klik untuk besarkan gambar
Allah kurniakan mata dan penglihatan, dipakejkan sekali dengan akal fikiran supaya kita boleh menilai mana yang baik, yang tak baik, yang betul dan yang salah.
Kalau si pemuda kuala langat nie sanggup expose satu gambar yang membelakangkan kebenaran, malah membuat kenyataan bodoh lagi kebudak-budakkan... maka sia-sialah kurniaan yang dianugerah demi untuk jadi khalifah. Adalah lebih baik kuota kehidupan diri empunya badan itu diisi oleh roh yang lebih bermaruah dan bermanfaat kepada agama dan anak bangsa.
Itu perumpamaan kasar yang jarang sekali saya ungkapkan kepada seseorang yang tergamak membelakangkan kebenaran sedangkan dia sepatutnya peka sebelum memaparkan sesuatu yang boleh menjurus kepada niat jahat. Harap si empunya facebook pemuda kuala langat (linknya di sini) sedar dan muhasabah diri kerana aku yakin kita manusia yang tak lari dari silap, asal jangan sengaja mengundang silap dan tidak mengakuinya.
Gambar di bawah adalah bukti ianya jauh melebihi angka 3 ribu yang dicanang oleh pemuda kuala langat;
Diharap janganlah ada orang-orang umno yang cuba memperdayakan diri sendiri! Kekuatan PAS tidak lagi boleh dibendung untuk dijadikan wadah kebangkitan Islam menggantikan umno yang semakin anti kepada gerakan Islam.
Dalam keghairahan melihat kebangkitan anak muda bersama PAS, terdetik hari ini untuk bertanya - mampukah AMK menggerakkan serta mobilisasi angkatan 30ribu sepertimana yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS? 10ribu boleh??
Perhebatkan dulu organisasi dan kekuatan untuk mobilisasi sebelum sibuk-sibuk menawar diri untuk bertanding di mana-mana kerusi waima di atas kapasiti ketua AMK atau MPN negeri sekalipun. Jangankan asyik dengan tweet sana dan tweet sini bertagkan ketua umum memohon AMK membanjiri mahkamah Jalan Duta, tetapi hanya sunyi dan sepi sahaja dapat dikumpulkan...
EDYES @ edyesdotcom
Sebuah peringatan mesra...
biasa la tu kan edyes...dia igt rakyat tak pandai menilai & mencari sumber lain?
ReplyDelete