Wednesday, January 5, 2011

Penafian Rais Satu Kelegaan!

Salam hormat,

Penafian Rais Yatim sebentar tadi merupakan satu kelegaan kepada rakyat Malaysia amnya dan kerajaan Malaysia khususnya.

Penafian ini adalah jauh lebih baik daripada berdiam diri sejak pendedahan wikileaks dan juga rentetan pendedahan penghulu blogger pro-kerajaan - rockybru, seterusnya beberapa pendedahan lanjut di blog pembangkang. Resamnya ialah diam bermakna setuju, maka dengan penafian ini bermakna Rais respon terhadap tuduhan dan sedia untuk disiasat pihak berwajib.

Kita juga menganggap Rais Ratim teraniaya sekiranya terus dituduh tanpa sebarang respon balas.

Dokumen-dokumen yang mengaitkan penglibatan seorang Menteri Kabinet Malaysia yang juga menyebut nama Rais Yatim telahpun dikepilkan sebagai lampiran dalam laporan polis di IPD Seremban 2, sekitar jam 11pagi tadi.

Pihak PDRM diharap dapat menjalankan tugas dengan sesempurna mungkin bagi menyelesaikan kes berprofile tinggi seperti ini - perogol berjawatan menteri. Siasat dan dakwa jika perlu tanpa mengira pangkat dan kedudukkan sepertimana Dato Seri Anwar Ibrahim di bawa ke muka pengadilan.

Tahniah kepada DS Rais Yatim kerana akhirnya membuat penafian yang ditunggu-tunggu setelah saban hari dihujani tomahan. Sekurang-kurangnya ia dapat membersihkan nama baik negara walaupun buat seketika.

Berikut adalah foto ketika Chegubard melalui SAMM selesai menunaikan tanggungjawab sebagai anak muda pendesak - laporan polis terhadap menteri perogol. Pihak polis diberi masa 14hari untuk melaksanakan kes high profile ini dan satu mass-movement akan dilancar oleh anak muda SAMM sekiranya tiada pihak polis tidak bertindak sewajarnya.


EDYES - edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. Tahniah DS Rais krn brtindak matang & bijak,..DS sndiri mahukan polis mnjlnkn siasatan dgn segera

    Sya katakan matang krn bila laporan polis dibuat barulah DS bersuara,.. tidak melatah trlebih dahulu dgn tuduhan melulu blog nyamuk

    Menurut adatnya,.pengadu akan dipanggil terlebih dahulu utk mnzahirkan segala bukti,. sya harap nti jgnlah bukti setakat pengakuan bersumpah 'mangsa' shj,. bukti yg kukuh yg digembar-gemburkan hendaklah lebih konkrit drp itu,.. ada 4 org saksi sbg contoh

    Setelah diserahkan kpd polis utk menyiasat,. sewajar dan seharusnya terima segala hasil siasatan,.samada menyebelahi anda,.atau sebaliknya

    Tpi sepengetahuan sya,.pembangkang di Msia mempunyai 1 tabiat yg amat buruk,..iaitu mrk hya menerima kpts polis/mahkmah hya jika kpts itu menyebelahi mrk shj,...

    hehehe

    ReplyDelete
  2. bro, cerita ini betul.. ada insider yang rapat bagitau gua. dah 2 kali mengandung anak rais tp digugur. ini bukan kes rogol, tp suka sama suka... rais ada bagi duit kat pompuan nih... tp mayb duit dah x diberi, sbb tuh kes meletup balik...

    ReplyDelete