Saturday, January 22, 2011

Agak-Agak Macamana 2 Heli Boleh Berada Di Tenang??



Agak-Agak Macamana 2 Heli Boleh Berada Di SMK Kamarul Arifin, Tenang??

Saya sedang memandu menuju ke Kg Redong dari Pekan Labis, dan bila sampai di hadapan SMK Kamarul Arifin, saya memberhentikan kereta ke bahu jalan kerana terkejut apabila melihat secara live 2 biji heli sedang berehat santai di padang sekolah.

Tetapi oleh kerana saya memandu ketika itu, jadi seorang rakan meng'offer'kan diri untuk menangkap gambar heli tersebut bagi pihak. Setelah selesai gambar dimuatkan dalam memori kamera, saya bertanya samada adakah kedua-dua heli ditangkap sekali dan rakan yang amatur menunjukkan isyarat 'best'.

Bila dilihat gambar heli yang ditangkap, hanya satu persatu dan bukan kedua-dua heli dalam satu gambar. hamsiau hehehe... takpelah, asalkan korang percaya memang ada dua heli di atas padang SMK Kamarul Arifin. Untuk apa saya menipu, saya masih berpaut pada etika bloging.

Satu heli atau dua heli itu dalam satu gambar atau dua gambar berasingan bukanlah persoalan sebenar di sini. Tetapi yang menjadi persoalan, bagaimana Heli ini boleh berada di SMK KA ?? Agak-agak berapa menterikah yang hadir menggunakan heli yang 2 biji itu?

Saya fikir mungkin ada pameran kerana kedua-dua heli itu nampaknya bagak sekali. Tetapi setelah lalu di hadapan sekolah, tiada banner yang menunjukkan ada festival ataupun program pameran antarabangsa. Dan menjadi pelik kerana sekolah tersebut tidak dikerumuni dan dikawal rapi sedangkan program pertunjukkan motor besar pun ramai yang berkerumun.

Ketika menulis entri ini, ada maklumat yang saya perolehi menyatakan bahawa heli tersebut adalah milik TUDM untuk kegunaan Perdana Menteri dan menteri-menteri bagi melawat kawasan pendalaman. Sejak bila Tenang diiktiraf sebagai kawasan pendalaman? Maksud pendalaman itu ialah kawasan yang tiada jalan darat atau tidak sesuai untuk menggunakan kenderaan darat.

Ini mengimbau peristiwa Bukit Kepong diserang Komunis, tempat yang saya singgah sebelum ke Tenang. Bukit Kepong dipilih oleh komunis untuk diserang habis-habisan kerana pada waktu itu Bukit Kepong tidak mempunyai jalan darat dan hanya Sungai Muar menjadi jalan perhubungan utama. Kini telah hampir 60 tahun berlalu, Kerajaan Malaysia masih lagi menggunakan Heli untuk sampai ke Tenang.

Oleh demikian, kita wajar mempersoalkan, jika sekalipun heli ini dibenarkan untuk diguna oleh PM atau menteri, mengapa ia digunakan untuk kempen pilihanraya?

Fikir-fikirkan...

EDYES @ edyesdotcom
edisi berTenang

6 comments:

  1. salam bro...
    hehe standard msia la guna heli utk vip...tentera yg menggadai nyawa guna nuri yg dah uzur...klau kat oversea blackhawk org guna g perang bukan buat angkut vip...mampus cepat la umnobn...ni yg gua xpuas hati log comm utk welfare anggota berkira...

    ReplyDelete
  2. sekali penerbangan tinggi kosnya. duit rakyat juga tu. guna harta rakyat turun berkempen

    ReplyDelete
  3. Aku rasa-rasa kemungkinan kedua-dua buah heli ni UMNO/BN punya. Kan dia orang banyak wang!!!
    Dari mana sumbernya fikir-fikirlah sendiri.....
    TETAPI jika pembiayaannya oleh kerajaan, itu sudah 100% menyalahguna duit rakyat!!!
    Rakyat tak rela hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  4. Itulah kelebihan bila jadi PM atau TPM......kemudahan yang sama juga apabila kita ditempat tu dan cara yang sama apabila PR memerintah nanti kalau menang PRU13.Tak payah nak komen guna duit sapa...standard. Yang ni juga lah Sdr Anwar Ibrahim dok pulun sakan nak jadi PM. Mengkala Sdr Anwar dah jadi PM nanti, kita mungkin lagi terkejut

    ReplyDelete
  5. jgn jadi tak paham bahasa... aku kata, takda masalah untuk guna heli bagi tujuan rasmi dan lagi molek kalau heli tu diguna untuk melawat kaw2 pendalaman berbanding kawasan yg ada road connection...

    isu kat sini ialah, mengapa guna heli untuk tujuan kempen pilihanraya?? menghantar calon BN bukan termasuk dalam kerja rasmi untuk kerajaan yang memerintah, tetapi adalah kerja parti!!

    ada faham?

    ReplyDelete
  6. faham cikgu...

    kah kah kah....

    paham jugak la sape yg buat2 tak paham tu....

    ReplyDelete