Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya Injil Versi BM Menjadi Kenyataan! Apalah Nasib Melayu Selepas Ini?? (WAJIB BACA!!)




Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal. -mkini


Jika dipandang dengan mata hati yang kasar tanpa berbelah bahagi, pastinya kita melihat berita di atas adalah satu mala petaka buat penganut agama Islam di serata Malaysia. Anak-anak kita serta saudara mara telah terdedah kepada senaskah kitab agama kristian yang ditulis dalam bahasa melayu yang kita tahu rata-ratanya orang melayu lah yang menguasai bahasa tersebut. Maka oleh sebab itu orang melayu perlu bimbang?

Semua di antara kita juga pasti sedar bahawa terbitnya naskah Injil / Bible edisi berbahasa melayu akan hanya memberikan kesan lebih teruk dalam isu memerangi murtad. Maka beberapa persoalan penting telah timbul apabila kitab injil ditulis dalam Bahasa Melayu - apakah bible berbahasa melayu itu adalah bertujuan untuk memurtadkan lebih ramai anak melayu? Apakah pasaran bible berbahasa melayu itu selain daripada untuk orang melayu?

Memang benar, apabila ditulis dalam bahasa melayu, maknanya anak-anak kita serta keturunan kita dapat membaca injil dengan fasih. Tetapi apakah kita terlalu lemah untuk mendidik anak kita tentang akidah?

Apabila memperkatakan mengenai 'pasaran' kitab bible berbahasa melayu, adalah tidak benar apabila kita katakan bible berbahasa melayu hanya untuk orang-orang melayu. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia dan etnik keturunan yang ada di bumi borneo itu juga adalah termasuk dalam gagasan 1Malaysia.

Harus diingat, masih ramai di antara rakyat negeri Sabah dan Sarawak tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi dalam masa yang sama mereka juga bukan muslim. Oleh demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan satu-satunya harapan penganut kristian Sabah Sarawak untuk membaca dan memahami kitab agama mereka. Adakah kita sebagai orang Islam bersifat terlalu kejam dengan menafikan hak sesama rakyat untuk mengamalkan agama mereka dengan lebih sempurna?

Berilah peluang untuk orang Iban berugama kristian yang tidak faham langsung bahasa inggeris, memahami agama pilihannya dengan menggunakan ilmu Bahasa Melayu yang dipelajarinya ketika sekolah dulu. Begitu juga dengan Khadazan Dusun, Murut, Melanau dan puluhan etnik Sabah Sarawak yang menjadi penganut kristian sejak jajahan brooke suatu ketika dahulu. Sesungguhnya jika mereka lihat Islam itu adil dalam menangani isu berbangkit, tidak mustahil akhirnya mereka akan memilih jalan yang benar dengan hidayatNya.

Seperkara yang baik untuk kita sama-sama fikirkan, jika kita hantar anak kita tuisyen bahasa inggeris sehingga mereka cekap, fasih dan faham bahasa inggeris, tidakkah kita bimbang dengan jutaan naskah injil versi bahasa inggeris sedia ada? Fikir baik-baik, hanya semudah membuka laci hotel 3 bintang ke atas, anak-anak anda yang fasih bahasa inggerisnya berdepan bible berbahasa inggeris.

Lagipun, mengikut pemerhatian saya, gaya hidup orang-orang melayu hari ini adalah lebih membimbangkan jika dibanding dengan terbitnya injil versi BM. Gejala anak luar nikah yang statistiknya menunjukkan ianya berlaku setiap 17minit sekali lebih membimbangkan, orang melayu menjadi majoriti pusat serenti juga cukup membimbangkan. Belum lagi dikira berapakah anak melayu yang bergelimpangan dalam pusat hiburan serata negara pada malam minggu dengan berpakaian seksi dan bertatahkan minuman keras pelbagai jenama, al-maklumlah Malaysia bakal diperkenalkan sebagai negara hub hiburan terkemuka !

Apakah mungkin dengan terbitnya kitab injil versi BM ini akan menyedarkan semua orang melayu malah membuka mata untuk persediaan yang lebih rapi menghadapi era globalisasi, bukan hanya juara glokal yang menyalak tanpa menyedari ekornya bergelumang tahi.

Terus terang saya katakan, mengapa perlu kita bimbang naskah-naskah injil yang diterbit dalam Bahasa Melayu jika iman dan akidah kita kukuh? Dengan terbitnya injil berbahasa melayu, seharusnya kita menganggap ia sebagai cabaran akhir zaman dan mengambil langkah lebih bijak untuk memastikan anak-anak kita cukup dilentur sebelum dilepaskan ke pasaran terbuka bila cukup umurnya nanti.

Kita juga harus mengambil positif dan wajar berfikiran rasional dalam isu kitab bible ini. Islam mengajar kita memperjuangkan keadilan, jadi kita juga harus adil yang terletak pada tempatnya. Jika bible ingin dibahasa melayukan, bukankah kita juga boleh menerbitkan terjemahan Al Quran dalam bahasa mandrin dan bahasa tamil. Apa yang pasti, sudah banyak penerbitan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan perlu diingat, Al-Quran juga diterjemah dalam bahasa jawi dan juga Bahasa Malaysia.

Apakah perkara sebegini akan membuka minda setiap orang melayu, bahawasanya Bahasa Melayu itu bukanlah bahasa Islam, dan orang melayu itu juga sebenarnya bukan semestinya adalah seorang Islam melainkan setelah mengucap dua kalimah shahadah.

Saya secara peribadi berpendapat janganlah sesekali kita melihat penerbitan kitab bible edisi Bahasa Melayu sebagai satu ancaman tetapi terimalah ia sebagai satu cabaran, agar kita lebih menerapkan akidah Islam yang terbaik untuk anak-anak dan keturunan kita.

Selain itu juga, ada juak yang mengatakan Pakatan Rakyat tersepit dalam menangani isu injil berbahasa Melayu. Ternyata juak-juak yang sebelum ini berani mempermainkan agama dalam isu judi sebelum ini telah silap perkiraan apabila Pakatan Rakyat gah menghadapi isu ini dengan situasi baik tanpa sebarang calar balar di bahagian dalaman.

Sehinggakan semakin ramai yang melihat Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik bagi memastikan Islam sebagai agama rasmi yang menjadi tunjang sebuah negara yang berorientasikan kebajikan, di samping turut menjaga kepentingan agama lain demi keharmonian dan kebebasan beragama yang diterapkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Takbir!! Revolusi !!


EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

21 comments:

  1. pemikiran positirf & terbuka... thumbs up!!! =)

    ReplyDelete
  2. tidak perlu takut dengan penerbitan inijl versi bahasa melayu seandai anda benar2 seorang yang taat pada agama.kami umat kristian pun langsung tidak tergugat iman kami dengan berlambaknya penyiaran tentang agama islam baik di media cetak mahupun media elektronik. bagi kami itu bukan masalah selagi kami masih taat pada ajaran agama kami. terpulanglah pada individu untuk memilih agama yang disukai kerana peruntukan undang2 dalam negara ini jelas menyatakan kebebasan untuk beragama dan itu hanyalah hubungannya dengan yang mahakuasa. saban hari kami disajikan dengan bermacam-macam maklumat tentang islam tetapi kami tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk umat kristian murtad. jadi isu untuk murtad di kalangan penganut islam seharusnya tidak bangkit selagi anda percaya dan taat pada ajaran agama anda. jangan dipersalahkan tentang penerbitan versi injil bahasa melayu ini seandainya ada kalangan umat anda yang murtad kerana tanpa injil bahasa melayu sekalipun ada kalangan penganut agama anda yang murtad. contohnya diluar negara yang tidak menggunakan bahasa melayu pun ada juga penganut islam yang murtad.jadi ini bukan masalahnya kalau kami yang sekian lama pun disajikan dengan pelbagai maklumat tentang islam di media cetak mahu elektronik boleh berpegang teguh pada ajaran agama kami kenapa pula anda tidak? tidak cukupkah lagi tentang apa yang kalian ada selama ini. disekolah-sekolah pun ada pendidikan islam untuk memberi anda ilmu tentang islam. jadi dimana silapnya? apakah kesilapan itu kerana wujudnya injil versi bahasa melayu? sudah tentu tidak kerana tanpa injil versi melayu pun ada juga yang murtad. jawapan nyata ada pada anda dan itu hanyalah hubungan anda dengan yang mahakuasa. jangan perlekehkan mana2 agama selagi anda sendiri tidak tahu dimana letaknya syurga yang mahakuasa itu.

    ReplyDelete
  3. bukan ke sebelum ni pon dah ada Bible berbahasa melayu? bukankah munsyi abdullah penterjah yg pertama?

    ReplyDelete
  4. Saya tercabar!!!

    Apabila diperluaskan pengedaran injil versi bahasa melayu tersebut,makin mudahlah anak muda tambahan anak melayu menelaah buku ini.
    Mula2 sekadar membaca, lama-kelamaan bertambah suka.
    Dengan berbekalkan hati muda yang mudah & ingin mencuba, tidak bimbangkah kita untuk menghadapinya?.
    Ibu bapa kini lebih cenderung membesarkan anak-anak mengikut peredaran zaman moden. Kebanyakan ibu bapa zaman moden juga hanya Islam pada nama namun jauh sekali untuk mendalami dan mentaati suruhanNYA.
    Islam bukan sahaja menwajibkan solat, menjauhkan diri dari maksiat & zina dan sebagainya. Namun pada zaman moden kini maksiat & zina merata-rata. Artis dijadikan contoh berpakaian zaman kini. Selain itu, contohnya: Mata yang Allah jadikan untuk melihat sesuatu yang baik tapi kita tidak pernah'menggelak' daripada melihat sesuatu yang 'baik & percuma'.
    Renung-renunglah tuan, iman tuan yang tipis itu belum tentu dapat menghadapi gejala sosial zaman sekarang. Anak muda melayu berbangga berbotolkan arak, anak muda melayu juga berbangga berpeluk-pelukan di tangga flat, taman permainan anak2 kita, di tempat2 awam & sebagainya. Adakah tuan mengambil jalan yang baik untuk menegur meraka??
    Berdoalah kepada Allah supaya diberikan tawfiq & hidayah serta perubahan yang baik untuk diri sendiri, bini, anak2 dan ahli keluarga lebih baik daripada segalanya.

    Isu injil versi bahasa melayu ini bukan sahaja mengancam orang melayu yang berstatus Islam tapi ia lebih dasyat lagi apabila mengancam anak2 dan ahli keluarga kita sendiri.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mungkin remaja boleh cenderung terpengaruh dgn. Bible krn kandungannya sendiri bercanggah.. anda sendiri mengulas yg anak muda zaman kini berubah disebabkn peredaran zaman moden yg gagal menerapkan islam dlm kehidupan mereka.. bukannya bible atas alasan yg saya berikan diperenggan atas. Kenyataan anda sendiri bercanggah.. bagi muslim bukan melayu.. al-kitab versi melayu merupakan peluang utk mrk berdakwah.. berbanding muslim melayu yg tak nampak peluang.. aduh.. rupanya tak jauh berbeda rupanya cara melayu berfikir antara dakwah dan berniaga krn kedua2nya mereka tewas dgn cara marketing bukan melayu..

      Delete
  5. perg...pertama salam dulu...

    kalau anda hanya memeikirkan diri sndiri, memang lah anda rasa tak terpengarauh lah, err x perlu risau lah, tak perlu takot lah..ntah base ape lagi yng menunjukkan saudara2 ini tdk sayangkan agama sndiri..

    cbe lihat keaadaan Melayu yang semakin lemah ini dan ditambah dengan usaha perlemahan oleh kerajaan (maaf sy tdk berpolitik). Betapa rapuhnya aqidah ummat Islam Melayu harini, Tulisan JAWI pun dah tak boleh baca, apatah lagi al-quran..Pendidikan Islam disekolah?? Kalau belajar tuk semata2 lepas exam, sebenarnya ia tdk mungkin akan diamalkan..

    Sesungguhnya kata2 anda menunjukkan kedayusan tahap tinggi!

    Contoh yng orang bodoh pon boleh paham, tak yah pi belajaq tinggi2 kat luar negeri..

    "anda bawak bini keluar bejalan2, tibe2 ade laki ensem kacak(muke ko pulak mcm tong sampah), anda hanya melihat dan tersenyum sambil berkata, Eh, bini aku tau kalau dah jadi bini orang tak boleh nak pasang orang lain dah sbb dah berlaki..." lalu anda pon terus membiarkan jantan ensem tu mengayat bini anda, bini anda tersenyum2 dan sekali sekala menjeling anda yang juga tersenyum2 alang...

    "Jantan tu ngan penuh gentleman berkata " Ni no I.. U can contac me kalau de pape..mmuuuaahhh!"

    Anda terus juga tersenyum dan membiarkan bini anda yg lawa gebu tu 'save' no..

    Bini hang ngan agama mana lebih perlu disayangi dan dipelihara.. Biar mati Adat, jgn mati Syariat..

    ReplyDelete
  6. Penulis terlalu moden sehingga boleh menghasilkan tulisan ini secara terbuka...

    Habis masa depan melayu Islam yang selalu diMelayaukan oleh puak2 UMNO

    ReplyDelete
  7. Salam...

    jawapan yg saudara tulis bagi isu kitab injin versi melayu hanya sekadar ingin menyedapkan hati saudara dan pembaca ttg permasalahan tersebut.
    Okey,1st skali. setiap perkara yg dibuat oleh kerajaan mmg ada pro dan kontra. sy nak tnye knape perlu bible versi melayu dimasukkan ke M`sia seperti mana yg kita sedia maklum dlm perlembagaan persekutuan Pekara 3 (1) menyebut Islam adalah agama rasmi. Apa yang saya cuba tekankan dan saya amat TERTEKAN apabila saudara cakap ada kaum bumiputra yang beragama kristian yg xpandai berbahasa english ingin m`baca bible dlm bahasa melayu. Itu jawapan yg paling BODOH pernah sy dengar. Minta maaf kerana mengunakan perkataan x spatutnya ttp itulah hakikat yg perlu saudara terima. Bangsa melayu,cina,india,bumiputera yg lain yg beragama islam jauh lebih besar berbanding kaum bumiputera yg beragama kristian yg xpandai bahasa english,dan disebabkan kaum bumiputera yg xpandai bahasa english tu sedikit,kitab bible versi melayu yg menjadi satu jarum suntik kepada permasalah murtad dan menjadi ancaman kepada seluruh umat islam di M`sia. Kelakar. Sekarang penganut kristian berusaha menarik lebih ramai umat islam supaya murtad secara sulit dan sekarang meraka "berdakwah" secara terang2.
    Dulu masa kritian menghasut supaya umat islam murtad dgn menaburkan harta kekayaan, ada pihak cakap "xpe,padan muka dgn sikap tamak haloba tu,skarang dah murtad,masuk api neraka". sekarang kristian cube kaedah terang2 plak,dgn memasukan bible versi melayu pastu saudara pula memberi jawapan seperti diatas.(sambil mengeleng kepala).
    saya tak faham la dgn sikap "terbuka" saudara ni. Saya pun bersifat terbuka,tp bagi sesetengah kes yg mmg kita tidak boleh bagi muka,kita kena pertahankan jugak yg Haq. Islam menganjurkan kita m'pertahankan agama Islam dari sebarang ancaman ( kitab injil versi melayu adalah ANCAMAN!).
    Saudara juga ada menyebut pasal "kalau iman kuat,apa nak ditakutkan?".. Hahahaha..(maaf sbb tertawa). nak tanya sedikit,kuat mana iman saudara sehinggakan sampai tahap saudara berkata demikian? Nabi junjungan S.A.W pernah bersabda bahawa "umatku pada akhir zaman imannya senipis kulit bawang." Nabi sendiri bersabda mcm tu,xkan saudara bleh ckp kot,ramai iman kuat dapat menepis tempias akibat dakwah bible versi melayu ni..
    saudara,
    sedarlah..sebelum lebih ramai terbaca blog saudara ni,dan myebabkan meraka yg mmbaca blog ini berfikiran "terbuka" seperti saudara,saya minta dan merayu kepada saudara yg seagama dgn sy ni (Islam),padamlah blog saudara. saya merayu.. saya sayang agama saya.. saya sayang saudara2 seIslam dgn saya..

    yang buruk semua datang dari saya,yang baik semua datang dari Allah S.W.T.. Allahuallam.

    -MїĐїËÿ フまやひカ-

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    bersetuju dgn -MїĐїËÿ フまやひカ-. kita perlu pertahankan agama Islam bukannya 1malaysia!!!

    dlm kubur malaikat xtanya,kenapa xpertahan agama lain masa didunia? malaikat tanya kenapa xpertahankan agama ISLAM masa didunia!

    saudara ckp ikut sedap hati je,xtgk ke kes murtad sekarang?,berlambak2.. mungkin meraka baca bible versi english. sekarang ada bible versi melayu,tgklah apa akan jadi. majoriti agama islam di m`sia berbangsa melayu dan faham bahasa melayu..

    saudara,adakah saudara cuba nak pertikaikan kenapa Al-Quran boleh dimelayukan dan bible xboleh? oiiii,tgk la agama rasmi di m`sia ni agama pe? adehh,saya pelik la apa yg cuba diketengahkan oleh saudara,patut saudara perlu menentang,ni seolah2 saudara cuba mengalu-alukan kemasukan bible versi melayu yg menjadi ancaman kepada umat islam di m`sia..

    xkan semata2 1malaysia kita perlu bertolak ansur dgn "benda" yg boleh mengancam agama kita? jgn jadi sepeti "monyet di hutan disusukan,anak dirumah kelaparan"

    sy xfaham dgn pendirian saudara kerana saudara berfikiran terbuka,sy ni "KOLOT",org kampung,tp yg pasti saya sayang agama saya!!!!

    sy minta page ini dipadam! sy takut semakin ramai org yg berfikiran terbuka macam saudara nanti. dan lebih megeruhkan lagi keadaan..

    Sy budak baru belajar,kalau ada salah tolong tunjukan..allahuallam..

    ReplyDelete
  9. COPY: sedarlah..sebelum lebih ramai terbaca blog saudara ni,dan myebabkan meraka yg mmbaca blog ini berfikiran "terbuka" seperti saudara,saya minta dan merayu kepada saudara yg seagama dgn sy ni (Islam),padamlah blog saudara. saya merayu.. saya sayang agama saya.. saya sayang saudara2 seIslam dgn saya..

    MїĐїËÿ フまやひカ-, saya rasa tak payah sampai padam blog... cukup padamkan sahaja post ini.


    COPY: sy minta page ini dipadam! sy takut semakin ramai org yg berfikiran terbuka macam saudara nanti. dan lebih megeruhkan lagi keadaan..

    Anon 2:08pm, saya amat SETUJU jika tuan edyes mendelete post ini dengan SEGERA supaya jangan ada lebih ramai lagi sikap 'TERBUKA' seperti ini.

    ReplyDelete
  10. SALAM HORMAT!
    HANYA MELAYU YANG MENGAKU ISLAM SAHAJA YANG MENGELABAH DAN SAWAN
    TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)

    HANYA MELAYU YG GAGAL MEMAHAMI AJARAN ISLAM SAHAJA YANG PANIK XTENTU PASAL TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)

    HANYA MELAYU YANG DAH LAYU IMANNYA SAHAJA YG MENGIGIL TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)

    HANYA MELAYU YG TIDAK ADA JATI DIRINYA SAHAJA YANG HILANG PEDOMAN TENTANG INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)

    HANYA MELAYU YANG BUTA MATA,PEKA TELINGA SAHAJA YANG MENGELUPUR NAK MAMPUS APABILA INJIL DALAM BAHASA MALAYSIA(MELAYU)

    KESIANNYA MAKHLUK ALLAH SEPESIS MELAYU!!!

    TANAH ALLAH PUN MELAYU MENGAKU :TANAH MELAYU(BILA MASA MELAYU BUAT TANAH???

    MELAYU KELIRUKAN AJARAN ISLAM...
    MELAYU BYK BAWA AJARAN SESAT
    MALAH MELAYU ADA YG TAK SEGAN SILU MENGAKU JADI RASUL!HEBATNYA!!!

    ISTIHARKAN BAHAWA MELAYU SEMUANYA ISLAM...
    MENYAMPAH....
    PERANGAI MACAM IBLIS!!!

    CONTOH/BUKTI MELAYU MEMANG HEBAT:
    RAJA LAWAK:MELAYU
    RAJA DADAH: MELAYU
    RAJA ZINA:MELAYU
    RAJA LIWAT:MELAYU
    RAJA SUMBANG MAHRAM:MELAYU
    RAJA PONDAN:MELAYU
    RAJA DENDAM:MELAYU
    RAJA RASIS:MELAYU
    RAJA RASUAH:MELAYU
    RAJA KATAK:MELAYU
    RAJA FITNAH:MELAYU
    RAJA FANATIK:MELAYU(PERKASA)
    RAJA SEGALA RAJA:MELAYU

    TAUBATLAH MELAYU!!!!

    DALAM NANTI MALAIKAT TAK TANYA:"APA BANGSA KAMU?"

    AKU MASUK ISLAM BUKAN KERANA MELAYU
    AKU MASUK ISLAM KERANA ALLAH YANG LAYAK DISEMABH TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN DIA.

    SAMPAI MATIPUN AKU TAK ISLAM KALAU AKU MELIHAT AKHLAK MELAYU!!!


    MUSLIM BUT NON MELAYU

    ReplyDelete
  11. Tuan Edyes,

    Maaf saya katakan. Ini kali ke-2 saya berasa sedih dengan post tuan. Post ini telah menyentap hati saya di pagi hari.

    Sebelum ini tuan mengikut jejak beberapa blogger utk projek 'Langgar Hadi'. Bagi saya 'langgar ulamak' adalah contoh tidak baik utk kita contohi. Walaupun cara Hj Hadi salah dimata tuan & teman2, namun masih ada jalan lain yang perlu kita perbaiki. Spt orang2 bawahan Hj Hadi atau sebagainya. Saya tidak mahu mengungkit cerita lama. Cukup setakat ini!.

    Post kali ini memang menyedihkan & memeritkan hati saya apabila mengenangkan nasib anak2 melayu Islam jika tuan terus bersikap 'terbuka' seperti ini. Bagaimana dengan nasib anak2 saya sendiri jika buku ini senang didapati di kedai buku. Ia, tidak salah membaca, katanya! Seperti teguran saya sebelum ini.. Mula2 sekadar membaca, lama-kelamaan bertambah suka. Bagaimana????

    Saya antara pengikut setia penulisan tuan dr tahun 2008 sehingga kini. Potensi tuan untuk menentang kejahatan UMNO bangsat amat diperlukan. Biarpun kerajaan UMNO bangsat telah meluluskan versi bodoh ini, kita tidak sepatutnya menyokong dengan memberi pandangan peribadi yang akan MENJAHAMKAN BANGSA ANAK MELAYU ISLAM.

    Saya terus menyakinkan hati saya bahawa tuan keliru untuk menghuraikan tajuk di atas. Blogger2 seperti tuan terus bangkit menentang kejahatan UMNO BANGSAT

    Seperti Anon 2:08, saya kolot! Kolot2 saya BERTEMPAT!!. Kolot2 yg menjaga batas pergaulan, kolot2 yg menjauhkan diri drpd kemaksiatan, kolot2 yg menjaga MARUAH DIRI, KELUARGA, BANGSA & AGAMA......

    ReplyDelete
  12. INJIL VERSI BM APA MASALAHNYA DENGAN MELAYU???

    MELAYU WAJAR BANGGA BAHASA MELAYU DIGUNAPAKAI AGAMA LAIN!

    BUKANKAH MARUAH MELAYU NAIK!
    BAHASA MELAYU DAH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

    MAKNANYA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MENGUNAKANNYA.
    BUKANKAH ITU SATU KEJAYAAN!

    KENAPA MELAYU KECUT PERUT????
    APA YG DIBIMBANGKAN SGT2??

    TAKUT MURTAD??
    MEMANG DAH ADAPUN MELAYU MURTAD
    (NAMA SAHAJA ISLAM)
    BUKAN KERANA BACA INJIL PUN!

    SAYA DARI KECIL HIDUP DALAM KRISTIAN DAN BACA INJIL TIAP HARI,TAPI AKHIRNYA SAYA PILIH ISLAM!!!

    KENAPA? PUNCANYA SAYA BUAT KAJIAN TENTANG KALIMAH 'ALLAH'

    ALLAHU AKBAR!!!!

    MELAYU USAH TAKUT
    MELAINKAN MEMANG IMAN KAMU DAH LAYU!!!

    QUL AMANTU BILLAHI SUMMUSTAQIIM!!
    "KATAKALAH KAMU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN TERUS BERISTIQAMAH!"

    DAYAK MUSLIM

    ReplyDelete
  13. Jangan fikir sgt ttg injil...fikirkan ramai umat mlyu Islam yg x tau baca Quran, x sembahyang, x puasa,x zakat dan begitu jauh dgn masjid...sepatutnya giat promosikan jemaah 5 waktu di masjid,giatkan mengkaji Quran, makmurkan majlis ilmu. kemudian kurangkan karaoke, night club, dandut,konsert, program melalaikan dan dgn itu semua tanpa injil bm pun dah jadi fasik dan munafik. Berpeganglah pada tali Allah dan rujuklah Quran dan Sunnah, dan masuklah Islam secara keseluruhan(total) insyallah selamat.

    ReplyDelete
  14. pelik..
    niat sy cuma nak pertahankan yg HAQ! bkn sy kecut perut disebabkan kitab injil versi melayu ni.. SUMPAH xkecut perut,sy cuma bimbangkan KITAB INJIL VERSI MELAYU INI ADALAH ANTARA PENYUMBANG KADAR MURTAD DI MALAYSIA MENINGKAT!! tolong faham..

    Perlu ke nak menaikan bahasa melayu sehinggakan hampir mengadai agama? dlm agama ada ke ckp kena mendahulukan bahasa daripada agama? SILA JAWAB.

    okey2,sy nampak kita sesama islam ni berkelahi ttg kitab injil versi melayu ni,mungkin ada pihak sedang bertepuk tgn disebabkan baca kita punya komen. sesama islam berkelahi. sy xmahu mcm tu. okey,sy berundur,tp skali lagi sy tekankan sy xmahu tgk la agama kita tergadai disebabkan ego umat islam sendiri ( terlalu bersifat terbuka ). Allahuallam.

    sy gembira mendengar saudara yg post komen sebelum ni adalah seorang muaalaf. Sesungguhnya saudara telah memilih agama yg benar. akan tetapi tolong la faham akan bahaya nya kitab injil versi melayu ni,xade pro nye kitab ni,melainkan kontranye yg byk.


    PERTAHANKAN YANG HAQ!

    -MїĐїËÿ フまやひカ-

    ReplyDelete
  15. tak lama l;agi...dlm rumah mak bapak islam,anak2 ada yg kristian,ada yg athies,ada yahudi,ada budahh,ada hindu,ada yg athies.....haaaa tu le dia contoh bersifat terbuka.....wakakah.....melingkup le melayu ni semua nanti.....biasa nya melayu pi masjid pada hari jumaat...tapi kini ramai melayu berpusu pusu pi gereja pada hari ahad ......nanti dah ada ramaio le melayu jadi paderi,bishop...dan tak lama lagi mungkin pope dinrome tu nanti mungkin org melayu agaknya.....pope tu nanti dah tak songkok pope lagi tapi pakai songkok tinggi mcm geng pekasa dan pekida....wakaka wakaka wakaka....ingattttt klu nak bermenantu ,berlaki dan berbini....kena le hati hati....takut takut bermenantukan yg pakai salib di dada....wakakakaka....kena le kawin kat gereja pulak......melingkup le melayu melayu yg dah sememang ramai yg bangang dan bebal.......buku tu bukan nya alkitab,iaitu injil yg patut kita imani seperti yg di syaratkan dlm rukun iman...tapi buku tu ia lah "NEW TESTIMENT".buku tu bukan nya injil tapi buku yg telah di ubah suai dari kitab injil yg sebenar dan tak sepatutnya di beri nama AL KITAB.....memang ketara saja muisionary ni nak memurtadkan org2 melayu....sementelah nya memang org2 melayu ni memang ramai yg jahil dan bangang dlm ilmu islam dan lemah iman.....jahanam le melayu nanti...tak lama lagi banyak le kita akan lihat rumah2 org melayu yg menghias rumah2 mereka dgn pokok krismas

    ReplyDelete
  16. SAUDARAKU SEKALIAN!!
    BERTENANG!BERTENANG!

    KALAU NAK BACA 'INJIL' YG ASLI MEMANG DAH TAK ADA ZAMAN NIE!

    LEBIH BAIK TUAN2 BACA KISAH HIKAYAT HANG TUAH DAN SEUMPAMANYA.

    KALAU NAK BACA INJIL JUGA BACALAH
    'INJIL BARNABAS' DI INTERNET ADA!!!
    INJIL NIE LEBIH ASLI DARIPADA YANG LAIN2

    MALANGNYA INJIL BARNABAS NIE DIHARAMKAN PIHAK GEREJA!
    TUAN2 TAU KENAPA INJIL BARNABAS DIHARAMKAN OLEH PIHAK GEREJA.

    JAWAPANNYA, NABI ISA DAH MAKLUMKAN BAHAWA NABI AKHIR ZAMAN ADALAH AHMAD(MOHAMMAD SAW)!!!

    TOLONG CARI DAN BACA

    KALAU TAK SILAP,PUTAKA AMAN PERNAH TERBITKAN INJIL TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU.

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Terima kasih atas setiap komen. Sy percaya masing2 punya pendapat yang diperkuat dgn hujah. Cuma sy berharap semua pembaca agar jgn hanya tertumpu pada sudut pandangan yang satu semata-mata, kita harus melihat dari pelbagai angle sebelum membuat kesimpulan.

    Saya hormat setiap pendapat, dan saya juga punya pendapat seperti yg dinyatakan dalam entry ini.

    InshaAllah kita akan bicara lagi isu yg sama selepas ini dlm entry baru kerana skarang ini agak dlm sedikit kesulitan...

    ReplyDelete
  18. ye2...teruskan lah perjuangan saudara membela kristian laknatullah!! Benda yang terang2 salah admin masih pertahankan... saya xfaham ape yang cube admin pertahan..saudara tahu x agama ape yang betul dan benar?? Islam @ Kristian???

    Atau admin cuba berlagak baik di depan mata penganut kristian ( agama yang sering mencuba untuk menjatuhkan Islam ) dengan mempertahankan kemasukkan bible versi melayu.. itu cuma sia2,klu tu pun malaikat tak masuk pun dalam list pahala!! Sebab admin cuba tolong tak kena pada tempat!!!!!!

    Semoga admin tahu ape yg sedang admin pertahankan.. Sepatutnya admin pertahankan agama admin sendiri ( Islam ). Ini sebaliknya.. Allahuallam..

    -MїĐїËÿ フまやひカ-

    ReplyDelete
  19. Mengapa anda risau sgt!

    kalau anda bnar2 muslim dan berpegang teguh dgn Al Quran dan Al Hadis,...nescaya anda tidak akan sesat...malah umat Islam digalakkan membacanya...nescaya anda akan jumpa dan nilailah sendiri apakah ada kebenaran di dalam nya...

    Sabda Rasulullah SAW,bermaksud"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir)


    Wassalam

    ReplyDelete
  20. betul.. 100% sokong kalau kita berpengang pada Al-Quran dan As-sunnah kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya...

    tp,ini adalah antara satu cari bagi kristian menyerang umat islam..dulu mereka serang secara halus,tetapi sekarang mereka dah mula mencuba kaedah ini kerana mereka sudah mula percaya iman umat islam pada akhir zaman sekarang dah mula goyah.. mention dengan hadis nabi :

    "sesungguhnya iman umatku pada akhir zaman senipis kulit bawang."

    sekarang berapa kerat umat islam di malaysia iman kuat? Al-tahfiz? tgk perlakuan sosial anak-anak muda sekarang? mcm mana?

    Sy bukan melalak tak tentu fasal, sy takut kejadian tidak diingini seperti murtad berlaku..selagi kita boleh mencegah,kita cegah..sy takut disoal dlm kubur je nanti,apa kamu lakukan apabila tgk maksiat didepan mata??

    sy xfaham,saudara boleh berdiam diri dgn hal ni.. bahkan seolah-olah menyokong kemasukan kitab yg tak mmpunyai kebaikkan langsung untuk umat islam..

    biarlah saudara nak cakap sy ni seperti "kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahik"..tp yg pasti sy pertahankan yg HAQ!! itu saje sy termampu...

    teruskanlah perjuang pertahankan kitab bible ni... semoga Allah S.W.T memberkati perjuangan saudara..Allahuallam..

    -MїĐїËÿ フまやひカ-

    ReplyDelete