Alhamdulillah,
Kali ini rasanya semangat lain macam, bila bakal bergerak ke Tenang dengan belanja minyak yang cukup untuk pergi dan balik. Rupanya, bila beban kewangan berjaya ditolak tepi setelah mendapat sumbangan, kita akan lebih fokus dan tidak perlu memikirkan duit dari dana mana yang perlu dikorek untuk sampai ke mana-mana PRK. Terima kasih sekali lagi kepada pemberi sumbangan.
Pagi esok saya akan bertolak ke Tenang pada jam 10pagi dari Seremban, mengiringi Che'Gubard bersama komrad-komrad SAMM, singkatan bagi Solidariti Anak Muda Malaysia. Seperti program-program sebelum ini, saya akan bersama SAMM dalam tugasnya yang ditempatkan di Felda Chempelak. Antara anjuran SAMM ialah "Sepetang bersama Yaser Saad dan Chegubard";
Dan petangnya selepas penamaan calon, satu program sembang / jamuan petang anak muda bersama calon Tenang dan Chegubard sebelum ceramah di sebelah malam.
Turut akan serta bersama dengan saya ialah seorang blogger yang kini begitu aktif dalam FB iaitu saudara Ali Abu (bekas blogmaster BaganUtama dan blog TomatoSusu). Saya akan pickup Ali Abu pagi esok.
Kondisi saya pada malam ini agak kurang sihat selepas seharian demam selsema. Namun saya tidak mahu memanjakan demam ini kerana esok tugas lebih berat menanti dan lusa adalah hari penamaan calon. Sebentar lagi seorang blogger yang hebat di arena Twitter akan menjemput saya untuk minum-minum di Shah Alam. Mengapa di Shah Alam? sebab saya nak gegar seorang lagi blogger yang mempunyai undang-undang ISA dalam blognya iaitu blogger IkutSukaAku.
Semoga demam saya beransur pulih apabila mengadap embun malam ini bersama teh tarik bukan mamak, kerana ISA adalah anti-mamak mahupun mapley.
Nampaknya, ubat yang yang diberi oleh doktor kurang berkesan! saya masih memerlukan 'activefed' yang begitu serasi sejak dulu, walaupun tahap ngantuknya menafikan hak anda untuk memandu.
EDYES @ edyesdotcom
(menulis seringkas mungkin kerana, sudah kekeringan masa)
Selamat melaksanakan tugas... saya doakan usaha saudara semua akan diberikan kemenangan..Aminn..
ReplyDelete