Wednesday, December 22, 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan


Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara


21 Disember 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip.

Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.


Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tenggara

4 comments:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  2. sudah2lah wahai chekgu bard...fokuskan pada perjungangan di hadapan x yahlah nak berebut jawatan terima jelah mungkin ada hikamh disebaliknya..yg ptg skrg kita tumbang Bend itu aje..ni dok sibuk2 bntahan nanti rakyat meluat k..

    ReplyDelete
  3. siapa chebard?ketua amk rembau yg cuba mendaki kuasa di arena politik.
    sya "ter"dgr ceramahnya di prk hulu selangor,.penuh dgn makian dan biadap,..antara perkataan biadap yg sya dh lama xdgr tpi kluar dri mlutnya ialah "kedahak" dll

    chegubard juga sama spt ahli politik muda lain yg brcita2 tggi,. kononya berprinsip tpi sebenarnya tidak,...buktinya,.hehehe

    cara paling muda utk naik dlm pkr ialah tnjukan taat setia xbelah bagi pda anwar,. itulah yg chegu lakukan,..xde cara lain

    dlm ceramah di HS,. tanpa pengetahuan luas dlm sains dna,.chegu cuba lontarkn teori bhw air mani saiful dicampur dgn air kencing anwar lalu disuntik kedubur saiful,..

    sya geleng kepala lalu blah,..

    ReplyDelete
  4. salam,

    takkan CB nak diam bila penipuan tu melibatkan diri dan maruah dia... sekurang-kurangnya, DSWA dan YB SUA kena tunaikan janji untuk menjawab secara rasmi aduan2 dan laporan bertulis Chegubard sebelum ini!! salahkah CB tuntut janji?

    berkenaan sipolan yg tuduh macam2 pada chegubard tu, itu pendapat peribadi hang... terpulanglah... bukan hang sorang yg berhak menilai chegubard...

    ReplyDelete