Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?
Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.
Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.
Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.
Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?
Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!
Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.
Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!
Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!
EDYES @ edyesdotcom
Sebarkan artikel ini !
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
rais yatim nih bacul.. gi saman rocky bru la! g saman migrant care, g saman wikileaks...
ReplyDeleteada gak menteri sebacul sayfool
aku bukan blogger tapi simpati terhdp nasib blogger yg berkenaan, apa yg dapat readers sumbangkan , sila cadangkan , kitorang pun ingin menyumbang sama, kalau nak buat demo, ayoh sama2 kita turun padang!
ReplyDeletekalau semua bloggers bersatu,tak mustahil kes ini boleh selesai dan memihak kpd kita, ingat kuasa rakyat bila mereka bersatu....
ReplyDeleteKalau kes ini memberi kemenangan kepada Rais anak Yatim, apa kata lepas ini jika ada blogger UMNO fitnah pemimpin PR kita ramai2 lapor polis pulak.
ReplyDeleteAdakah pihak polis jadi bacul adil tangani masalah nie!
Kita nak tengok adakah polis sanggup jadi barua UMNO
pelik mengapa kes rais yatim tidak di bawa kemahkamah dan cukup sekadar menafikan..sedangkan sharpshooter hny mengepost apa yang beliau dapat dari blogger umno...
ReplyDeleteKita jangan lupa bahawa Rais memang hebat melakukan tipu muslihat dalam perundangan. Dia sudah mengkaji luar dan dalam kes yang mahu didakwanya terhadap sharpshooter.
ReplyDeleteBaginya sharpshooter adalah kacang saja, orang biasa tidak berduit dan bersendirian.Berbeza dengan dirinya seorang menteri yang ada pengaruh, ada duit, ada kuasa, ada kumpulan samseng dan ahli UMNO Baru menyokong tindakannya.
Tindakan Rais ini bukan acah-acah tapi kita lihat dia benar-benar mahu menjahanamkan seseorang sebagai bukti bahawa dia seorang yang hebat dan ahli UMNO Baru harus melihatnya sebagai wira.
Memang perlu ada satu persatuan atau kumpulan blogger yang mampu memgumpulkan orang yang mahu bersatu dan membantu ahli blogger yang ditimpa musibah.
Jika ada kemampuan untuk menyatukan ahli blogger pro pakatan rakyat, sila hebahkan kepada semua agar kita boleh bertemu.. insyaalah.
InsyaAllah, kita akan lawan habis-habisan. Harus diingat bahawa ini adalah benteng terakhir sebelum mereka menerobos masuk halaman blogget utk mencengkam dgn kuasa!!
ReplyDeleteKalau puak ni menang, dah tentu medan blog tidak lagi sebebas hari ini!!
Kita sedang rangka untuk buat yg terbaik demi pertahankan blogger kita Din Binjai. Harap kefahaman ini dapat disebarkan sebaiknya...
EDYES
kah,kah,.kah
ReplyDeletePemfitnah ajak semua pemfitnah bersatu utk mempertahankan fitnah2 mrk,.
knpa takut disaman bro,.?
buktikan kebenaran dimahkamah
tapi aku setuju dgn edyes,.krn lanun pun jika xbrsatu mcner nk serang/rompak kapal,.
bloggerjalanan,.
Mcmner polis nk siasat klu 'mangsa rogol' menafikan dia dirogol,..tutup kes la,.sepatutnya 'chegu bastad kedahak' diseret kemuka pengadilan krn membuat laporan palsu
hahahahaha
Selamat berjuang .Hancur lebur mereka yang zalim.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteaku suka cara rakyat mesir bertindak. kat msia jgn haraplah..
jom bersatu agar kemudahan bersura di internet kat msia ni x disekat oleh menteri yg penakut.