Tuesday, March 22, 2011

Satu Lagi Video Mirip Anwar Dalam Proses Tayangan!!

Skandal dengan lelaki sudah, dengan perempuan pun sudah. Skandal dengan supir sudah, skandal dengan coffee boy pun sudah. Skandal dengan bini orang sudah, skandal dengan orang tua pun sudah. Skandal dengan pelacur dalam spa pun pernah, skandal dengan adik angkat pun pernah. Apalah nasib Anwar Ibrahim dalam perjuangan beliau menumbangkan rejim lahanat yang dibantu yahudi lakhnatullah, demi rakyat Malaysia.

Selepas ini, ada sesuatu yang lebih menggemparkan akan berlaku. Kegemparan yang melebihi video seks Anwar Ibrahim dalam keadaan boroi melampau. Kegemparan yang dimaksudkan ialah skandal Anwar Ibrahim bersama seorang 'jantina' atau spesis yang lebih dikenali sebagai pondan, bapok dan dua alam. 

Blog milosuam sekali lagi membuat pendedahan yang sangat menarik di mana blog tersebut telah menerima sepucuk email yang mengesahkan terdapat satu lagi pita video lucah yang menunjukkan bahawa pelakon utamanya ialah Anwar Ibrahim manakala heroinnya pula ialah seorang bapok siam.

Berikut adalah paparan email yang diperolehi oleh blogmaster rejam;

klik untuk dibesarkan

Jika video ini benar-benar wujud dan terlepas pula kepada Datuk T, saya tidak pasti hotel ternama yang mana pula akan menjadi venue siaran perdana videoklip lucah selama 38 minit dan selama 38 minit itu jugalah pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa selain daripada tumpang sekaki menonton sekali. Diharapkan tiada pengamal media terpilih akan ter'inzal' ketika menonton video tersebut kelak.

Namun sekiranya siri fitnah ini juga menemui jalan buntu sepertimana fitnah 1,2 dan 3, maka jangan dihairankan jika suatu hari nanti ketika sejurus sebelum parlimen dibubarkan akan ada pula satu lagi skandal video lucah yang turut membabitkan Anwar Ibrahim bersama haiwan. Siapa sangka sebelum tanggal 21 Mac 2011, Anwar Ibrahim akan difitnah bersama seorang pelacur dalam sebuah pusat kesihatan spa?

Ada juga sipolan yang mengatakan Anwar sendiri yang merekayasa video klip bersama amoi tersebut, dengan tindakan Anwar membuat laporan polis menjadi faktor penguat bahawa skandal video seks itu dibikin sendiri oleh Anwar Ibrahim. Bayangkan apa pula kata sipolan UMNO sekiranya Anwar tidak membuat sebarang laporan polis? Pastinya mereka katakan Anwar takut disiasat dalam skandal kali ini.

Saudara pembaca juga diajak berfikir, sekiranya skandal ini bukan dari pihak yang terdesak kehilangan kuasa, maka pastinya Carcosa Sri Negara telah diserbu oleh pasukan balaclava sebelum video tersebut sempat ditayangkan. Sifir yang mudah bukan?

Dengan rasa simpati terhadap nasib keluarga Anwar yang menghadapi aib demi aib oleh rejim jahat (baca: tel aviv) dan dengan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang akan berjuang menuntut keadilan, perjuangan ini tidak akan berhenti selagi bernafas.

Jangan pula entry ini disalah erti. Bukan sekadar selingan dan bukan bertujuan untuk menyampaikan perkara fitnah yang belum berlaku. Tetapi menjadi satu desakan kepada semua pembaca agar lebih kental menghadapi rentetan dugaan demi dugaan yang muncul dalam perjuangan agar kita terus tekad dengan istiqomah.

Ayuh, bangkitlah rakyat! bangkitlah menentang rejim jahat !! Bebaskan negara ini dari kezaliman yang semakin melampau !!


EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

  1. Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia

    ReplyDelete