Tuesday, January 18, 2011

Al-Kisah First Lady Yang Wajar Jadi Sandaran...

SI FIRST LADY LARI LINTANG PUKANG

" Corruption in the inner circle is growing. Even average Tunisians are now keenly aware of it, and the chorus of complaints is rising. Tunisians intensely dislike, even hate, first lady Leila Trabelsi and her family. In private, regime opponents mock her; even those close to the government express dismay at her reported behaviour. Meanwhile, anger is growing at Tunisia's high unemployment and regional inequities. As a consequence, the risks to the regime's long-term stability are increasing."DARI WIKILEAKS

terjemahan:

Rasuah dikalangan kroni amat meluas. Warga biasa pun sedar akan hal ini dan terus merungut. Rakyat 1Tunisia amat jelak malah membenci wanita pertama Leila Trabelsi dan keluarganya. Secara diam diam pihak pembangkang telah mengutuk wanita pertama ini, malah ada juga pegawai dalam pelbagai kementerian yang menyampah dengan kelakuan Leila. Dalam masa yang sama kemarahan terus meningkat kerana pengangguran. Justeru dalam masa panjang kestabilan rejim ini bertambah risiko – DARI WIKILEAKS


Telah diriwayatkan adalah sebuah negara diatas angin yang kaya lagilah subur. Negara ini terletak dipesisiran Laut Tengah. Anggur dan epalnya ranum dan manis. Gandum dan tamarnya hidup subur dan mewah di pukul bayu Laut Tengah. Pantainya indah dengan cuaca yang permai menjadikan negara ini satu tarikan untuk para saudagar , pedagang dan pelawat. Maka berpusu-pusulah mereka datang membawa dagang dan dinar.

Adalah diberitahu akan sejarahnya negara atas angin ini pada satu ketika dahulu adalah tanah jajahan Peranchis. Maka penduduk yang sepuluh juta ini pandailah bertutur bahasa Peranchis, bijaklah mereka bersekolah di Peranchis, pandailah mereka meminum air anggur dan bijaklah mereka memakan keju dan roti.

Maka mengikut surah dari perawi yang saheh satu malapetaka telah datang menimpa negara diatas angin ini 23 tahun dahulu. Seorang yang tidak diketahui asal usulnya bernama Zine al Abidine Ben Ali , telah menyamar mengaku dirinya lebih Arab dari Arab. Maka diangkatlah si Zineal Abidine ini untuk menjadi Presiden. Untuk menyedapkan cerita si Zineal ini telah datang bersama isterinya yang bernama Leila Trabelsi.

Mengikut Wikilekas yang empunya cerita Si Leila Trabelsi ini amat lah gila untuk menjadi First Lady. Si Leila Trabelsi ini amatlah gian kepada glamour dan amatlah berahi untuk melihat mukanya di kaca tv. Saban minggu Leila Si First Lady ini akan turun ke Paris untuk mendandan rambut dan memotong kuku. Mengikut surah wikileaks yang menangkap surat rahsia Pak Duta Amerika Robert Godec ke Rumah Puteh yang telah memocorkan kesah bagaimana Leila Si First Lady ini sering menghantar kapal terbang khas ke Monaco untuk membeli ais krim yang digemarinya.

Untuk orang luar yang datang melihat negara ini akan terpegun dan tersenyum. Hotelnya indah lagilah murah. Lalu negara ini dikenali sebagai tempat berehat dan bermain untuk mereka yang ada dinar dan euro. Siang berbaring di pantai. Malam berbaring dipeha. Picit loceng akan datanglah hamba sahaya menghibur duka dan lara. Dara diminta - dara pun datang. Minta janda - janda pun datang. Minta jantan – jantan pun datang. Maka tersohorlah negara ini ke seluruh Eropah sebagai tempat peranginan yang maha indah lagilah murah.

Tuan tuan pembaca yang budiman adalah riwayat Wikileaks ini saya sambung lagi. Kesah ini tidak khatam sampai had ini sahaja. Ingin disurahkan tentang kesah orang kampong yang sengsaranya tidak terhitung. Bermula kita dengan kesah nelayan yang membawa berita sedih lagi kurang sopan. Tanah-tanah kampong mereka dirampas untuk dibuat hotel yang gemerlapan. Akhirnya mereka tidak ke laut dan hilang pendapatan.

Mari kita masuk jauh ke pendalaman ke pinggir Sahara yang kering dan bedebu untuk mencari kesah orang kampong yang jarang kita dengar. Sesekali dalam kota kita terdengar kesah orang kampong yang kurang tepong dan kurang gula. Orang bandar dan orang kota tidak semuanya hidup sama. Ada yang duduk di mahligai dihadapan Laut Tengah yang indah permai. Dilayani oleh khadam dan sahaya. Ada yang duduk di kasbah berasak-asak dan berhimpit himpit.

Untuk menyedapkan kesah ini biar saya surahkan tentang anak-anak muda yang inginkan hidup berubah. Mereka rajin belajar di sekolah. Mereka tidak mahu lahir dan mati dalam kasbah. Mereka mencari ilmu untuk menjadi warga yang berpelajaran. Sayangnya kerja amatlah susah untuk ditemui. Ramai yang berpindah mecari makan di Eropah. Ramai lagi yang menunggu bertahun tahun jika rezeki datang melayang.

Seluruh desa dan kota semuanya tahu untuk mendapat kerja bukan satu pekara senang. Hendak mendapat kerja wajib mengenal orang. Wajib merasuah tuan dan puan. Hendak mendapat kerja wajib ada Pak Dalang. Ijazah dan diploma tidak semestinya membuka peluang.

Kesah ini disambung lagi : selama dua puluh tiga tahun rakyat berhadapan dengan Si Leila First Lady . Banyak kesah hodoh yang didengar amat jarang kesah terpuji. Si Leila mula di samakan dengan Imelda Marcos. Mengumpul kasut, coli dan baju. Bershoping ke Paris , ke Dubai sepanjang waktu. Mengikut surah yang hamba dengar apa sahaja kontrek dan projek perlu Presiden bersetuju. Tetapi Leila Si First Lady wajib diberitahu dahulu agar persen dapat masuk ke dalam tabung untuk dapat kanak-kanak sekolah dibantu.

Jika ada pembaca yang budiman bertanya bagaimana selama 23 tahun ini Zineal dan Leila ini mengembang sayap tanpa dimarah tanpa dibantah. Wahai pembaca budiman jawabnya amatlah senang. Radio, tv dan akhbar kalau tidak milik Zineal ianya milik anak Zineal. Kalau tidak milik anak Zineal – media ini milik kawan dan sahabat Leila Si First Lady. Tidak mungkin ada akhbar yang berani tegak berdiri kerana sang Presiden dikelilingi oleh polis dan tentera. Ini dibantu oleh ribuan mukhabarat yang megintip setiap kampong dan pekan untuk memastikan Leila Si First Lady dilihat anggun dan rupawan. Siapa berani bersuara akan dimasukkan ke penjara.

Untuk memanjangkan kesah negara atas angin ini maka pada 17 haribulan Disember tahun lalu terjadilah satu kesah yang amat pilu. Di Sidi Bouzid badar kecil 160 kilometer dari ibu kota menjadi tempat sejarah bermula. Mengikut tuan empunya cerita ada seoarng anak muda bijak pandai dan telah berijazah pula. Tetapi bertahun- tahun menunggu harapan mencari kerja. Mohamed Bouazizi adalah harapan keluarga untuk membantu kehidupan dalam kota. Lalu Bouazizi menjaja sayur dan buah buahan untuk menampong kehidupan adik emak dan keluarga.

Dihari yang bersejarah ini kereta tolak Bouazizi telah dirampas oleh penguasa kerana dikatakan berniaga tanpa lesen dan kebenaran. Di petang harinya si anak muda ini telah cuba mengadu hal meminta kembali kereta sorongnya. Semuanya gagal lalu dia bertekad membeli petrol dan membakar dirinya sendiri.

Maka pecahlah ke seantero negeri kesah seorang anak muda membakar diri untuk membantah kerakusan Leila Si First Lady. Berita si anak muda dihantar ke hospital telah menyemarakkan kemarahan rakyat yang terpendan selama 23 tahun. Orang ramai mula keluar ke jalan raya membakar gambar Zienal dan Leila. Tidak dapat ditipu tidak dapat dipulas. Rakyat telah bangun kerana telah lama ditindas.

Dari seluruh pelusuk negara – dari kampong dan desa – dari pekan dan bandar – orang ramai telah keluar berdemo. Tanpa sepanduk tanpa kain rentang tanda keberanian menegak keadilan. Mereka bangun mahukan kebebasan yang selama ini mereka ditekan. Orang ramai telah bersatu hati mereka semuanya meludah dan membenci Leila Si First Lady tembam, bergincu , berbotox dan bersangkul tinggi.

Polis dan tentera keluar untuk menembak mati sesiapa yang berani berdemontrasi. Kematian tidak mematahkan semangat. Sepuluh gugur tewas sepuluh ribu rakyat keluar berdemo. Setiap hari dan setiap petang di seluruh negara rakyat telah sedia bangun untuk berperang melawan Leila Si First Lady.

Akhirnya berita pun sampai si anak muda si pemula kesah ini telah mangkat didalam hospital. Badan terbakar tidak dapat diselamatkan. Maka berakhirlah 26 tahun riwayat anak muda ini. Berita kemangkatan ini menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada Leila Si First Lady. Ribuan demonstran turun ke jalan raya menuntut hak membela setiap yang tewas.

Kota dan kampong makin terbakar. Rakyat berduyun turun ke ibu kota mahu menuju ke Istana Presiden mencari Zienal dan Leila Si First Lady. Belum sempat sampai ke istana berita pecah berderai si Zienal dan Leila Si First Lady telah melarikan diri. Mula-mula mereka ingin ke Paris untuk hidup lumayan diluar negeri tetapi tidak dibenarkan oleh Sarkozy. Maka mereka mengundur ke Saudi. Disinilah akhirnya kesah Leila Si First Lady yang akhiir tungang langang melarikian diri.

Epilok:

For the first time – in a state where there is estimated to be one police officer for every 40 adults, two thirds of them in plain clothes, and people are afraid of even discussing politics in private for the informers on every corner – people took to the streets today chanting: "Ben Ali out!" and carrying banners saying "Ben Ali murderer!" They railed against his family and that of his loathed wife, Leila Trabelsi, seen as a cross between Imelda Marcos and Catherine de Medici. "Trabelsi thieves!" read one banner, against the woman whose family is reviled for taking tasty slices of state business and contracts, and plundering Tunisia's wealth. Tonight there were reports that some of her family's coastal villas and businesses had been attacked and ransacked.

NOTA:
Inilah dia rejim laki bini yang ganas yang selama 23 tahun ini memerintah Tunisia seperti harta milik pribadi mereka. Kini Zine el Abidine Ben Ali dan Leila Trabelsi telah melarikan diri dikejar oleh rakyat. Berita terakhir mengatakan dua anak perempuan mereka telah sampai ke Peranchis. Peranchis adalah negara pertama yang menjadi pilihan mereka tetapi suami isteri ini tidak dibenarkan masuk ke Peranchis. Kesah ini bukan kesah rekaan. Semua fakta diambil dari sumber-sumber yang saheh termasuk Wikileaks.

NOTA:
angka dari kerajaan lama mengatakn hanya 23 orang telah gugur
angka dari rakyat memngatakan lebih 200 telah tewas
malah banyak lagi mayat mayat yang belum di kenal pasti di hospital
mayat mayat masih lagi ditemui

gerombolan penyokong presiden yang lama
masih membuat kacau
ketua mukhabarat – kepala sb telah dapat ditangkap
keadan masih belum tenteram (TT)

* tulisan ini sedang tersiar dalam FIKRAH KEADILAN*

No comments:

Post a Comment