Sejak bila Kerajaan Malaysia yang dikuasai Barisan Nasional berlaku adil? Sejak bila BN telus dalam perlawanan pilihanraya? Sejak bila padang itu sama rata dalam konteks demokrasi dalam Malaysia?
Setengah jam yang pertama Buletin Utama hari ini hanya menyiarkan segala-galanya tentang calon BN di Merlimau dan diikuti pula Kerdau. Lebih melucukan bila kita lihat BN semacam tidak percaya yang mereka akan menang dalam kedua-dua PRK esok apabila calon BN Merlimau membuat kenyataan seperti di bawah;
"Undilah saya kerana saya calon Barisan Nasional"
Umpama terdesak, BN terus menggunakan media arus perdana untuk berkempen. Barisan Nasional juga tidak segan silu merosakkan demokrasi apabila sanggup menggunakan helikopter untuk ke Kerdau untuk berkempen. Perkara asas, menggunakan jentera kerajaan pusat untuk parti UMNO.
Berapa banyak perbelanjaan menggerakkan heli milik TUDM dan TLDM hanya untuk memenuhi keperluan parti yang bertanding di pilihanraya?
Buletin Utama TV3 sebentar tadi juga memperuntukkan hampir 10 minit khas untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan amanat malam terakhir sebelum hari mengundi. Menteri Besar samseng ini juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pembangkang dan memohon pengundi kerdau memberikan undi kepada calon BN.
Justeru, sampai bila kita mahu mengharapkan pilihanraya yang adil dari sebuah kerajaan dinaung Barisan Nasional? Perlu diingat bahawa pilihan yang ada setakat ini untuk mengubah sebuah kerajaan pusat adalah hanya melalui pilihanraya. Sekiranya pilihanraya dilihat dengan jelas sudah tidak lagi bermakna dan tidak lagi relevan untuk rakyat Malaysia menikmati demokrasi sebenar, apakah kita hanya akan turut berdiam membiarkan negara ini dipimpin oleh golongan elit perompak khazanah bangsa!!
Cuba saudara dan saudari semua bayangkan, dalam keadaan 2 pilihanraya serentak yang dijangka Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang masalah untuk menang, mereka masih tidak mengambil peluang untuk menyediakan sebuah padang yang rata bagi perlawanan telus. Kedua-dua pilihanraya yang bakal berlangsung esok juga tidak akan menumbangkan kerajaan negeri yang diperintah oleh BN sekiranya mereka tewas, apatah lagi menumbangkan kerajaan pusat.
Dalam situasi selamat untuk BN setaraf ini sekalipun, mereka tidak menyerah diri kepada demokrasi sebenar agar parti lain selain BN yang bertanding diberi ruang perlawanan sama rata. Sekarang cuba bayangkan pula situasi PRU-13 yang dijangka menghadapi pertarungan sengit membabitkan soal survival hidup mati Barisan Nasional. Pastinya harapan untuk padang itu dilihat rata dalam pilihanraya kian tipis atau menghampiri tiada langsung.
Dari kesedaran ini, lahirlah BERSIH edisi pertama pada November 2007 lalu. Demi semangat demokrasi, BERSIH dilancarkan dan memberi impak ke atas PRU12 pada Mac 2008 yang memperlihatkan Paklah cuba untuk berlawan secara sedikit bersih dari kebiasaan. Nyata langkah Paklah mengundang padah dan pastinya langkah seperti ini tidak akan diulangi oleh Najib Razak.
Akhirnya, demokrasi kembali dihumban ke selat Melaka melalui kepulauan Pangkor. Sebuah negeri yang telah dipilih oleh majoriti rakyat negeri Perak telah ditumbangkan pada hari kematian demokrasi diraikan apabila Najib Razak mengumumkan sebuah kerajaan haram terbentuk. Apakah kita masih melihat pilihanraya itu suatu jalan untuk demokrasi ditegakkan atau hanya suatu ranjau?
Apakah kita masih percaya kepada semangat demokrasi apabila semakin banyak kepincangan yang membuatkan demokrasi itu bagai bernafas tanpa ruang?
"Biar hancur tulang belulang, Putrajaya akan tetap UMNO pertahankan!" Kata-kata amaran dari Najib ini harus menjadi titik tolak membangkit semangat, agar kita boleh katakan "Akan ku tentang sebuah kerajaan zalim di sebalik Putrajaya, biarpun akan hancur tulang belulang ku !!"
Oleh demikian, cabaran baru kita selepas ini adalah untuk menjadikan BERSIH 2 disertai oleh sekurang-kurangnya setengah juta umat! Kita jadikan Dataran Merdeka itu seumpama Dataran Tahrin di Mesir!! Kita lawan kerajaan zalim yang langsung tidak memberi ruang kepada demokrasi !!
Saya dah rasa bagaimana disembur air gatal, saya dah rasa bagaimana rasanya mata ini pedih oleh gas pemedih mata malah pernah terkena kelongsangnya. Sudah saya rasa dipukul belantan, pernah dipijak FRU, pernah berpolis sentry dengan pihak polis!!
Semua itu jawapannya ialah, sakit yang sementara demi menentang kesakitan rakyat yang kekal selagi negara ini diperintah Barisan Nasional! Ayuh turun ke BERSIH 2!! Kita bisa merasainya, dan bisa menempuhinya sekali lagi !! Kali ini bersama semangat kebangkitan yang terpetik seantero dunia!
Lawan tetap Lawan! Biar rebah merempuh dari duduk bersimpuh !! Demi demokrasi, demi rakyat !!
EDYES @ edyesdotcom
Pemimpin UMNO selalu berkata Malaysia masih subur dalam Demokrasi...pembangkang masih lagi menang...pirahhhh.....
ReplyDeleteUMNO tetap akan membelenggu penyokong mereka agar tidak menjadi pandai....maka jadilah mereka rakyat yang tidak tahu apa hanya tahu melayu saja...
PR kena sedarkan rakyat supaya lebih berilmu dan tahu hak-hak mereka...
walau apa pun lawan tetap lawan agar generasi Malaysia lebih maju kehadapan..
Mana ada Demokrasi klu semua orang dikelompok pemerintah Kebal dari apa sahaja,polis suka2 belasah org krn menganggap undang2 dipihak mereka,duit pembayar cukai mcm duit main kutu,ble belanja gilir2 ikut Adun mana yg padam dulu..
ReplyDeleteRakyat diajar menyembah UMNO,klu x ikut UMNO, kemajuan dan pembangunan x dpt dinikmati..Ini Khurafat zaman Moden bro..X der UMNO,x der masyuk..Ini ajaran apa yg nk dididik pd rakyat?
Malaysia mengamalkan politik Khurafat,tgk la mcm mana pak2 menteri takut2kan rakyat klu pilih pembangkang,Malaysia akan jd mcm Mesir,Demokrasi kepala taik mcm neh yg menakut-nakutkan org..
Menteri pertahanan lbh takutkan Pembangkang dari jet pejuang Singapura dan Australia..Askar disuruh spy rakyat mcm kita hidup dlm zaman bintang tiga..Dh lbh 50 tahun merdeka pun masih x nk jadikan rakyat cerdik,biar la rakyat lembab asal depa dpt berkuasa..Sbb tuh diorang xnk bangunkan kampung2 supaya jd maju,biar senang nk dimind control kan org2 kampung neh..Gua yg asal dari kg pun naik Fed up dgn pelawak2 UMNO kt kg gua..Asyik dg slogan,tp implimentasi ntah kelaut dalam mana tah pgnya..
saya dah tak sabar nak undi pakatan rakyat pada PRU13, bosan tengok BN tuii - Dari Anak Muda
ReplyDeleteJANGAN LEPAS PELUANG INI....BANGUNG SEKARANG...WAKE UP...MOMENTUM INI (PEOPLE POWER-YOUTH POWER) SEDANG BERLAKU SECARA GLOBALLY.......SEKARANG, BUKAN JUN, BUKAN JULY...ATAU BUKAN TAHUN HADAPAN ATAU DI PETI UNDI!!!
ReplyDeleteMELAINKAN KITA MEMANG BANGSA YANG SUKA TIDUR LENA, SIKAP TIDAK PEDULI (IGNORANCE), KEBODOHAN DAN KEJAHILAN YANG TELAH MENJADI SEBATI DENGAN DARAH DAGING KITA..."SATU SUMPAHAN KEHINAAN...MACAM BANI ISRAEL"
VIDEO: The revolution coming to us
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=KlNtvoTFQJU
Its not the Arab revolution, as so many are saying, it is a world revolution.
Salam eyesdotcom.
ReplyDeleteSiapa juga yg memerintah akn berbuat demikian,PR tidak terkecuali.
Masaalah kita di Malaysia adalah pilihan.PR tidak menampakan kesungguhan sejak diberi kuasa memerintah 6 negeri.Masa terbuang hanya berpolitik,sampai kita naik jemu.
Sokongan org Umno dan atas pagar masa PRU08 disia siakan oleh PR.Jadi selagi PR blm bersedia utk memerintah spt sepatutnya,kita terimalah apa saja yg dilakukan parti pemerintah.
Itu hakikatnya.