Lagi kes kereta terbakar hari ini harus menerbitkan rasa gusar di kalangan pengguna jalanraya. Minggu lepas sekali terbakar dan hari ini juga satu kemalangan terbakar berlaku menjadikan dua kemalangan terbakar dalam masa dua minggu.
RON95 bukan persoalan yang akan saya bawa hari ini, walaupun ia berkait rapat kerana kemalangan terbakar ini kerap berlaku semenjak RON95 diperkenalkan. Bukan cerita kosong tetapi statistik kemalangan terbakar menunjukkan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.
Apakah ini tidak cukup menggerunkan? Apakah menyenarai-hitamkan 'mangsa' saman ekor membantu dalam menyelesaikan masalah ini? Atau mengkompulsarikan penggunaan talipinggang belakang dengan saman RM300 tanpa diskaun boleh melegakan pengguna?
Pengguna jalanraya bukan sahaja berdepan dengan jumlah statistik kemalangan yang agak membimbangkan, tetapi berdepan juga dengan risiko untuk hangus rentung di tengah jalanraya. Itu belum dikira akan kehadiran saman ekor yang tidak diundang.
Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.
Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.
Mekanisma yang lebih berkesan harus diperkenal di sebalik penguatkuasaan saman ekor dan pemakaian talipinggang belakang semata-mata. Sudahnya rakyat akan terkesan dengan bebanan risiko kemungkinan kenderaan terbakar apabila berlaku perlanggaran malah ada juga kes terpencil di mana kereta terbakar secara tiba-tiba.
Sedarlah bahawa saman ekor itu amat membebankan rakyat termasuklah isu talipinggang belakang. Ditambah lagi dengan keraguan kualiti RON95 yang sering diperdebatkan.
Bagaimana pula dengan faktor kualiti jalanraya di Malaysia?
Nyawa rakyat Malaysia umpama tidak berharga di mata kerajaan. Jangan marah kepada blogger dan mana-mana pengamal media alternatif termasuk pengguna laman sosial apabila mereka sebulat suara mengatakan - Kerajaan Malaysia hanya mementingkan wang ringgit hasil dari saman ke atas rakyat.
Akhir kalam, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bangun melawan dalam isu saman ekor dan saman berkaitan. Jangan tunduk menyerah wang ringgit kita sewenang-wenangnya. Sokonglah tajuk ini tanpa mengira warna kepartian kerana sesungguhnya tembakkan saman ekor itu juga tidak mengenal mangsanya, begitu jugalah kemalangan terbakar.
EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kita bak buat macamana....satu jalan kita tukar saja pemerintahan...hari ini selepas bayar saman saya tengok bil ASTRO kepunyaan adik saya...dalam tu ada cukai 6% dari kerajaan...
ReplyDeleteHari-hari kerajaan bodek rakyat kat TV dan Surat khabar lepas tu pau rakyat balik pintu....yang akan datang insuran kenderaan...
Sekarang ni, barangkali beli sebiji karipap pun dah kena cukai kerajaan? Kalau tak kenapa harganya naik?
ReplyDeleteMana-mana kerajaan yang mampu menurunkan harga nasi lemak sehingga berharga 20 sen, aku akan respek kerajaan tu (jangan nasi lemak je, benda lain turun sekalilah). Itu indikator aku untuk mengatakan bahawa ekonomi Malaysia bagus.
Kenapa nasi lemak 20 sen? Sebab kali pertama aku mengenal wang harga nasi lemak adalah 20 sen.