Blog edyesdotcom menutup tahun 2010 dengan berada dalam ranking top20 blog-blog pro-Pakatan Rakyat. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih edyes rakamkan kepada para pengunjung samada pengunjung tegar mahupun pengunjung runcit-runcit. Sokongan anda semua amat edyes hargai dan menjadi sumber aspirasi untuk terus berjuang dalam medan blog.
Edyes akan terus menulis, walaupun pada waktu ini sudah seminggu tidak menulis kerana jiwa sedikit semak, dan tulisan terakhir edyes adalah artikel berkenaan bolasepak piala AFF pada 27 Disember lalu. Mujurlah Beduk Canang hadir sebagai penulis tamu, sekurang-kurangnya ada artikel baru untuk santapan pengunjung.
Menjadi blogger yang dihormati dan disegani melalui tulisannya adalah satu cita-cita biasa, lebih agungnya cita-cita edyes ialah setiap tulisan yang dipapar dalam blog memberi impak kepada masyarakat sepertimana yang dilakukan chedet suatu masa dahulu melalui tulisannya the malay dilemma. Setakat ini terdapat juga isu yang dibawa edyes menjadi isu nasional, salah satu daripadanya ialah isu RON95.
Berkenaan penglibatan edyes dalam kempen-kempen chegubard, ianya tidak sedikitpun mengurangkan perasaan melawan kerajaan malah, saya lebih banyak belajar untuk menjadi anak muda penentang 'kerajaan penjajah' yang jauh lebih hebat setelah mengenali chegubard dengan lebih rapat. Chegubard adalah seorang mentor, rakan dan sahabat kepada edyes. Berjuang bersama dalam bidang keupayaan masing-masing, berganding dan saling berpaut adalah sesuatu yang hebat.
Blog edyesdotcom masakini berbanding blog sahabat.
Blog edyesdotcom hampir memasuki tahun ke-empatnya, ketika blog-blog yang lahir sebaris dengan blog edyesdotcom telah menjadi blog pasif seperti blog Perisik Rakyat dan Albanjari sebagai contoh, Ureka yang dikendalikan oleh Mat Saman Kati juga semakin tidak bermaya.
Walaubagaimanapun, blog otai seperti IkutSukaAku masih lagi mantop dan malatop menghentak kerajaan hingga ke mana dinding sekalipun, juga blog Kerabu Bersuara, Warta Maya dan Kelab Greenboc yang kini telah kembali ke landasan asal perjuangan setelah merundum hilang sebelum ini.
Sekarang nie banyak blog-blog baru pro-Pakatan Rakyat yang menyambung nafas perjuangan di medan blog. Blog-blog baru seperti Ruang Bicara Pria Malaya, Milo Suam dan Bujang Susah ketika laman sosial facebook dan twitter mengambil tempat sebagai medan yang lebih-mesra-pengguna. Tetapi harus diingat bahawa bukan semua pengguna internet mempunyai akaun laman sosial facebook untuk berhubung, mengambil maklumat dan meletakkan komen berbanding untuk memasuki mana-mana blog, anda tidak perlu menjadi blogger.
Kita juga mempunyai beberapa blog yang bertindak sebagai laman portal berita seperti Tranungkite, KedahLanie dan juga Anak Sungai Derhaka(bersama ulasan). Terdapat juga blog yang turun dan naik mengikut musim.
Satu fenomena baru yang kini biasa kita lihat dalam blog pro-Pakatan Rakyat ialah apabila ada beberapa blog yang meletakkan entri yang berunsur lucah, walaupun berita itu asalnya dari luar negara, asalkan sensasi ianya dimuatkan dalam blog. Trend ini semakin menjadi berleluasa dan ianya mungkin dilakukan bagi mendapat hits untuk menyaingi blog-blog pro-kerajaan yang menggunakan trend sama iaitu sensasi berasaskan lucah.
Edyes tidak katakan ianya salah kerana konsep blog ini ialah menyampaikan berita, cuma berharap agar berita berunsur lucah yang berlaku diluar negara itu dikurangkan untuk paparan dalam blog tetapi sekiranya berlaku di lingkungan domestik, itu lebih diutamakan untuk dipapar sungguhpun ianya sensasi lucah.
Sekali lagi edyes ucapkan jutaan terima kasih buat pengunjung blog edyesdotcom. Kepada yang belum jadi follower tu, bolehlah klik menjadi follower sebagai tanda sokongan. Edyes juga telah mempunyai laman twitter edyesdotcom untuk rakan-rakan pengunjung mengetahui lebih lanjut apa yang paling terkini dilalui oleh seorang blogger. klik sini untuk ke twitter.
Semoga kita sama-sama berjuang untuk memartabatkan rakyat marhein, merobek keegoan kerajaan yang sentiasa mendungukan rakyat seterusnya mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat.
EDYES @ edyesdotcom
Syabas dan Tahniah bro... keep it up, tak mau semak2... jiwa tak mau kacau... hahaha...
ReplyDeleteBoikot Restoran Mamak... ambik banner kat blog gua...
Salam,
ReplyDeletetahniah!
DUNIACACAMARBA
tahniah bro.
ReplyDeleteIsa, dah lama dah gua xsuka makan kat Restoran MAMAK!!
ReplyDeleteCuma belum boikot lagi
hebat lu bro... caya la!
ReplyDeleteterima kasih kepada rakan2 blogger yg tidak melepaskan kesempatan memberi semangat!!
ReplyDeleteblog2 anda pun hebat juga, sama2 kita berjuang di medan blog nie!
bro isa, nanti aku pasang banner boikot restoran mamak tu...