Friday, December 3, 2010

pemberian tanah oleh MB PR kpd pembangunan sekolah pondok


Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang sangat berkualiti.Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.

Tanah yang dipohon ini mahu ditanam dengan kelapa sawit. Hasilnya diharapkan Pak Teh untuk membiayai pondoknya.Namun, setelah sepuluh tahun, kerajaan negeri pimpinan Umno tidak pernah meluluskan permohonannya itu.Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.

Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.

Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kseerajaan negeri tersebut.

Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu.Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan hektar tanah tersebut.“Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak.

Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.” Demikian kata Haji Nizar ketika berucap di Kampung Kurnia Jaya ketika bertemu penduduk di situ.Baru-baru ini, kami krew kami ke Pengkalan Hulu untuk berjumpa Pak Teh dan pelajarnya bagi melihat sendiri pondok yang bertuah itu.

Memang hebat.Sekolah pondok ini wajar mendapat 45 hektar tanah itu kerana ia hak mereka dan kerajaan negeri Pakatan pimpinan Haji Nizar telah menjalankan amanah yang diberikan rakyat.Amanah yang tidak pernah dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini walaupun ia telah dipohon selama 10 tahun oleh Pak Teh.

Tanah yang dipohon ini mahu ditanam dengan kelapa sawit. Hasilnya diharapkan Pak Teh untuk membiayai psekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri ayat, proses itu terhenti seketika.“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.“Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak.

Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.” Demikian kata Haji Nizar ketika berucap di Kampung Kurnia Jaya ketika bertemu penduduk di situ.Baru-baru ini, kami krew kami ke Pengkalan Hulu untuk berjumpa Pak Teh dan pelajarnya bagi melihat sendiri pondok yang bertuah itu. Memang hebat.Sekolah pondok ini wajar mendapat 45 hektar tanah itu kerana ia hak mereka dan kerajaan negeri Pakatan pimpinan Haji Nizar telah menjalankan amanah yang diberikan rakyat. Amanah yang tidak pernah dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini walaupun ia telah dipohon selama 10 tahun oleh Pak Teh.

Tapi sejak kebelakangan ini telah timbul pulak ura2 bahawa tanah tersebut telah di rampas kembali oleh kerajaan Mahkamah iaitu Umno/BeEnd dan telah mengagih2kan kpd kroni2 atau sekutu2 mereka setelah pemergian arwah Pak Teh ke rahmatullah..

Betapa biadap sungguh jika mereka sanggup merampas kembali tanah yg telah di anugerahkan oleh MB PR yg terdahulu...

Walaubagaimanapun saya akan cuba juga utk mencari fakta kesahihan tentang perkara ini dan jika ini terbukti benar, maka ini lah yg diwar2kan oleh Umno yg konon2nya membela nasib agama tetapi sanggup merampas tanah utk pelajar2 pondok yg telah bersama2 mengusahakannya...

Madie Abdul Halim

No comments:

Post a Comment