Monday, February 14, 2011

Rosmah Tergolek Lagi !! Kali Ini Di UNISEL !!

Tahniah kepada Universiti Industri Selangor atau dikenali sebagai UNISEL kerana berjaya mengelakkan diri dari asakan yang mungkin membawa kepada gempa bumi bebepara skala ricter.

Kini isteri Perdana Menteri yang agrasif itu bukan lagi canselor UNISEL dan telah digantikan kepada orang lain - bukan digantikan kepada isteri ketua pembangkang, mahupun kepada Syed Husin Ali. Berita di bawah menceritakan kisah kejayaan sebuah Universiti yang pro-mahasiswa ;
Pro-canselor Universiti Industri Selangor Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.

Pelantikan itu dijadual diumumkan oleh exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini.
Selepas FLOM ditutup rapi dari pengetahuan umum, kini satu lagi tamparan buat Rosmah dan kali ini datangnya dari para mahasiswa...

EDYES  @ edyesdotcom

No comments:

Post a Comment