Thursday, January 13, 2011

Jurusoilek Dicabul Orang Soi Lek??

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

"Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan," kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

"Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris."

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

"Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan," kata Leong.


Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa wanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.


EDYES wrote:

Kah kah kah... Kalau dah presidennya pelakon porno, apa nak diherankan kalau anak buahnya pervert!!

Sudah2 lah... Inilah BN yg diterajui UMNO! Tak habis2 dgn masalah moral & akhlak... Sudah sudahlah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment