Saturday, April 16, 2011

Laporan Langsung PRN Sarawak (Backup Malaysiakini)

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini. 

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. 

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958) 

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. 

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.
9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONESesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.

Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR. 

Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini. 

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian. 

Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP. 

Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari. 

PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka. 

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

NONE8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.
Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).
8am: Semua pusat pengundian dibuka.
NONEPengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

No comments:

Post a Comment