Friday, April 22, 2011

Eskay kata Hotel, Polis kata Kondo! Eskay Kata Pelacur, Polis Kata Pelajar! Mana Satu Yang Betul ??

Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

"Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu," kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab. -Mkini
 
 
EDYES wrote:
 
Ana pun sudah fenin lah... mana satu yang betul??
 
Cue citer cue citer.... hmmm nampak nor nipunyer... Awok rase ini namanya misscomunicationnn...
 
 

 
 

10 comments:

  1. dua-dua tu boleh mencelakakan!

    ReplyDelete
  2. yg betol nya kontel aka kontol dan pelar aka pelir

    ReplyDelete
  3. Sat-sat lagi mesti depa kata Condotel dan siswa lacur part time.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah menipu bermaksud semuanya tak betul!!! nasib baik dia tak cakap dalam rumah dia!!

    ReplyDelete
  5. nk bg mudah crita...suruh ja si anuar tu..angkat sumpah..bahawa bukan dia dalam video tu..habih crita..kes saiful pun x berani angkat sumpah..kes yang ni..pun x mau..tunjuk sat cara sumpah yang betoi..tok sah dok peleceh orang..kita kalau nk bersihkan nama kita, kita akan angkat sumpah...baru orang ramai akan percaya..benda x sampai 2 minit pun..

    ReplyDelete
  6. Pelacur betul pelajar pun betul sebab siapa pun dia tetap disondol atau kena sondol

    ReplyDelete
  7. anta mau pening pasal apa, pi ambil wuduk sembahyang sunat hajat, baca yasin kemudian minta petunjuk allah dan doakan pelakun watak nwar tu lumpuh seluruh badan, buatlah sampai anta dapat petunjuk yang benar.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak-banyak kat puak pas yang selalu solat hajat minta tunjuk kebenaran. Setiap kali mereka solat hajat maka muncullah kebenaran. Apabila muncul kebenaran mereka tak percaya jugak. Dipusing dan dikona pulak. Budak sekolah menengah yang tak tau politik pun kenal sapa dalam video tu. Datuk Eskay yang sekian lama berkawan dengan Anwar takkanlah dia tak kenal Anwar kerana katanya gambar dia pun terlekat dalam video tu. Usahlah bersandiwara lagi. Allah dah tunjukkan kebenaran yang puak-puak pas ni mintak. Kalau dulu setakat merengek lucah dalam telefon saja. Akhirnya kini telah terburai dengan video yang tulen dan kes liwat yang sangat jelas. Kebenaran apa lagi yang mereka cari. Ataukah golongan ini adalah golongan munafik yang tidak beriman kerana bukankah Percaya kepada Qada dan Ketentuan Allah itu adalah rukun iman.

    ReplyDelete
  9. Tok sah dok kona lagi lah wahai puak-puak PAS woi. Semua yang tertengok video tu kata itu adalah pemimpin agung anda. Kawan aku cina dap pun kata itu pemimpin anugerah tuhan. Budak pkr dekat rumah aku pun dah tak berani tunjuk muka takut orang tanya. Tulah solat hajat sangat. La ni Allah dah buka betul-betul. Itu baru sikit pun orang dah tau. belum lagi terburai sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. dua-dua tak betol ... dua-dua bohong ... dua-dua menipu....

    klip itu didownload dari www.rawtube.com ...!!!

    ReplyDelete