kata guru kecik ke, guru biasa ke, kerani ke, tukang kebun ke, semua sama je keje. Sy tak paham kenapa guru asyik cakap beban tugas guru teruk sgt. beban tugas pekerja lain tak teruk ke? soal ada isteri terkejar2 balik nak masak untuk suami, abes pekerja lain tak terkejar2 ke nak masak untuk suami mereka? beruntung cikgu, balik lebih awal dari pekerja lain yang terpaksa balik pukul 5 ptg dan terkejar2 jugak nak siapka masak untuk suami. Bertugas lepas waktu sekolah???? ermm yang ni rasanya adalah keputusan bersama dalam meeting, kalau cikgu rasa tak nak mengajar lagi lepas abes waktu mengajar yang sepatutnya, cikgu suarakanlah dalam meeting kat sekolah. bgtau pada GB atau GPK sy tak nak mengajar lg lepas abes waktu persekolahan. tak berani plak nak cakap. ni berani cakap kat dalam ruangan komen je...sebenarnya tugas guru mmg mulia tapi sikap guru2 sekarang yg terlalu manja sebab bilangan mereka paling ramai dalam perkhidamatan awam. Sy dlu pun bekas guru mengajar lebih daripada 16 tahun kat sekolah. Tp berkat usaha, saya dapat dah jadi pensyarah. ermmmm. harap bersabar ye cikgu2.

    ReplyDelete
  6. Engkou memang la tak paham tugas guru sebab engkou tu telor dah kena pegang dengan PANDIKUTTY !. Apa-apa pun gua tak mau cakap banyak, menyakitkan hati jer !PRU 13 kita pakat undi PAKATAN sbb Buku Jingga sangat adil dan saksama !

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya...kurangkan barisan lebihkan berpakatan.

    ReplyDelete