Monday, January 24, 2011

Khalid: SUK Baru Selangor Tiada Fungsi !! (Lintas Sidang DUN Selangor!!)

Tiada fungsi diberi kepada Setiausaha Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yg baharu.
 
Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, MB menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA utk penyediaan dokumentasi lantikan
 
Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas & dipandu oleh peruntukan & semangat Perlembagaan.
 
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yg asal krn kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak.
 
UMNO takut dengan Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan kongkongan ini; UMNO tak biasa dan tak berani bermain dalam lapangan sama rata dan adil.
 
Ketua Pembangkang DUN Selangor secara jelas menyatakn tidak akan menyokong usul yang dibawa Menteri Besar untuk meminda Perlembagaan bagi mengembalikan kuasa sultan untuk memilih SUK, Pegawai kewangan dan Pegawai undang-undang berpandukan nasihat dari MB kerajaan yg memerintah pada masa tersebut.
 
Ini adalah penderhakaan UMNO BN terhadap institusi Raja-raja buat kesekian kalinya.
 
Terima kasih kepada Dr Lolo yang memberi maklumat
 
 
EDYES @ edyesdotcom
 

No comments:

Post a Comment