Blogger terus diburu menjelang pilihanraya
Kenyataan Media
19 Mac 2011
19 Mac 2011
Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.
SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.
SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.
che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.
che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gambar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.
SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.
Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.
Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.
21 Mac, 9pagi di Mahkamah Tinggi Malaya, Kompleks Mahkamah Jln Duta,Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Solidariti Anak Muda Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cun bro...
ReplyDeleteGua ON jaringan blogger SAMM tu!
salam bro,
ReplyDeleterasanya bukan jaringan blogger SAMM yg akan di lancarkan... tapi cuma kesatuan blogger yang saling membantu mengikut kordinasi yg diatur...
SAMM tetap berperanan untuk membantu blogger asalkan blogger tersebut bersama menentang regim jahat!
lg satu, tahniah kerana blog saudara melonjak naik ke top10 blogger pakatan rakyat... satu pencapaian yg outstanding, teruskan berjuang!