(Sila ikuti ulasan dari edyes di bawah berita ini)
KL, 1 Dis 10: Langkah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan tidak harus dianggap sebagai isyarat muktamad bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kata penganalisis dan pemerhati politik.
Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, ia bukan petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan sebagaimana diramalkan kebanyakan pihak.
“Apa yang jelas pilihan raya umum akan diadakan diadakan dalam 18 bulan ini dan keputusan Umno adalah petanda jelas minta jentera Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum... itu saja, ia kita boleh anggap sebagai prosedur operasi standard (SOP) di pihak Umno,” kata beliau.
Bagaimanapun negara akan menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak tahun depan memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai 2011. Mandat kerajaan persekutuan hanya akan berakhir Mei 2013.
“Ada ruang kecil pada bulan Januari untuk memanggil pilihan raya Sarawak dan jika tidak ia akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina,” kata beliau.
Bagaimanapun pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang dijadual tahun depan bukannya petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan seperti yang diramal sesetengah pihak.
Sementara sebelum itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini. Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.
“Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka. Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu. (AK)
edyes wrote:
MENUNTUT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK !
Saya tetap optimis mengatakan Barisan Nasional akan tetap tumbang ditangan rakyat walau di bulan mana atau di tahun mana sekalipun pilihanraya ke-13 berlaku !
Kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15sen baru-baru ini setelah menaikkan 5sen pada bulan sebelumnya, adalah satu cubaan 'test market' dari kerajaan Barisan Nasional untuk melihat respon daripada rakyat secara keseluruhannya sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia. Sekiranya tiada penentangan yang solid daripada rakyat, itu bermakna BN telah berjaya melangkah setapak lagi untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa sekiranya berlaku pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Sedar atau tidak sedar dalam tempoh lebih 50 tahun, inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menunjukkan kuasa sebenar melalui satu undi Parlimen untuk setiap seorang dengan hasilnya membina sebuah kerajaan pusat yang berorientasikan rakyat. Siapa rakyat Malaysia yang mahu peluang untuk mendirikan sebuah kerajaan pusat yang baru dilepaskan begitu sahaja?
Rakyat pasti mahukan kemerdekaan yang sebenar apabila memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, yang menjadi kerajaan pertama selepas Barisan Nasional mendominasi kekayaan negara sebayak 5 dekad lamanya. Jangan jadikan ungkapan "hanya BN sahaja boleh perintah" mendominasi pemikiran anda. Kita ada tuhan!
Kini tiba masa dan peluangnya kekayaan sebenar sebuah negara yang penuh dengan sumber alam diagihkan dengan pendekatan yang lebih mengutamakan rakyat dan mesra kebajikan, berbanding pendekatan umnoputra yang hanya membenarkan segelintir elit melayu menjadi kaya raya dengan meletakkan proksi bangsa lain malah warganegara lain merompak khazanah negara. Pakej jahanam ini termasuklah rompakkan bersenjatakan penguasaan monopoli kapitalis dari segala hasil titik keringat rakyat.
Kita wajar mengubah nasib kehidupan rakyat negara ini dengan terlebih dahulu mengubah kerajaan pusat sedia ada. Mungkin nasib kita jauh lebih baik dari nasib dengan orang lain, di mana kita telah berada di dalam zon taraf kehidupan yang selamat walaupun serba sederhana. Tetapi tidakkah anda mengenang bagaimana nasib anak bangsa kita yang lain? yang asalnya kurang bernasib baik dari mula kehidupannya?
Mungkin ada di antara mereka yang masih merempat di bumi sendiri, lantas merembat demi sesuap nasi. Bagaimana nasibnya nelayan, penoreh, petani, kerani, pekerja restoran makanan segera, pekerja konsesi tol, dan golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Apakah kita tidak ada rasa bertanggungjawab sekiranya mereka ini mengemis di bumi sendiri? Harus diingat bahawa mereka yang daif ini adalah saudara sebangsa kita sekalipun bukan saudara berbau bacang.
Jangan kata untuk menyimpan wang, jangan kata habis bulan habis gaji, malah kebanyakkan di antara mereka ini tidak cukup untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang serba sederhana di sebalik kuasa pembelian yang rendah kerana harga barangan yang kerap mendadak naik di atas manipulasi harga minyak contohnya, di atas monopoli harga barang umpamanya. Dari sini kita akan lihat betapa mereka akan bekerja lebih masa, bekerja lebih trip, bekerja lebih shif, bekerja siang dan malam, siang di pejabat malam di pasar malam. Suami dan isteri berganding tenaga untuk mendapatkan lebihan wang ringgit yang tidak seberapa demi membesarkan anak-anak dan dengan pendidikan semampu mereka. Mimpilah untuk sekolah berpendidikan percuma!!
Tanpa mereka sedari, bahawa anak-anak mereka sebenarnya punya potensi besar untuk terlibat dengan gegala sosial, berpotensi untuk memenuhi pusat serenti dan berpotensi untuk terlibat dengan jenayah juvana. Kerana apa fenomena ini berlaku? Kerana masa yang sepatutnya ibu bapa bersama keluarga telah ditukar-ganti dengan kerahan mencari pendapatan tambahan! Begitu suntuk untuk bersama anak-anak dan kerana itu juga tempoh masa paling penting untuk anak-anak mendapat perhatian dari kedua ibu bapa telah tergadai di atas kerakusan pemodal kuasa ekonomi berpaksi kapitalis. Ia memang berkaitan, jangan kata ia tidak punya kaitan!
Kehidupan seumpama ini harus diubah! Nasib sesuatu bangsa itu tidak mungkin dapat diubah melainkan ianya bermula dari diri sendiri. Tepuklah dada dan tanya pada hati, apakah hidup ini dikerah untuk memperkayakan golongan-golongan bangsawan bangsat yang semakin kaya hasil daripada keringat kita? Akhirnya kita menggadaikan keluarga demi mereka yang di atas!!
Justeru itu, sematkanlah jiwa itu untuk menyertai gerakan membebaskan negara ini dari cengkaman penggadai maruah bangsa yang kaya raya. Kalahkan golongan yang kaya-raya ini dengan kuasa yang kita ada iaitu kuasa mengundi selain dari mereka! Tafsirkanlah sendiri siapa 'mereka' yang dimaksudkan itu.
Jika setiap dari anda semua menyimpan perasaan untuk melihat kehidupan yang jauh lebih baik yang seharusnya menjadi milik kita tetapi dirompak sehabisnya demi anak cucu mereka, maka saya tegaskan bahawa saya begitu optimistik untuk melihat sebuah kerajaan pusat yang baru dalam masa terdekat (sedekat bubarnya parlimen Malaysia).
Mungkin masa depan untuk saya tidak seberapa dengan bertukarnya kerajaan ini, tetapi masa depan anak saya dan anak bangsa akan lebih terjamin daripada apa yang ada pada hari ini.
RE-FOR-MA-SI !
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
ReplyDeleteKeujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
UBN nie sampah haprak. Mana ade maruah. Keyakinan kita PRU 13memang tinggi krn wajib kita tewaskan UBN. Tapi dia ade satu senjata iaitu daftar pemilih yang diubah sesukahati. Paling sahih gerakkerja JASA yang dengan hanya 1 surat boleh arahkan JPN dan SPR ubah senarai pengundi. Ini yg merungsingkan kita. Jika pilihanraya pada Mei, April atau Mac 2011 Daftar pengundi yg digunakan oleh SPR bertarik 15hb Dis 2010. Ini buatkan berpuloh ribu pengundi baru tak dpt mengundi dgn alasan SPR tak cukup kakitangan
ReplyDeleteUMNO babi tunggangan mamak. Takde sunguh pemimpin melayu tulen nak memimpin org melayu UMNO ye. Habis kena kelentong dek eee. Siap cium tangan lagi...hek hek hek... bodohkan melayu UMNO, ckp ketuanan melayu tapi UMNO sendiri byk pimpinannya dari pauk ee...siap ada title tengku lg...idup2 kena kelentong. hek hek hek...
ReplyDelete