Klik untuk besarkan Gambar
My statement must be read in the proper context. Registering the intention of one party to contest in the election is not going against the spirit of Pakatan Rakyat. Since when we are against the freedom of expression ! There is no such thing as any political party owning the seat. The seat belong to the raayat. If PAS have stood and lost it the last round, perhaps shoud let PKR or DAP stand this time. It is more important to put a winnable candidate in any Pakatan Parties. No point in standing just to reduce the margin as in Tenang. If PAS claim they are strong in Merlimau, they should have won the seat. Wallahu'alam. - Shamsul Iskandar
Salam 1Melaka,
Saya mulakan entri ini dengan quote yang pernah diungkap oleh Mahatma Ghandi;
"The world has enough for everyone's need but not enough for everyone's greed"
Suatu yang mengejutkan, apabila sekicau tweet yang mengatakan dirinya dalam perjalanan ke tanah perkuburan kerana kematian seorang Adun, sedangkan Adun tersebut masih lagi terlantar di hospital diiringi doa keselamatan dari keluarga dan sahabat handai. Kemudian tweet itu hilang dari pandangan dan setakat yang diketahui, belum ada permohonan maaf terhadap keluarga Adun tersebut secara terbuka di atas kesilapan yang agak memalukan itu.
Tidak cukup dengan jawatan Ketua AMK Pusat, Ketua AMK Negeri Selangor dan MPN Negeri Melaka yang disandang, Shamsul Iskandar mengorak selangkah lagi untuk menjadi calon DUN Merlimau sedangkan kerusi tersebut adalah milik PAS.
Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS tetapi apa yang terjadi ialah kerusi DUN Merlimau secara tidak langsung menjadi rebutan kepada PAS dan PKR setelah satu sidang media telah dianjurkan oleh Shamsul Iskandar bagi melobi dirinya sebagai calon kerusi tersebut. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak berkata. Dengan pantas memangkah kerusi tersebut supaya diberi kepada PKR adalah sesuatu tidak wajar sama sekali.
Di atas alasan ketewasan PAS di DUN Merlimau dalam PRU lalu dan juga beberapa PRK kebelakangan ini, belum cukup untuk menyatakan PKR lebih berhak ke atas kerusi Merlimau atau mana-mana kerusi yang PAS tewas sebelum ini.
Cuba saudara dan saudari sekalian fikir dalam-dalam, tidakkah kenyataan Shamsul Iskandar itu bakal mengundang persoalan - "Bolehkah PAS mengambil alih kerusi yang PKR tewas sebelum ini?" ataupun persoalan lebih pedih dengan berkata "Bolehkah PAS mengambil alih kerusi PKR yang ADUN atau MPnya telah melompat?"
Semangat setiakawan Pakatan Rakyat haruslah diambil kira dan menjadi keutamaan agar Pakatan Rakyat dilihat cukup stabil dalam membentuk apa jua keputusan dan bukan semata-mata di atas kepentingan parti sendiri. Ini dijelaskan dengan cukup terang oleh DSAI dalam Konvensyen Pakatan Rakyat lalu, segala keputusan haruslah melalui meja bulat rundingan. Sebarang tindakkan melulu yang mendahului parti komponen lain pastinya akan mengundang padah.
Jika benar Shamsul Iskandar ingin bertanding DUN Merlimau di atas tiket PKR sekalipun, sepatutnya perbincangan dalaman dilakukan di antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Mengapa perlu ada sidang media untuk melobi diri? Tindakkan gopoh ini telah menghina rakan sepakatan lain seolah-olah PAS telah ketandusan calon anak Melaka.
Ketelanjuran Shamsul ini telah ditegur dari segenap lapisan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, baik dari PAS atau PKR sendiri. Tetapi dengan angkuh dan sombong Shamsul mengatakan bahawa 'jika PAS mendakwa mereka kuat di Merlimau, mereka sepatutnya telah menang kerusi tersebut!'. Seraya itu satu lagi persoalan timbul, apakah PKR Melaka cukup kuat untuk menang di Merlimau? Atau juga sekadar ingin mengurangkan jumlah majoriti BN sepertimana yang Shamsul sendiri perlekeh calon PAS di Tenang.
Tidak kiralah samada untuk mengurangkan majoriti atau menambahkan undi, kerusi DUN Merlimau harus dipertahankan untuk diletak calon PAS bagi menjamin kestabilan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat! Bukan sekadar untuk memastikan menang semata-mata, kestabilan perhubungan melalui semangat perjanjian itu juga merupakan faktor penting apabila mengenangkan PRU sudah semakin hampir.
Jika maksudnya supaya PAS beralah untuk PKR bagi menewaskan Barisan Nasional, kita sepatutnya melihat PRK Batu Sapi pada akhir tahun lalu sebagai pertandingan satu lawan satu, lantas mengambil peluang untuk meluaskan lagi skop Pakatan Rakyat dengan menggabungkan parti Yong Tek Lee ke dalam Pakatan Rakyat atas jemputan yang bijak.
Memanglah apabila difikirkan, tidak pasti samada terdapat perjanjian hitam putih bagi mengekalkan status quo untuk mana-mana kerusi yang bakal dipertandingkan dalam PRK. Tetapi janji persetujuan bersama dalam bentuk persefahaman itu wujud di antara Pakatan Rakyat demi mencari kata putus yang lebih lunak untuk ditunaikan. Bak pepatah melayu, "Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang kepada janji". Pilihlah untuk menjadi manusia daripada menjadi lembu.
TG Hadi Awang juga sudah bersuara, bukan hanya bayang-bayang calon sahaja untuk diketengahkan oleh PAS bagi kerusi Merlimau, tetapi memang sudah ada ramai yang berkaliber dari Merlimau untuk dijadikan calon. Jadi adakah Shamsul Iskandar tidak faham?
Justeru, oleh kerana perasaan tamak itu sudah menguasai diri, kita melihat tindakkan Shamsul Iskandar yang mahu merebut kerusi Merlimau itu sebagai kurang cerdik dan hanya membuahkan pergeseran di antara PAS dan PKR lantas memberi satu modal yang besar kepada gerombolan UMNO Barisan Nasional untuk disaji kepada rakyat golongan atas pagar - betapa PAS-PKR-DAP adalah fragile dan tidak bersatu hati.
Akhir kata, bersamalah kita memupuk kesedaran bahawa PAS tidak sekuat mana, PKR juga tidak sekuat mana, begitu juga dengan DAP. Sesungguhnya Barisan Nasional tidak takut dengan PAS, PKR dan DAP. Tetapi mereka cukup gentar dan takut apabila PAS, PKR dan DAP bergabung di atas nama Pakatan Rakyat, dan PAS-PKR-DAP yang membentuk Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik daripada Barisan Nasional, maka sebab itu sehingga hari ini nama Pakatan Rakyat masih belum berjaya didaftarkan lagi!
Tujuan artikel ini dikeluarkan juga bukanlah untuk menambahkan geseran, tetapi untuk memastikan kita semua tegak dengan istiqomah biarpun di atas perkara dalam parti agar ianya tidak dipandang remeh dan boleh sewenangnya dikompromi tanpa menyedari kesan sebenar kepada penyokong dan pendokong.
EDYES @ edyesdotcom
Yang kurik itu kundi...
Satu N3 yang matang dengan hujah yang bernas. Yong beri gred A+.
ReplyDeleteOrg sume kerja keras kat Tenang, ko lepak starbuck berejam la plk
ReplyDeletepodah la ko shamsul
fred
Saya sama sekali tidak setuju dengan Sdra Samsul untuk bertanding di Merlimau Melaka, saya lebih suka PAS yang bertanding bukan PKR
ReplyDeleteFuck Up Sam..!
ReplyDeleteanak-anak muda MENOLAK kepimpinan yg tak cerdik politik!!
ReplyDeleteBN sudah ada modal menyerang PR dek kerana 'tamaknya' seseorang itu terhadap jawatan!! bajet hebat!! jamin ke boleh menang??
Pergi jahanam dengan SAM!
ReplyDelete(bukan SAMM aa..)
Kalau SAM jadi calon, gua & sekutu blogger gua boikot kempen PRK Merlimau.
janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....
ReplyDeleteplease................
samdol tak lyk!!...samph je...gile glmor....masuk muke dlm tv,kontroversi murahan suka la....tp kje,haram tk jln..kena gertak skit,terkencing2 n mnangis..ape da...podah!!
ReplyDelete