Friday, April 8, 2011

Dewan Jugra Banting Penuh Melimpah Mendengar Penjelasan Chegubard !!

Ceramah umum yang sepatutnya berlangsung di kawasan lapang di perumahan Taman Seri Banting telah ditukar venuenya ke Dewan Jugra yang betul-betul bersebelahan dengan Stadium Jugra. Syabas kepada unit amal kerana mampu mengatasi masalah kritikal dengan baik sekali.
 
Sekitar petang semalam, terdapat banyak aduan dari penduduk perumahan yang masih menyokong UMNO, membuatkan pihak penganjur harus mengalihkan tempat ceramah. Pucuk dicita, ulam mendatang. Padang permainan yang kita minta, dewan mereka berikan. Anda lihatlah sendiri gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sudut, betapa ramainya yang hadir bagi mendengar penjelasan Chegubard. Cuma gambar di luar dewan tidak sempat diambil kerana khemah yang disediakan agak gelap tanpa disediakan lampu.
 
Kehadiran begitu ramai dan dikatakan luar jangkaan oleh penganjur. Biasanya hanya memenuhi separuh dewan sahaja, tetapi kerana ramai di antara mereka yang menempuhi keterbatasan maklumat dan penjelasan. Mereka tidak lagi peduli apa yang diwarta dalam berita TV123456. Mereka hadir beramai-ramai untuk mendengar sendiri penjelasan dari pihak yang teraniaya dengan fitnah yang penuh kejam oleh regim jahat.
 
Malam ini adalah malam chegubard. Ketidakhadiran YB Sekinchan membolehkan chegubard menyampaikan pidato selama hampir 2 jam. Bermula 10.30mlm berakhir 12.15pagi dalam keadaan tidak seorang pun yang berganjak melainkan untuk ke tandas dan kembali menyambung mentafsir maklumat. Sekitar jam 12tgh malam, chegubard meminta 15 minit masa kecederaan untuk perjelaskan perihal video seks dengan penegasan - Hentikan Politik Lucah Segera! Sila baca kenyataan penuh chegubard di sini .
 
Semoga setiap yang hadir dapat menggunakan kesempatan supaya menjadi agen penyebar maklumat dan yakinlah Pakatan Rakyat akan menumbangkan UMNO dalam PRU akan datang !!
 
 
EDYES @ edyesdotcom

No comments:

Post a Comment