Salam hormat,
Semalam baru dapat result yang agak menyeramkan untuk kesihatan. Kadar kolesterol terlalu tinggi dalam darah, kebetulan sekarang nie pun selalu dah pening-pening dan sakit badan. Adakah ia kebetulan?
Bila dah tengok result darah, makan semua kena jaga, kena betul-betul seimbang. Harap dapat recover sakit-sakit dan sengal-sengal yang dirasai sekarang ini.
Petang-petang balik kerja pun kena lah senaman samada jogging atau pun main bola dengan anak. Main mesti sampai maghrib baru banyak peluh boleh dihasilkan di samping banyak kalori dapat dibakar. Oleh itu masa untuk update blog semakin mengecil, masa untuk menulis artikel juga kian mengecut.
Blog edyesdotcom di update blog melalui tulisan sendiri seperti kebiasaan, termasuklah artikel pendek, panjang dan ulasan dari petikan berita. Di samping itu juga, hanya artikel atau berita yang betul-betul penting untuk bacaan pengunjung akan disalin tampal dari sumber yang credible.
Untuk seminggu ini, blog entry2 edyesdotcom akan sedikit perlahan kerana kondisi kesihatan penulisnya agak kurang memberangsangkan. Mungkin penulis blog perlukan sedikit rehat iaitu dengan mengambil masa tidur lebih awal dalam seminggu dua ini.
Namun begitu, untuk pengetahuan semua pengunjung, blog edyesdotcom sebenarnya mempunyai akaun twitter yang didaftarkan akhir tahun lalu dan kini mempunyai lebih seratus follower. Dalam twitter, lebih mudah untuk update berita dan lebih menyerlah apa yang cuba diperkata.
Oleh demikian, dalam keadaan blog yang akan terkurang masa di update memandangkan penulisnya perlu ke padang bola setiap petang. Lagi banyak turung ke padang, lagi banyak kalori yang boleh dibakar. Membakar sebanyak mungkin kalori demi menyahkan kolesterol jahat.
Maka penulis blog menyeru agar semua pengunjung yang mempunyai akaun twitter supaya menjadi follower akaun twitter edyesdotcom. Berikut adalah alamat url akaun twitter edyesdotcom;
Untuk pemberitaan lebih pantas dari blog, sila follow twitter ini dan kepada pengunjung yang belum mempunyai akaun twitter, sila buka akaun baru semudah buka ikatan tali kasut. Untuk makluman, tiada akuan twitter juga boleh mengikuti twitter.
Nasihat saya kepada semua, agar jaga makan minum dan elakkan makanan yang terlalu berminyak. Penulis blog yang punya etika pemakanan yang baik pun boleh tinggi kadar kolesterol dalam darah, inikan pula yang makan ikut nafsu keromok. Boleh nak makan apa pun, tapi biarlah seimbang.
Oklah, Kalau betul-betul sehat nanti, InsyaAllah blog edyesdotcom akan menderu-deru entrynya seperti biasa dan kadangkala luar biasa!
EDYES @ edyesdotcom
yes, senaman tu memang penting!!
ReplyDeletedah brape tahun tak senaman ni???
ekk..ekk..lehhh... main dengan anak konon... hahaha...
ReplyDeleteterus terang jelah... keluar gak peluh beb...
adoi... kepala dok pening2 nie mana larat.... tunggu sihat sikit, nanti confirm berpeluh-peluh...
ReplyDelete