Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.
Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.
“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.
Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya.
Sehubungan itu, Chen berkata ahli parlimen Serdang itu akan membuat laporan polis di ibu pejabat daerah Kajang, tengahari nanti.
Katanya, mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.
“Jadual Teo tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya.
EDYES wrote:
Tentera Jihad ???
Woi, pergi lawan yahudi dulu la woi... pilihlah samada nak lawan Yahudi internasional kah? atau Yahudi local kah??
Tentera Jihad konon?? Tak malu ke jadi orang Islam bila buat perangai macam nie??
Kalau ada 50orang yang berhasrat nak peluk Islam minggu nie, aku sure separuh darinya akan melupakan hasrat itu bila tengok berita macam nie... Siapa nak tanggungjawab tu?? Nasib kaulah nanti ditimpa bala!!!
sekali tengok pun dah tau ini kerja sapa!! macam haramjadah..bacul.. penakut!!
ReplyDeletekononnya persatuan kebajikan dan dakwah islamiah, kepala hangguk apa dakwah!! jihad??? pergi ****** laa
ada kebanyakan ahli tak pernah pun jenguk surau/masjid. ziarah orang sakit pun kurang.. kebajikan apa??
itu bukan akhlak tentera jihad, itu akhlak samseng tepi jalan.