Monday, January 17, 2011

Siapa Tahu Rosmah Kini Berada Di Oman ?


Rosmah Mansur telah berlepas ke Oman? Siapa tahu? Atau mungkin saya yang tidak tahu atau kurang mengambil tahu.

Perkara ini saya ketahui setelah membuat satu panggilan ke Pejabat FLOM sebentar tadi. Saya akan dedahkan rakaman perbualan saya dengan salah seorang pegawai yang bertugas dalam sedikit masa lagi.

Saya agak terkejut apabila mengetahui DS Rosmah telah berlepas ke Oman. Rasanya baru balik dari negara Arab, dan kembali ke negara yang terkenal dengan barangan 'karpet' itu. Selepas melakukan satu carian di google berkenaan lawatan Rosmah ke Oman, ini hasil yang saya dapat;
Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.

Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.
Mengenai perbualan saya dengan seorang pegawai di Bahagian FLOM, sebenarnya tujuan saya telifon adalah untuk mendapatkan alamat pejabatnya supaya boleh saya atau sesiapa sahaja pembaca blog datang melawat sekiranya ada masa yang terluang. Ini bagi menyaksikan sendiri pejabat seorang Isteri perdana Menteri.

Saya call dua kali dan bercakap dengan orang yang sama. panggilan pertama ialah 4 minit lebih dan ia dirakam melalui video kamera. Asalnya saya tidak mahu menggunakan video cam, tetapi oleh kerana BlackBerry tidak mampu merakam perbualan dalam telifon maka saya tidak mempunyai pilihan.

Perbualan kedua berlaku setelah saya masih tidak dapat alamat pejabat dalam perbualan pertama. Kali ini saya tidak merakam untuk lebih fokus. Akhirnya dalam perbualan kedua barulah saya ketahui bahawa Rosmah telah ke Oman sepertimana yang dilaporkan. Dalam perbualan kedua ini juga, saya difahamkan Rosmah juga baru pulang dari lawatan ke Sarawak. Begitu ketat sekali jadual seorang isteri Perdana Menteri yang bukan sahaja mungkin boleh mengalahkan menteri tetapi mengalahkan suami.

Tidakkah anda semua berasa sesuatu yang tidak kena?? Lawatan demi lawatan, perasmian demi perasmian, perjumpaan, perbincangan, konvensyen, sidang kemuncak, pertunjukkan fesyen islamic dan pelbagai lagi dihiasi oleh nama Rosmah Mansur. Tidakkah anda semua fikir, berapa kosnya bagi semua aktiviti yang melibatkan Rosmah? Mungkin atas sebab memerlukan peruntukkan yang besar menyebabkan tertubuhnya Bahagian FLOM.

Walaupun agak gagal untuk mendapatkan alamat, saya tetap akan cuba untuk sampai ke pintu gerbang pejabat Bahagian Wanita Pertama atau dikenali sebagai FLOM Division. Tidak susah untuk masuk ke Pejabat JPM, hanya serahkan IC, nyatakan bahagian mana yang mahu dituju, atau urusan komputer sebagai contoh, pasti lepas dan pandai-pandailah carik pejabatnya di tingkat 5 bangunan utama.

Saya juga menyeru kepada wartawan di luar sana agar menggunakan kapasiti wartawan untuk membuat satu lawatan ke pejabat isteri Perdana Menteri supaya rakyat tahu bahawa negara ini mempunyai satu pejabat untuk menguruskan Rosmah Mansur!

Saya akan dedahkan juga video perbualan tersebut dalam sedikit masa lagi untuk menguatkan lagi hujah dalam entri ini.

1 comment:

  1. Lantik Rosmah Mangkuk ni jadi Menteri Luar. Anifah tu jadi pencacai!

    ReplyDelete