Siapa Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod ?
Nama Datuk Siti Azizah Sheikh Abod adalah dilihat sebagai rank yang pertama di dalam protokol pengurusan Bahagian F.L.O.M sepertimana yang tertera di laman rasmi Pejabat Perdana Menteri.
Sila baca berita di bawah (dan klik link untuk berita penuh) terlebih dahulu, maka kita akan kenal serba sedikit 'kaitannya' dengan Rosmah;
Pengerusi Jawatankuasa Projek Perintis Permata Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod berkata, kanak-kanak yang terpilih untuk beraksi bersama Rossa dalam ”Konsert Rossa-Melodi Cinta” terdiri daripada mereka yang cemerlang dan berbakat dalam akademik, seni koir serta muzik.
"Penampilan kanak-kanak ini adalah ekoran kekaguman Rossa terhadap usaha (isteri Perdana Menteri) Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggilap bakat dan kecemerlangan kanak-kanak dalam bidang seni”, katanya pada sidang media Konsert Rossa-Melodi Cinta.
Beliau berkata, Rosmah bersetuju menjadi penaung kepada konsert itu selain menyaksikan penampilan khas kanak-kanak Permata tersebut pada malam konsert berlangsung.
http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Konsert_Rossa_Dimeriahkan_Kanak-Kanak_Permata
Satu lagi berita bergambar seperti di bawah, menunjukkan Datuk Siti Azizah pernah menjawat jawatan KSU;
Mari kita lihat dan fikir, kalaulah Jun tahun 2010 Datuk Siti Azizah masih lagi seorang KSU, ini bermakna penubuhan F.L.O.M adalah pasca Jun 2010 - satu departmen yang baru ditubuhkan ! klik sini untuk lihat pendedahan pertama FLOM dalam entri sebelum ini. Berapa pulak agaknya gaji untuk seorang bekas KSU yang bertugas dalam pejabat FLOM ini?
Menurut sumber yang saya perolehi Datuk Azizah adalah kawan rapat kepada Rosmah dan Najib. Pernah sama-sama belajar suatu masa dulu dan hubungan bertambah akrab ketika Datuk Azizah jadi TKSU MINDEF.
Datuk Azizah juga dilihat sebagai seorang Pegawai Khas kepada Rosmah dan akan selalu bersama dalam kebanyakkan lawatan Rosmah ke luar negara di mana Datuk Azizah menjadi pengiring utama. Gambar di bawah adalah satu contoh;
Cerita fasal lawat-melawat ke seluruh dunia, seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, kos perbelanjaan JPM dalam perkara lawatan meningkat 40%! Ini baru perbelanjaan dari segi lawatan, belum perkara lain lagi. Lihat gambar di bawah;
Jadi sekarang telah dapat kita lihat apa kaitannya antara Rosmah Mansor dan Datuk Siti Azizah Abod, apa kena mengena di antara Rosmah dan FLOM.
Persoalan ini perlu dijawab SEGERA!! Satu pejabat bahagian yang sebaris dengan pejabat besar di bawah JPM telah dinamakan sebagai FLOM, dan ianya berkait dengan Rosmah Mansur! FLOM yang sinonim dengan perkataan First Lady of Malaysia difahamkan baru sahaja ditubuhkan semata-mata untuk permata Rosmah ??
Fahami entri ini dan entri sebelum ini di sini sefaham yang mungkin dan anda pasti dapat melihat satu pembaziran besar-besaran telah berlaku dan lebih menyedihkan, ia seolah-olah merasmikan sebuah bahagian yang khas untuk Isteri Perdana Menteri. Dinamakan pula bahagian itu - FIRST LADY OF MALAYSIA Division !! F.L.O.M !!!
EDYES @ edyesdotcom
mode C4
Ayuh para blogger, sama-sama sebarkan isu hangat ini!!
ReplyDeleteAyuh bongkarkan...
Para YB, hidangkan isu ini semasa sesi ceramah di Tenang nanti!!
Lawan Tetap Lawan...
Impian menakluki Putrajaya tidak pernah mati!!!!
lahabau btul si katek ni. Nasib la malaysia dpt PM mkn nasi kangkang bini. Parti kebangsaan takde plak nak berbunyi, takut tak dpt projek. Aku tak leh nak imagine, bila BN tumbang, PR memerintah..puak2 songkok tinggi ni mesti menepek merayu kat PR plak. Aku rasa PR sok problem utama bkn ekonomi tapi problem utama ialah melayan, menapis pauk2 songkok tinggi ni. Kalau join PR mau lingkup PR sbb puak ni mana reti cari mkn cara sihat,semua nak kena suap. Adu domba, kipas mengipas, akan meresap dlm PR. Jgnlah ada pemimpin PR terutama Anwar yg berangan nak amik puak haram jadah ni msk dlm PKR...hancur nnt. Kalau nak jugak amik...antor dulu pergi kursus selama 3 tahun mcmmana nak jadi manusia yg sebenarnya bkn manusia yg berhati iblis.
ReplyDeleteThey shoulds be hang to dead like drugh dealers..
ReplyDeletekurang suka betul dengan sikap puan azizah ni... garang.. dan kurang mesra dengan orang bawahan.. tak suka!
ReplyDelete